dilema anak.
Hari Sabtu memang hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat kipas susah mati drama melayu. Slot cerekarama memang dinantikan. Semua kerja ditinggalkan semata-mata untuk menontonnya hatta supper pun di depan tv. Ish ish apa nak jadi.
Cerita yang dipertontonkan mempunyai auranya tersendiri. Orang yang berhati kering pun boleh menangis hingga habis tisu sekotak. Ah! Lupakan sebentar keadaan di atas.
mari kita lihat mesej-mesej yang disampaikan olehnya. Anak derhaka, kahwin lari, haruan makan anak, dan macam-macam lagi. sedarkah kita yang semua ini berakar umbi dari satu masalah. Ya! Perkara yang selalu kita terlepas pandang iaitu ketaatan.
Seringkali kita dengar, lihat atau mesyuarat tertingkap hal-hal generasi sekarang yang ingin bernikah tetapi terbantut dek kekangan ibu bapa atau mertuanya. Pilihan si anak memang sempurna (orang alim) tetapi ditolak mentah-mentah atas alasan tiada masa hadapan.
Katanya:
kalau kahwin dengan ustaz bukannya boleh kaya. Asyik-asyik itu ini tak boleh, harom, dsb. (tak sanggup untuk menulisnya)
Ketahuilah
“Apabila datang kepadamu orang yang kauredhai agama dan akhlaknya datang untuk meminang wanitamu, maka hendaknya kamu menikahkan orang tersebut dengan wanitamu. Jika tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” -HR Ar-Tirmizi dan Ibnu Majah
hari ini, bukan senang untuk mencari pasangan yang beragama. lagi best kalau dapat full package( kaya dan beragama) maka dapatlah dunia dan akhirat. orang yang banyak hartanya selalunya tidak aman.Ingat! apabila pindah ke batu dua semuanya ditinggalkan melainkan amalmu sahaja.
Ok, berbalik kita ke tajuk di atas. Eceh terskema pula, dilema anak yang selalu terjadi ialah membalas jasa kedua ibubapanya. Apabila si anak terlupa untuk mengirimkan wang ke kampung, mulalah mulut si ibu muncung macam cencaru pulang petang. Wahai ibu, dengarlah rintihan anakmu. Mungkin bulan itu, anakmu kesempitan wang menyelesaikan hutang ptptn yang menimbun atau dikejar mail lambung kerana 3 bulan tak bayar.
Wahai ibu, bersyukurlah andai si anak pulang menziarah. Itu tandanya si anak ingat dengan kelembutan dan kemesraan yang telah ibu berikan dahulu. Insyaallah si anak akan pulang sekiranya pasangannya beragama. Oleh itu ibu, dengarlah dan selamilah hati anakmu ini agar diri ini menjadi anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kesejahteraan dirimu di dunia dan di akhirat.
