Memang asyik ketika melihat anak-anak kecil berlari ke sana sini dengan senyuman secerah masa depannya. Dalam senyuman itu tiada hipokrit atau prejudis.Segalanya tulus.Andai bergaduh hanya terbawa sampai ke katil, esok lupalah.Alangkah bagusnya hidup seperti ini aman tenteram.
Masa mengajar mudah sekali aku tersentuh. Sesi “apa impian anda” satu mesin masa menghantarku pulang ke masa kecilku. Waktu itu darjah satu. Budak-budak memang aktif.Ada sahaja yang mahu disoal. Andai guru tidak menjawab habis diterjah dengan soalan lain.
Hari itu cikgu Wong ajukan satu soalan yang cukup terkesan di hati ini.
“Bila besar nak jadi apa?”
“Nak jadi doktor”jawabku.
“Kalau tak dapat?”
“Askar!”
“Tak dapat askar macam mana?”
“jadi cikgu”
Read more…
bukannya indah hidup tanpa cabaran.mudah sekali untuk diucapkan.bertapa susahnya hidup ini hanya si penderita yang tahu.
—————————————————-
Wak!mana anak saya?Saya risau ni!
Sabar.Wak tengah cari ni.Reception tak clear lagi ni.
Cuba bayangkan filem nujum pak belalang
Lekaslah wak!
Dah dapat dah.Anak ibu selamat.Tak cedera pun.siap boleh gelak-gelak lagi
lega.terima kasih wak.
Dulu saya pernah “hilang” masa tsunami melanda malaysia.masih budak-budak lagi mental saya ketika itu.Lupa nak beritahu mak dah sampai rumah kawan.Adeh.
Abrar,besar nanti nak jadi apa?
Saya hendak jadi cikgu.boleh ganti tempat cikgu
kalau tak dapat cikgu?
Tentera boleh juga.seronok juga dapat tembak dan bom musuh.
Kalau tak boleh juga jadi tentera,nak jadi apa pula?
Saya nak jadi doktor.satu-satunya kerja yang paling selamat di dunia.
Cikgu Wong hanya tersenyum
Perbualan antara Cikgu Wong dan saya ketika darjah dua.