untukmu ayah

Hari ini,tergerak hati kecil ini untuk membawa anakku keluar bersiar-siar di taman.Baginya ini hal yang sangat mengembirakan hatinya.Maklumlah sudah lama dia tidak keluar bersamaku.Selama ini dia hanya keluar bertemankan ibunya.Hari ini kebetulan diriku sudah bosan duduk di rumah.Petang ini,ramai sungguh anak-anak kecil bermain di sini.Ibubapa cuma merenung jauh.Sesekali tawa kecil terbit di wajah mereka melihat telatah anak mereka.Najmi sudah lama di buaian.Memang itu yang ditujunya.

Ku cuma melabuhkan diri di perdu pohon.Sungguh nyaman sekali udara di bawahnya.Dengan badan yang sudah berusia ini,tidak mampu rasanya untuk selincah dahulu.Dari jauh ku memerhati dengan teliti Najmi.Maklumlah hati ini tidak mahu kejadian penculikkan berlaku ke atas keluargaku.Tiada ibubapa yang mahu anaknya disakiti termasuklah diriku.Najmi berlari mendapatkanku. Read more…

28
May 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 6 Comments

monologku – hujan kasih

Sejak kebelakangan ini pelbagai masalah datang mendugaku.Penulisanku terpaksa dihentikan dalam menyambut kunjungan masalah yang tidak putus-putus mengganggu kehidupanku.Andai ada sahaja ruang dan ketika mereka akan terjah. Read more…

14
Jan 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 4 Comments

monologku- yang berlalu

Hari ini begitu nyaman sekali udaranya.dedaunan yang berguguran ke bumi menghiasi suasana taman.Dahan-dahan pohon meliuk dengan hembusan lembut sang bayu seolah-olah menyapaku.Dalam menikmati keindahan alam,hatiku diketuk persoalan.Mie ada di mana?Sunyi sahaja.Biasanya kesunyian ini sudah lama dihalau hilai-tawanya bemain di anjung rumah.pelik.

Mie,buat apa tu?

Tiada jawapan.Lama juga kutunggu akan tetapi tiada sebarang respon.hatiku terus dilanda kebimbangan lantas ke dapur.sebelum sempat kakiku melangkah,ada susuk kecil memelukku dari belakang. Read more…

01
Jan 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 0 Comments

monologku – peperiksaan

Sempena minggu peperiksaan di USM..hehehehe

Hujung minggu lepas,anak sulungku pulang ke rumah.Katanya hendak melepaskan tekanan menjelang peperiksaan akhir semester.Lagipun sudah lama tidak pulang ke rumah.

“Najwa,monyok je muka tu ayah tengok dari tadi.Serabut sangat ke?”

“serabut juga ayah.Najwa rasa beban sangat sekarang ni.Banyak lagi yang Najwa tak faham.Makin diulangkaji semakin banyak yang tidak tahunya.Tertekan rasanya.”

“Perkara biasa tu Najwa.Ayah dulu pun begitu.Ayah bukannya budak pandai.Cuma orang biasa.Keputusan pun macam biasa.Apa yang kita usaha itu yang kita dapat.”

“Memanglah.Zaman ayah lain,zaman Najwa pun lain.Zaman ayah mungkin tak banyak kena belajar macam sekarang ni.”

“Siapa kata zaman ayah senang.Rasanya zaman ayah dulu lagi banyak ayah belajar.sudah la masa tu tak ramai yang pandai.Susah hendak mencari bantuannya.”

“Erm..Ayah,Najwa buntu sangatlah sekarang ni.Tu yang Najwa balik rumah.Najwa risaulah dengan peperiksaan ni.Terasa seperti tak dapat nak buat.”

“Mengapa begitu.Tak elok berfikiran seperti tu.Dari hati naik ke fikiran.Hati kacau maka fikiran turut kacau.Najwa dah berusaha kan?”

“Sudah cuba sebaiknya.Tapi,Najwa masih risau kalau persediaan yang Najwa buat ni masih tak cukup.”

“Kalau sudah berusaha tu,letakkan segala keyakinan kepada Allah ketika menjawab soalan nanti.Bukankah Allah maha merancang.Perancangan Allah lebih baik dari perancangan makhluknya.Janganlah mengharap bantuan-Nya jika tidak berusaha.Allah tidak akan meletakkan suatu dugaan kepada hambanya jika tidak mampu ditanggung oleh hambanya.Najwa buntu?Cuba buat begini.Apa kata Najwa baca al-quran atau solat sunat.Ayat-ayat al-quran dapat menenangkan jiwa yang kacau-bilau.Jiwa kita ni sukakan zikir.Solat sunat pula merupakan satu cara melepaskan stress.Kita buntu apabila kita stress.Di sini,solat sunat adalah satu senaman yang terbukti berkesan menghilangkan stress.Bukankah Rasulullah selalu solat sunat 2 rakaat ketika hendak mencari penyelesaian?”

“Betul.Macam mana Najwa boleh lupa tentang ini walhal kawan Najwa ada beritahu dulu.Mana ayah dapat cara ni?”

“kawan ayah juga yang bagi kat ayah.hehehe.”

16
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 5 Comments

monologku

Malam ini diriku bersendirian.Merenung jauh ke dada langit.Jutaan bintang menghiasinya. Kepulan awan kecil berarak pergi mengensot perlahan-lahan.Sang cengkerik bersukaria di celah semak.Melagukan lagu rimba yag ceria bertemankan sinaran rembulan.sesekali sang nyamuk menghisap darahku tika ku asyik menikmati suasana.ku biarkan sahaja mereka berbuat demikian. Banyak perkara bersarang di kepalaku.ku tidak tahu di mana untuk memulakannya. Terasa binggung sekali kepalaku seperti selepas dihentak penukul. Read more…

23
Feb 2008
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 4 Comments
TAGS

,