Posts Tagged ‘novel’

Emosi yang kian gelora sering sahaja hampir menelan rasionalku tiap kali kemurungan melanda. Ketika ini duduk berseorangan perlu aku elak daripada terus dibaham situasi ini. Temanlah tempat persinggahanku. Masa berubah dan kawan pun silih-berganti. Tempat berlindungku jarang ada kerana selalu sahaja disewa orang lain. Tinggallah diriku bertemankan emosi dan kemurungan.
Selalu sahaja dalam sujudku air mata [...]

No comments so far · Tags: , , , ,

Kadang-kala terlintas juga di fikiranku bahawa hidupku penuh dengan perantauan. Rantau bukan sebarang rantau tetapi melihat kebesaran Ilahi. Para pencinta-Nya banyak memerhati alam untuk terus dekat dengan Maha Pencipta. Bas adalah pilihan utama dalam kembara ini.

Sering-kali aku dicerna sombong ketika berada di dalam bas. Melirik nakal bukan diriku. Aku memilih untuk diam atas dasar keselamatan. [...]

3 comments · Tags: , ,

Usai usrah di kiub persatuan, hati ini terdetik untuk singgah ke cengkih. Restoran yang biasaku santap sambil meikmati angin malam. Diriku selesa di sini kerana terdapat pelbagai kenangan di sini. Salah satunya adalah entri diam ep 1&2 yang menimbulkan kontroversi suatu ketika. Sambil menunggu pesanan untuk dihantar,komputer riba yang setia menanti dibuka. Mujurlah di sini [...]

2 comments · Tags: , ,

sinar pagi menjengah ke kamar membakar lembut kulitku lantas terjaga daripada lena yang lama. Ah! hari Ahad, memang enak mengukur katil bertemankan selimut yang gebu. Mahu sahaja aku pohon setiap hari adalah hari Ahad. itu semua hanyalah omong-omong kosong buat pengejar khayalan. Hari Ahad sangat sesuai untuk apa-apa aktiviti melepaskan tekanan. Harap-harap program hari ini [...]

2 comments · Tags: , , ,

Hari ini terasa kosong sekali.Tiada dendangan lagu alam yang menggamit perasaan.Diriku bukan lagi di kampung tetapi di tempat baru.Tiada lagi kelibat durian yang gugur ke tanah menanti untuk dimakan,monyet yang berkejaran di celah pepohon dan udara yang segar untuk dihirup sepuas-puasnya. Komputer bimbit masih lagi diam di tempatnya.Aku buntu melakukan satupun pekerjaan hari ini.
Bayangan semalam [...]

4 comments · Tags: , , ,

Ini merupakan projek rahsia yang dijalankan selama ini.
Kelip-kelip di langit gelap tidak sesat untuk terus pulang ke sarangnya.
Satu kata-kata yang menguatkan diri ini untuk terus melangkah.Sudah lama ia tertanam di dalam jiwaku.Benih itu sudah matang dan harum di laman kehidupan.
mungkin ada yang merasakan bahawa diri aku banyak beremosi dengan persekitaranku. Sudah tentu ada yang hatinya [...]

4 comments · Tags: , , , ,