kadang-kala kita sering mengharapkan sesuatu realiti menjadi ideal.dengan maksud lain menjadi sempurna.ketahuilah bahawa semua itu hanya perancangan kita sahaja.Perancangan yang belum tentu berjaya.Perancangan-Nya mengatasi segala-galanya.
Hidup tanpa dugaan tiada makna.Tiada kemanisannya.Ketenangan kita yang cuba kita capai bukannya selalunya mudah.Penuh onak dan ranjau yang sentiasa menduga kita.Kita seringkali tersungkur di pertengahan jalan.Tapi pernahkah kita merenung kembali sebab apa kita tersungkur sekali lagi.Adakah silap orang lain?Bukan.Semua itu cuma alasan untuk menutup keaiban diri.
Terasa lemah sekali diri ini apabila ditimpakan dengan dugaan yang menggugat keimanan.dugaan yang kecil berbanding para anbia yang penuh derita menanggung dugaan.kita selalu menyalahkan dugaan yang datang itu musibah bukan nikmat.Kita tidak menyedari bahawa dugaan yang datang itu merupakan rahmat buat kita.Sebagai contohnya,sakit.Ketahuilah bahawa ketika sakit setiap dosa kecil yang kita lakukan gugur bagaimana peluh kita menitis jatuh ke bumi.
Maaf ya sahabat.Hari ini merupakan hari yang sangat berat buatku.Lemah tidak bermaya seperti mentol harapan dicabut dari soket kehidupan.Mungkin diri ini akan bersendirian untuk muhasabah diri.Pemergianku untuk 2 bulan ini untuk mencari kembali diriku yang telah lama hilang.sesat dalam kegelapan kehidupan.
Semalam diriku seperti bukan diriku yg selalu.Tiada raut senyuman di bibirku.Cuma masam mencuka.Terasa kosong sangat jiwaku hari ni.Seperti ada sesuatu yg hilang dari diriku.Tanpa dikesan.Hilang tanpa jejak.Diriku kini melayan perasaan.Perasaan kian bergelora.Singgahsana hati hampir tergugat.Hampir tidak menyembah ke bumi kecewa.kesepian ini membunuh senyumanku.Gelak-tawa sudah merajuk.Merajuk kerna diriku gagal menyelamatkan senyum,teman mereka.Sekarang ni jasad ini cuma sekadar tin kosong tanpa biskutnya.Hanya angin sahaja menjadi isinya.Isi yang tidak akan siapapun yang mahu.Ditinggalkan sepi di atas almari tanpa terusik.Hanya menanti debu-debu hampa menyapanya.
maaf ya sahabatku,saya agak moody semalam
salam..semalam diri ini penat berjalan di merata tempat.Demam pilihan raya memang tidak dpt dinafikan lagi.Sana-sini perang poster.Jalan sesak dengan masyarakat pergi membuang undi.Diri ini ingin melaksanakan amanah yang diberi tapi..masa tidak mengizinkan.Umur sudah cukup tapi tempoh pendaftaran tidak cukup.Umurku genap 21 ketika melangkah tahun baru..Untuk layak mengundi perlu daftar 5 bulan awal sebelum pilihan raya.
PRU12 kali ini memang penuh dengan kejutan.Beberapa negeri sudah ditawan.Mungkin ada hikmahnya perubahan ini.Ini menunjukkan minda masyarakat kita sudah terbuka dan tidak lagi jumut.Cukup dengan PRU12.berbalik kita kepada perjalananku semalam.Memang jauh sekali diriku merantau semalam.Diriku dan beberapa rakanku pergi menziarah keluarga angkat di Kg Guar Lobak di Padang Serai,kedah.rancangan asal hendak pergi berkereta.Atas asbab yg tidak dpt di elakkan,terpaksalah kami pergi dengan motosikal.Lama juga kami di rumah keluarga angkat..maklumlah sudah sebulan tidak ketemu.byk cerita yg ingin dikongsi.masa di sana terus dilanjutkan kerana hujan.Memang lebat hujan kali ini.Hujan berhenti lebih kurang pukul 6.30 petang.
kami terpaksa berundur dahulu disebabkan rakan kami masih ada tugas yg belum dilaksanakan.Kami terpaksa meredah hujan dipertengahan jalan.diriku agak sejuk kerana kecuaian diri sendiri.aku terlupa untuk membawa sweater.Dan kesannya bajuku lenjun dek tempias tayar motor.huuhuuhuh.memang satu pengalaman yg tidak dapat dilupakan.
