hutang

hidup kita sering ada pasang-surutnya. susah senang kita yang menanggungnya dan lebih manis jika ada yang sudi berkongsi dengan kita. Dalam hidup ini, kita selalu berhutang pelbagai perkara seperti budi dan wang.

Hutang. perkataan yang amat digeruni sekarang. Hutang yang paling digeruni ialah berhutang dengan Ah Long.Ramai orang ingin bebas dari hutang supaya hidup mereka aman damai. Maka mereka pun bekerja keras melangsaikan hutang tersebut.

Macam biasa apabila orang mahu berhutang dengan kita, kita sering berat hati untuk memberinya lantas memberi pelbagai alasan. Sebenarnya kita terlepas salah satu pintu rahmat yang diberi Allah. Orang yang memberi hutang kepada orang lain akan menerima pahala pada setiap hari sehingga hutangnya dilangsaikan oleh penghutang tersebut. Jika penghutang itu gagal untuk membayar dan kita memberi peluang kedua kepadanya, maka pahala yang diberikan kepada kita adalah 2 kali ganda jumlah hutang yang diberi.

Sekadar berkongsi

25
Oct 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog islamic
DISCUSSION 2 Comments

paradoks 8

Emosi yang kian gelora sering sahaja hampir menelan rasionalku tiap kali kemurungan melanda. Ketika ini duduk berseorangan perlu aku elak daripada terus dibaham situasi ini. Temanlah tempat persinggahanku. Masa berubah dan kawan pun silih-berganti. Tempat berlindungku jarang ada kerana selalu sahaja disewa orang lain. Tinggallah diriku bertemankan emosi dan kemurungan.

Selalu sahaja dalam sujudku air mata mengalir dengan deras mengenangkan yang berlaku. Lemahnya hati manusia dibuai perasaan. Syukur alhamdulillah semester ini situasi itu sudah terubat. Bukan ada teman gelap tetapi kawan. Soal hati biarlah masa menentukan. Duduk diam bukan sikapku. Hujung minggu sudah terisi dengan kerja sambilan iaitu guru tuition. Biarpun gajinya tidak seberapa , bagiku sudah cukup dapat membantu anak bangsa kita. Aku mahu mereka menghargai ilmu bukan menghafal. semangat yang guruku tularkan kepadaku seketika dahulu perlu mereka rasai.

Situasi seringkali membuatkan manusia tersungkur di jalan yang hina. Pancaindera yang sedia ada tidak diguna secara hikmah tetapi secara membabi-buta. Dunia ini bukan lagi hitam dan putih tetapi kelabu. Tugas membimbing jangan diberi seratus peratus kepada guru kerana kelak akan menyesal apabila kita bukan tempat menagih kasih. Pendidikan yang wajar dilakukan ialah dengan pendekatan hati. Andai dibentangkan segala isi bumi maka tiada manfaatnya melainkan ilmu yang berguna. dunia ini penuh dengan kepalsuan.

Dalam melihat sesuatu perkara jangan melihatnya dari perspektif yang nyata sahaja.masih banyak lagi perkara yang terselindung dan tersirat.setiap satu perkara kadang-kala adalah kiasan atau simbolik.ada perkara tidak dapat disampaikan dengan sekali lafaz atau tulisan.lain masalah lain caranya.tidak boleh untuk kita hentam sahaja,hidup kita hanya sebentar sahaja.satu saat yang berlalu tidak dapat diundur.detik yang baru sahaja berlalu tidak sama dengan detik-detik yang sekarang dan akan datang.

perasaan seringkali campur tangan dalam keputusan yang selalu kita tentukan.kebarangkalian untuk satu keputusan itu untuk membuahkan hasil yang memuaskan agak tipis sehinggakan menzahirkan kelemahan kita.sudah beberapa tamadun manusia yang tersungkur menyembah bumi akibat terlalu mengikut perasaan.bukan mereka tidak dapat berfikir sendiri akan tetapi mereka meletakkan kewarasan itu di tangga yang entah ke berapa.perasaan itulah yang dijulang dan diagungkan hingga pintu akal tertutup serapat yang mungkin hinggakan zarah rasional gagal tembusi.

