Diam? Ep2

saya:Bang,bagi nasi goreng kampung dengan horlick ais.

Teruna kejut:Nasi goreng biasa,telur dadar,sirap limau dan air kosong satu.

Teruna sempoi:nasi goreng daging merah dan teh o ais.

Teruna emo:kasi nasi goreng kerabu,telur mata dan sirap bandung.

Selepas order makanan,meja kami mula panas dengan topik meja sebelah.teruna kejut dan teruna sempoi tak habis-habis menjeling meja sebelah.Mulalah soalan cepu emas keluar.

teruna emo:Abrar,bila lagi nak cari calon?

saya:Tak ada soalan lain nak tanya.Mak aku bilang jangan
sangkut dengan anak orang karang tak pasal-pasal kahwin awal.Aku juga nak merasa hidup bujang juga.

teruna emo:anak mak la ni.

saya:ye la.takkanlah aku ni anak jin kot.kita kena dengar cakap mak kalau tak, berdosa.

teruna emo:adeh.pedas-pedas.

Teruna kejut dan teruna sempoi masih diam menjeling ke meja sebelah.

saya:Haih.diam je korang berdua.

Teruna sempoi dan teruna kejut:menikmati ciptaan Allah.

saya cuma menggelengkan kepala.

masa makan.

Teruna emo:diam dapat makanan ya Abrar.

saya:menikmati makanan.orang tua-tua kata masa makan diam,karang tercekik.

teruna emo:Uhuk.

Saya:kan aku dah bilang tadi.

selalunya apabila saya balik kampung sebelah mak saya,soalan pasal jodoh seringkali diajukan.Saya lebih suka mejadi pendengar setia masa makan.

10
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 5 Comments