Hati kecil ini berdegup pantas. tidak keruan dibuatnya seperti bapa menyambut anak sulung. Duduk tak kena,berdiri tak kena. Semuanya tak kena. sejak pukul 1 pagi lagi perkara ini mengganggu lenaku.
dalam kegelisahan itu, aku semak kembali perkara yang sudah berlaku. Saat pertama hati ini tidak keruan mula aku kesan tetapi gagal mengesan pesalahnya. Mataku terus terpaku ke arah kipas syiling yang galak berpusing. kreng.. kreng.. bunyi kipas yang sudah lama tidak dibersih.
kirrr! kirrr! dengkuran teman sebilikku menambah keangkeran malam itu.Masih buntu lagi.Cahaya dalam bilik ini suam-suam sahaja.Lampu tidur tak perlu untuk dipasang kerana bilik ini sudah penuh dengan pencemaran cahaya. Sumbernya datang dari blok sebelah. privasiku sudah diceroboh.
Seram sejuk masih belum hilang. Penangan bilik tumpangan masih ada.
tolong sambungkan…
penyertaan pertandingan Kisah Paling Seram – Gengblogger.com
Malam itu, ada sahabatku meminta untuk mengisi malam dengan kisah-kisah seram di usm. Macam biasa aku pun mula bercerita kisah-kisah yang tidak diketahui oleh junior-junior sekarang ini. Habis semua pelusuk kampus aku cerita. Jam sudah menunjukkan 3 pagi. Mataku mula berat untuk terus berjaga, sahabatku pula dah lama dibuai mimpi. Ketika hendak tidur, bunyi salakan anjing yang bersahut-sahut kedengaran. Bulu romaku meremang. Waduh! seram sejuk.
Ah!biarkan sahaja bunyi itu. Aku terus memaksa mataku untuk lelap tapi gagal. Aku hanya dapat menutup mata tapi bukan lena. Masa terus berlalu tetapi aku masih gagal lena. Dalam jauh malam yang ditemani salakan anjing, kulit mukaku terasa seperti disentuh. Kasar sungguh rasanya. Mataku tertutup rapat. Sentuhan tadi seperti membelai-belai mukaku seperti diminta dilayan. Waduh! semakin seram sejukku. Aku sudah agak benda ini pasti berlaku. Akhirnya aku tertidur dalam seram sejuk. Esoknya aku bertanya sahabatku di bilik sebelah tentang perkara semalam. Salah seorang sahabatku ditindih semalam.
Kemudian aku teringat seorang sahabatku ada menceritakan bahawa benda-benda halus ini suka berkumpul apabila ada sesi late night story.Mereka teruja mendengar kisah-kisah mereka diceritakan oleh manusia. Tidak hairanlah si pencerita yang kena kacau. Gangguan yang aku terima malam itu merupakan encore mereka. Maka aku sudah serik untuk menceritakan kisah-kisah seram.
noktah