sesampai di jambatan pulau pinang,sekali lagi hujan jadi musuh kami.dengan kelajuan 80km/j,titis air bagaikan sembilu menyerang kulit kami.huhuhuhu.memang menyakitkan.Menyesal tak sudah kerana tidak ada sweater.Sampai sahajadi USM,roomateku ajak keluar makan di sungai ara.Hendak ke sana agak jauh juga.cuba fikirkan,sebiji kancil dan 6 orang penumpang.Diriku terpaksa mengalah dengan menaiki motosikal seniorku.huhuhuhu..memang makn sakan hari ini.
mata dah mengantuk kerana sudah sakit kepala.kemungkinan besar diriku akan demam esok hari.Sob Sob.Doakanku agak tidak demam esok ya..salam..
Di luar masih lagi renyai hujannya.Seperti meratap hal semalam.Hal yang tidak akan datang kembali.Sudah ditakdirkan setiap yang bermula pasti ada noktahnya.Sama ada cepat atau lambat.Sudah ketetapan-Nya.Bau kelembapan udara jelas memenuhi ruangan kamarku.Tempoh hari,sedang asyikku bergembira dengan anakku,Najmi di ruang tamu,satu pesanan ringkas menjengah masuk telefon bimbitku. Read more…
Bayu pagi menjengah kamarku.Lembut dan menyamankan.Tenang sekali pagi ini.Setenang di jiwaku.Sang unggas sudah lama keluar mencari rezeki.Diriku masih di tikar sembahyang.Tidak mahu bangun rasanya menikmati suasana ini.Akhirnya ku gagahi untuk bangun dari situ kerana mentari sudah lama bersinar. Sebentar lagi ku perlu pergi ke tempat itu.Tempat di mana ku melepaskan rinduku selama ini.sebelum itu,perutku perlu diisi dahulu.Biar mendapat sedikit kekuatan untuk memulakan hari baru. Read more…
sering kali fikiranku melayang jauh entah ke mana..mungkinku terlalu banyak berfikir tentang kehidupanku..kadang-kala tanpa sebab..mungkinku murung di kala kesepian..kekadang sahabatku pelik dengan sikapku..sekejap elok,sekejap tidak ..ku seperti individu lain..asing sekali bagiku..itu sebab diriku acapkali bersendirian..mulalah si syaitan yg direjam bekerja..di dalam diri kita ada seekor syaitan yang selalu menyebarkan segala macam hasutan kepada diri kita..hati yang lemah mudah saja goyah termakan hasutannya..mungkin sikapku yang selalu bersendirian menyebabkan diriku lemah terhadap hasutannya..diri ini selalu mengikut perasaan tanpa berfikir dahulu dalam melakukan keputusan..Ya Allah, berikanku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini..ku tahu diriku tidak seberani anak-anak palestin yang rela berjuang hanya berbekalkan batu dan botol sedangkan ku tewas di atas beraduan.. Ya Allah, berikanlah mereka kekuatan untuk meneruskan perjuangan suciMu membela agamaMu yang kian dibenci oleh khalifahMu yang cuma ada pada nama..mereka lebih teruk dari binatang yang tidak berakal itu..hatiku tersentuh dengan insan-insan istimewa di STBTAT.. sepanjangku berada di sana,hati kecil ini tersentuh dengan suasana di situ.. diriku cuba membantu sehabis baik,akan tetapi tidak kesampaian..ternyata sekali mereka kurang mendapat kasih sayang daripada insan tersayang..bukan salah mereka jadi begitu..semuanya sikap dari manusia itu sendiri..kita selalu impikan sesuatu yg sempurna tapi silapnya kita tidak pernah merancang untuk mencapainya..inginkan anak soleh dan solehah tapi diri masih bergelumang dengan maksiat.. anak-anak adalah cermin kepada diri kita..buruknya akhlak mereka begitulah diri kita..renungkan..maafkanku jika coretan di kala sunyi ini menyinggung sesiapa..ini cuma luahan seorang insan yang sunyi dalam mengharungi liku-liku kehidupan..
di langit ada senyum
di bumi ada tawa
senyum dan tawa menganyam erti
perasaan yang tergambar
dalam fikiran nan bahgia
di hutan ada tangis
di tasik ada sendu
tangis dan sendu menyulam erti
perasaan yang kecewa
dalam akal nan derita
ku ingin mendakap langit bahgia
namun temaran awan melindungi
bintang yang berserakan
ku ingin mengapai bumi ceria
namun ngauman sakit kemarau
menitiskan luka sengsara