kehidupan

menulis memang perlukan inspirasi.Tidak kira kehidupan,IT,website dan macam-macam lagi.Minggu lepas memang sibuk dengan pelbagai tugasan.Itulah padah kalau buat last minit.saya ni bukannya jenis boleh siapkan awal.Perlukan tekanan dalam membuat kerja.susahkan kalau sudah terbiasa dengan tekanan.Datang banyak mana masalah masih boleh lagi duduk bersahaja layan drama.

hujung minggu lepas,sayalayan balik koleksi drama lama dalam simpanan.Densha otoko.Drama yang popular time 2005.saya lebih suka layan drama jepun dari drma yang lain.Penuh mesej dan kreatif tak macam drama yang tengah popular seperti genre cinta.Sudah boleh agak jalan ceritanya.Si A dengan si B.Selepas tu,datang si C kacau daun.Yang si B ni ada trauma dengan si C dan … Sila buat huraian masing-masing

Densha otoko banyak bawa mesej.Drama yang menyentuh perasaan saya selain 1 litre of tears.Rupa paras kadangkala menjadi kayu ukur bagi sesetengah sesorang.Dalam drama ini,seorang otaku atau peminat anime dan figura jatuh cinta dengan seorang wanita yang berbeza perwatakan.Jalan cerita banyak berkisar kepada kepada persoalan ini.Ternyata sekali rupa paras itu ditolak ketepi dalam cerita ini.

Dalam menempuh kesusahan yag dihadapi jangan sangka ita berseorangan kerana masih ada orang yang ambil berat pasal kita.Samalah juga seperti menulis blog.sesetengah orang menganggap menulis mengenai diri sendiri di dalam blog merupakan membuang masa dan membuka pekung sendiri.Memanglah blog peribadi macam blog saya ini tidak ramai pelawat dan komen,itu saya tidak kisah.

Semua yang dilepaskan ke sini adakalanya terlepas dari tapisan.Mungkin ada yang tersinggung perasaan.Itu lebih baik dari saya tikam dari belakang.Tentu sakitkan kena tikam dari belakang.Macam di atas kita bukan berseorangan.Itu antara mesej yang ada dalam densha otoko.Jatuh bangun kita dalam kehidupan tidak semestinya berseorangan, ada yang sudi memberi pertolongan.itulah gunanya kawan.Tidak kiralah baik atau buruk.Yang baik tidak semestinya kawan dan yang buruk tidak semestinya musuh.

Ambil masa duduk berfikir tentang kehidupan.Jangan menutup semua deria tentang kehidupan yang disebabkan masa lalu. terang dan gelap seiring dan sejalan di jalan kehidupan.cukuplah saya luahkan buat kali ini.Nampak sangat saya tiada ilham untuk menulis.Mohon permisi.

30
Mar 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 2 Comments