santai – carwash

sudah 2 bulan aku merayau di penang.inilah kalau kerja 2 kali seminggu,hujung minggu kerjanya.Balik je ke rumah,jiran tanya

bila konvo?

huhuhu,memang pedas sekali soalan itu.Aku ini memang lambat sedikit daripada orang lain.Tadi baru je lepas dinner di carwash.Akak yang ambil pesanan tu pun sama tanya soalan sama.

Bila konvo?Boleh akak kasi bunga time konvo.

Lambat lagi kak.2010 nanti.Jawabku

Kecewanya,nampaknya bunga tu layu dulu.

Seperti kebetulan sahaja timingnya.

jodoh

hujung minggu lepas sempat juga aku balik menjengah Old Boys Weekend kat sekolah lama aku.Cadang hendak jumpa cikgu-cikgu yang tersayang tetapi hampa kerana banyak cikgu yang telah ditukarkan.Sebak rasanya.Hal emosi ini tolak ke tepi dahulu,ada perkara yang lebih penting daripada itu.

Rindu yang lara itu terubat sedikit dengan kehadiran beberapa cikgu-cikgu lama.Soalan pertama ditanya:

Bila mau nak kahwin?

Waduh-waduh,soalan yang tajam sekali.Bukan apa ia sudah lumrah pemuda-pemuda yang berusia 20 an ke atas ditanya sebegitu.Dua orang sahabat sekolahku sudah bertunang menyebabkan pandangan itu menjalar dengan pantas semasa penjumpaan semula.

Entah bila diri ini mahu ketemu pelengkap diri.hehehe

01
Jul 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 1 Comment