sekilas pandang 2

Demam peperiksaan

seperti pelajar ipta/ipts yang lain yang telah dilanda simpton yang berlaku 2 kali setahun iaitu demam peperiksaan. Semester ini merupakan lanjutan masa kepada ijazah saya yang belum kunjung tiba. Macam-macam perasaan yang berbaur di dalam hati ini. Tidak sabar menanti ijazah ini dalam genggaman namun rasa pilu mula terasa kerana merindui saat yang sudah berlalu.Doakan kejayaan saya,ya.

paradoks

jika diperhatikan sejak akhir-akhir ini, perkataan “paradoks” kerap sekali muncul sebagai penyeri kepada blog ini. paradoks itu merupakan novel mini hasil nukilan daripada saya hasil daripada pemerhatian tentang kehidupan. Setiap orang mempunyai pelbagai pengalaman dan pandangan tentang kehidupan termasuklah saya. Setiap bab paradoks mengungkit satu tema. Maaf dipohon atas kekurangan yang ada di dalam paradoks. Saya cuma mahu lari daripada kebiasaan novel yang ada di pasaran. itulah datangnya paradoks.Bertentangan dengan kebiasaan.

soal perasaan

bulan lepas merupakan bulan yang istimewa buat saya. Tentang itu biarlah rahsia. Perkara yang belum pasti usah dikhabarkan kelak mengundang fitnah.(amboi ayatnya)

04
Nov 2009
POSTED BY admin
POSTED IN kemaskini
DISCUSSION 0 Comments