Di tengah minggu berbunga-bunga

kemaskini
kisah monologku akan disambung semula dalam masa terdekat ini.Rata-rata kisah monologku lebih banyak luahan perasaan diri saya sebenarnya.kiranya memang kisah benar yang telah diubah jalan ceritanya.Maaf sekiranya saya terlalu formal di sini.saya mahu mengelak dari mengguna bahasa SMS di blog ini.Semua itu hanya di entri saya.Di petak komen boleh sahaja.

Waduh-waduh.sukar sekali saya mahu jadi formal sebenarnya.Saya cuba untuk meyambung usaha yang dibuat di Tawel sensei yang memulakan misi mengetengahkan penggunaan tatabahasa di blog atau bagi beliau “sila guna tajwid yang sesuai ketika membalas”.Mungkin selepas ini saya akan cuba menjadi lebih santai dalam memcoret di sini.

Huh!sekarang ini masih banyak perkara perlu diselesaikan.kuliah sudah bermula,tugasan perlu disiapkan,dan bermacam-macam lagi mula menyesak hari-hari akan datang di kampus.

berbunga-bunga?
hati saya jelas berbunga-bunga kegembiraan di saat ini kerana bro Azhar sudah kembali aktif.saya begitu rindukan karya-karyanya yang mencuit hati dan sarat dengan mesej.

07
Jan 2009
POSTED BY admin
POSTED IN kemaskini
DISCUSSION 6 Comments