mukasurat kosong
sudah dua bulan di rumah. masih tiada perubahan. emosi semakin kacau apabila melihat pelbagai persoalan mula diajukan. Kalian semua, saya minta tolong agar diberikan peluang untuk menentukan masa depan saya.
Permintaan pertama, tolonglah jangan banding-bandingkan kejayaan orang lain dengan sahabat sendiri. pedih sangat perbuatan itu. seorang ada kekuatan masing-masing. semangat yang baru nak tumbuh itu janganlah disimbah dengan racun. biarlah ia tumbuh dengan sempurna dan bukan pra matang.
Permintaan kedua, jodoh. jodoh itu perkara tuhan. jangan ganggu aturannya. cepat atau lambat sudah ditentukan. jangan hendak tergesa-gesa kelak menyesal.
