paradoks 8
Emosi yang kian gelora sering sahaja hampir menelan rasionalku tiap kali kemurungan melanda. Ketika ini duduk berseorangan perlu aku elak daripada terus dibaham situasi ini. Temanlah tempat persinggahanku. Masa berubah dan kawan pun silih-berganti. Tempat berlindungku jarang ada kerana selalu sahaja disewa orang lain. Tinggallah diriku bertemankan emosi dan kemurungan.
Selalu sahaja dalam sujudku air mata mengalir dengan deras mengenangkan yang berlaku. Lemahnya hati manusia dibuai perasaan. Syukur alhamdulillah semester ini situasi itu sudah terubat. Bukan ada teman gelap tetapi kawan. Soal hati biarlah masa menentukan. Duduk diam bukan sikapku. Hujung minggu sudah terisi dengan kerja sambilan iaitu guru tuition. Biarpun gajinya tidak seberapa , bagiku sudah cukup dapat membantu anak bangsa kita. Aku mahu mereka menghargai ilmu bukan menghafal. semangat yang guruku tularkan kepadaku seketika dahulu perlu mereka rasai.
Situasi seringkali membuatkan manusia tersungkur di jalan yang hina. Pancaindera yang sedia ada tidak diguna secara hikmah tetapi secara membabi-buta. Dunia ini bukan lagi hitam dan putih tetapi kelabu. Tugas membimbing jangan diberi seratus peratus kepada guru kerana kelak akan menyesal apabila kita bukan tempat menagih kasih. Pendidikan yang wajar dilakukan ialah dengan pendekatan hati. Andai dibentangkan segala isi bumi maka tiada manfaatnya melainkan ilmu yang berguna. dunia ini penuh dengan kepalsuan.
Dalam melihat sesuatu perkara jangan melihatnya dari perspektif yang nyata sahaja.masih banyak lagi perkara yang terselindung dan tersirat.setiap satu perkara kadang-kala adalah kiasan atau simbolik.ada perkara tidak dapat disampaikan dengan sekali lafaz atau tulisan.lain masalah lain caranya.tidak boleh untuk kita hentam sahaja,hidup kita hanya sebentar sahaja.satu saat yang berlalu tidak dapat diundur.detik yang baru sahaja berlalu tidak sama dengan detik-detik yang sekarang dan akan datang.
perasaan seringkali campur tangan dalam keputusan yang selalu kita tentukan.kebarangkalian untuk satu keputusan itu untuk membuahkan hasil yang memuaskan agak tipis sehinggakan menzahirkan kelemahan kita.sudah beberapa tamadun manusia yang tersungkur menyembah bumi akibat terlalu mengikut perasaan.bukan mereka tidak dapat berfikir sendiri akan tetapi mereka meletakkan kewarasan itu di tangga yang entah ke berapa.perasaan itulah yang dijulang dan diagungkan hingga pintu akal tertutup serapat yang mungkin hinggakan zarah rasional gagal tembusi.
pelbagai ideologi sudah mencorak dunia kini dicipta bukan untuk kemajuan manusia akan tetapi untuk kepentingan pihak tertentu.mangsa keadaan adalah masyarakat itu sendiri.derita mereka ditanggung sendiri.pihak yang senang terus diawangan.tidak mahu turun ke bumi mengotori tangan membantu masyarakat yang sudah lemas di pasir jerlus kemodenan.jika dipaparkan di media,barulah datang memberi bantuan dengan memakai topeng hipokrit yang begitu hina sekali.di mata mangsa memanglah mulia akan tetapi bagi Allah tiada makna.adakah perlu semua ini?
mata yang zahir ini perlukan mata hati untuk terus berkhidmat.mata yang kita guna sekarang ini untuk melihat luaran sesuatu keadaan.mata hati meneliti dalaman sesuatu perkara.andai kata salah satu gagal berfungsi,porak porandalah dunia ini.andaikata mata hati tiada,hilanglah kemanusiaan sesama manusia.hancur dan ranap dunia ini.terlaksanakah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah? ketika dibangkitkan nanti di akhirat nanti,jawapan apa yang hendak kita berikan kepada Allah.ketika itu mulut sudah terkunci rapat,yang hanya berbicara ialah amalan kita dan anggota kita.mulut sudah tidak dapat memutar belit untuk menyelamatkan keadaan.sebelum membuat sesuatu perkara fikirkan dahulu baik buruk tindakan kita.renung dengan mata zahir dan selami dengan mata hati.andai ada kata putus biar akal menentukan langkah yang seterusnya.
mata sudah bertindak,kini biarlah akal meneruskan tugasnya.seringkali manusia tidak menggunakan akal sebaik-baiknya.pelbagai pemikiran yang songsang lagi merosakkan sudah ditanam di laman akal.hasilnya wujudlah buah-buah rancangan untuk merosakkan orang lain dan mencari keseronokan.hawa nafsu menjadi parasit kepada laman akal.untuk membendung kerosakan ini terus berlaku,ilmu perlu menjadi baja dan pelindung di laman akal.akal yang sunyi dari ilmu mudah sekali tandus sebelum membuahkan idea-idea yang bernas.akal jugalah sempadan antara manusia dan haiwan.walaupun sudah diberi kelebihan ini masih juga ada manusia lagaknya tidak ubah seperti haiwan.darah daging sendiri sanggup ditelan hidup-hidup.
