ketahuilah sahabatku

Ketahuilah sahabatku,

kehadiranmu yang hanya beberapa ketika ini banyak mencorak laman kehidupanku.

Dahulu laman ini hanya ada kaktus dan bunga kertas. Tiada haruman semerbak menarik minat penghuni fauna.

Di anak tangga itulah tempat aku bercanda dengan alam.

Duduk memerhati dan khayal dalam keindahannya.

Kaktus dan bunga kertas kombinasi yang aneh sekali. Berduri dan rapuh.

Semua itu berubah apabila hadirnya kamu di laman ini. kaktus dan bunga kertas berubah menjadi bunga matahari.

si unggas mula menjengah ke sini. Riang berkicau sambil menikmati biji bunga matahari yang lazat.

benar kata pujangga, alam punya cara sendiri menyedarkan manusia yang lupa seperti aku tentang erti perubahan.

aku lupa untuk memberi kembali yang telahku terima dahulu.

Terima kasih ya sahabat kerana menghadiahkan bunga matahari ini kepadaku.

08
Mar 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 0 Comments

setia?

Setia sering sahaja dimanipulasi dalam suatu hubungan. Kesetiaan seseorang menjadi lesen untuk melakukan kesalahan terhadap pasangan atau sahabat.

Isu setia sering-kali berlegar dalam hubungan jarak jauh. Perpisahan sering berlaku disebabkan oleh kewujudan orang ketiga atau salah seorang sudah pudar minatnya. Setiap orang pasti pernah merasainya. Peritnya hati dikhinati oleh orang yang kita percaya. Kalau ada perasaan yang terbuku, luahkan sahaja di sini. Bagi yang setia nikmatilah lagu di bawah ini.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Artis : Def-Gab-C
Tajuk : Ampunkan Aku

Redup matamu
Memandang wajahku
Jangan menangis

Memang benar dulu
Kunci hatiku
Ada padamu

Ohh..

Aku kembali
Dimatamu kini
Bukan kerana kamu

Bukan niatku
Melara hatimu
Usah khuatir

Jika hadirku melukai hati
Maaf ku pohon abadi
Kini dihatiku satu puteri
Yang pasti bukannya kamu

Korus:
Ampunkan aku
Seandainya engkau menangis lagi
Ampunkan aku
Memang aku bukan lelaki dulu
Ampunkan aku
Seandainya engkau masih merindu
Ampunkan aku
Mendung ini pasti akan berlalu

Redup matamu
Memandang wajahku
Jangan menangis

Kita lewati
Saat Kau dan Aku
Leka menari

Ampunkan aku
Seandainya engkau
Menangis lagi
Ampunkan aku
Memang aku bukan lelaki dulu
Ampunkan aku
Seandainya engkau masih merindu
Ampunkan aku
Mendung ini pasti akan berlalu

06
Jun 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog luahan
DISCUSSION 1 Comment

saat perpisahan

Sejak akhir-akhir ini, selalu sahaja perkataan “lingkaran” digunakan dalam entri.lingkaran di sini bermaksud kisah hidup. Mungkin hati ini sudah mula merasakan saat perpisahan yang bakal menjelma tak lama lagi. aku tahu sudah menjadi adat bahawa setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Kali ini kesunyian hati ini makin bertambah. ia seperti tidak merelakan perpisahan ini.

acap kali sepi mengundang di kala sunyi. sahabatlah ubat yang paling mujarab. ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. aku sendiri merasainya. waktu extend selama setahun ini amat bermakna. tak sangka sekejap sahaja 1 tahun berlalu dengan banyak kisah suka duka yang membantu dalam hidupku yang kusam ini.

terima kasih juniorku mejadi penyeri hidupku. aie,ikhwan,areep, alang dan junior lain yang banyak membantu aku di kala aku tersungkur ke bumi dan memberi kenangan yang manis buatku.

aku tahu untuk mencari sahabat sejati dalam dunia yang penuh hipokrit memang sukar. kawan selalu sahaja bertukar mengikut masa. Bagiku, itu tidak penting. sahabat bagiku, mereka yang selalu ada di masa susah dan senang tidak kira kalau sahabat itu orang lain. merekalah yang mencorak hidup kita saban hari. cukuplah memori bersama mereka menjadi pembimbing dalam kehidupan kita.

akan tiba jua masa perpisahan bagi setiap persahabatan. hargailah masa bersama mereka. mereka akan tetap dekat dengan kita walaupun jauh beribu batu andai kenangan bersama mereka kita kenang. begitu indah orang melayu sebenarnya hinggakan ada pesanan “jika kau pinjamkan harta kepada orang melayu,musnahlah mereka. jika kau pinjamkan budi, mereka akan kenang sampai bila-bila dan kau akan terus hidup dalam hidup mereka.”

ini entri terakhir keluar dari komputer usangku.

06
May 2010
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 2 Comments

sahabat

sudah lumrah alam sesuatu yang di atas akan jatuh jua ke bumi.Bintang-bintang akan luruh juga apabila sampai masanya.Tiada satu pun terlepas dari berubah kecuali Yang Maha Esa.Akan tiba juga di mana kawan menjadi lawan.Racun berbisa berupa hasad dengki dilempar tanpa mengenal rakan atau lawan.Sesalan dan penderitaan sudah tidak dapat dielakkan.Kepuasan di hati menjadi keutamaan.Mahligai persahabatan hancur berderai ketika dua hati tidak lagi sehaluan.

Sahabat ketika senang ramai sekali.Ketika diri dilanda seribu satu kemelut tiada seorang pun yang datang menghulur bantuan kemanusiaan.Dibiarkan terkapai-kapai lemas dalam lautan masalah.Andai tidak bertegur mulalah mencemuh.Dilemparkan kesombongan ke muka kita.Ketika diri kita senang,dilambungnya kita setinggi langit dan bila kita jatuh ke bumi, dibiarkan kita jatuh ke jurang penuh dengan ranjau. Read more…

13
Nov 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 3 Comments