cuti yang agak buntu

saya tahu blog ini makin sepi tanpa pengunjung.blog hopping terpaksa terhenti di tengah jalan kerana tiada alat untuk berhubung.komputer yang sepatutnya sudah antik itu ada di kedai.Bahagia sekali hidup dia bertemankan pengdingin hawa yang mantap.Tuannya pula kebosanan.cerita tanpa nama diteruskan dengan cara yang paling kuno iaitu buku dan pensil.sudah 2 bab siap.

perasaan yang dilambung tinggi oleh kebosanan makin menjadi-jadi.inilah padah kalau kerja 2 kali seminggu.Hujung minggu pula.melawan tatatertib alam.

rasa-rasanya blog ini sudah jadi tempat orang lain meluahkan perasaan yang terbuku.Saya perlukan sesiapa yang dapat membantu menjawabnya.Saya bukannya selalu ada di blog ini.sekejap ada sekejap hilang.

kepada kawan-kawan blog maaf ya,tidak dapat melawat.

25
May 2009
POSTED BY admin
POSTED IN kemaskini
DISCUSSION 5 Comments