pelbagai ideologi sudah mencorak dunia kini dicipta bukan untuk kemajuan manusia akan tetapi untuk kepentingan pihak tertentu.mangsa keadaan adalah masyarakat itu sendiri.derita mereka ditanggung sendiri.pihak yang senang terus diawangan.tidak mahu turun ke bumi mengotori tangan membantu masyarakat yang sudah lemas di pasir jerlus kemodenan.jika dipaparkan di media,barulah datang memberi bantuan dengan memakai topeng hipokrit yang begitu hina sekali.di mata mangsa memanglah mulia akan tetapi bagi Allah tiada makna.adakah perlu semua ini?

mata yang zahir ini perlukan mata hati untuk terus berkhidmat.mata yang kita guna sekarang ini untuk melihat luaran sesuatu keadaan.mata hati meneliti dalaman sesuatu perkara.andai kata salah satu gagal berfungsi,porak porandalah dunia ini.andaikata mata hati tiada,hilanglah kemanusiaan sesama manusia.hancur dan ranap dunia ini.terlaksanakah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah? ketika dibangkitkan nanti di akhirat nanti,jawapan apa yang hendak kita berikan kepada Allah.ketika itu mulut sudah terkunci rapat,yang hanya berbicara ialah amalan kita dan anggota kita.mulut sudah tidak dapat memutar belit untuk menyelamatkan keadaan.sebelum membuat sesuatu perkara fikirkan dahulu baik buruk tindakan kita.renung dengan mata zahir dan selami dengan mata hati.andai ada kata putus biar akal menentukan langkah yang seterusnya.

mata sudah bertindak,kini biarlah akal meneruskan tugasnya.seringkali manusia tidak menggunakan akal sebaik-baiknya.pelbagai pemikiran yang songsang lagi merosakkan sudah ditanam di laman akal.hasilnya wujudlah buah-buah rancangan untuk merosakkan orang lain dan mencari keseronokan.hawa nafsu menjadi parasit kepada laman akal.untuk membendung kerosakan ini terus berlaku,ilmu perlu menjadi baja dan pelindung di laman akal.akal yang sunyi dari ilmu mudah sekali tandus sebelum membuahkan idea-idea yang bernas.akal jugalah sempadan antara manusia dan haiwan.walaupun sudah diberi kelebihan ini masih juga ada manusia lagaknya tidak ubah seperti haiwan.darah daging sendiri sanggup ditelan hidup-hidup.

24
Feb 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog paradoks
DISCUSSION 0 Comments

Edisi jumaat-Diriku dan dirimu

Ada dua orang sahabat berbicara di wakaf.

Andai diberi peluang ketika di liang lahad untuk satu permintaan,apa yang engkau mahukan?

Bagiku,aku hendak kuburku penuh dengan buku.tidak terbuang masaku dengan membaca.Engkau pula?

Aku?jika diberi peluang aku ingin diberi izin untuk melawat jiran-jiranku?

Untuk apa?

Aku ingin membantu mereka kerana aku ingin menambah pahalaku.Bagiku,jika ada ilmu sebanyak air laut sekalipun jika tidak dapat membantu orang lain tiada gunanya.Aku tidak mahu dipersoal oleh Allah mengapa engkau tidak mahu menolong si polan dan si polan ini?

23
Jan 2009
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 7 Comments

Kebenaran dan kehidupan(edisi jumaat)

Dari kecil kita berkejaran dengan ilmu.Dari mengenal alif,ba,ta hinggalah hampir ke liang lahad. Kalimah tauhid disematkan ketika kecil.Begitu utuh sekali akarnya mencengkam jiwa.Dalam membuka pintu tanggungjawab,kalimah itu hampir hilang cengkaman.

kita mula sibuk dengan urusan seharian sehinggakan benda yang paling penting hilang dari diri kita iaitu makna hidup.Apa tujuan kita dicipta?Andai kita sudah dibentangkan buku amalan,barulah kita sedar tidak banyak yang kita lakukan sepanjang hayat kita.”ini sahaja yang aku lakukan di dunia?Alangkah ruginya aku”Keluhan sudah terlambat ketika itu.

Ilmu yang dicari adalah mencari kebenaran.Adakah ilmu itu benar isi kandungan dia?Mencarinya begitu sukar sekali.Mata sudah kabur akibat pelbagai pelakuan menutup pintu hati.Al-Quran dan sunnah sudah benar.Mengapa perlu dipertikaikan?Layakkah alasan itu untuk dibentangkan di depan Allah?Fikirkan dalam-dalam apabila hendak melakukan sesuatu.Renungkan.

16
Jan 2009
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 3 Comments