paradoks 3

Sayup-sayup gelap malam sudah menolak penatku pergi. seringkali manusia mengaitkan gelapnya malam dengan kesuraman jiwa-jiwa yang kosong.Cukuplah bagiku secawan teh ‘o’ pekat menemanku malam ini.Kopi yang pekat lagi likat bukan untuk berjaga tetapi untuk bertemankan bantal yang empuk dan perkara ini turut menimpa seangkatannya.Memang sengaja aku biar teh ‘o’ itu pekat dan manis kerana hatiku mahu bersua denganku malam ini.

mungkin sudah lama tidakku luahkan apa-apa yang terbuku di dalam jiwa ini.semuanya hanya diam membisu di penjuru hati yang gelap.Andai kata tidak dikeluarkan mungkin lebih parah lagi beban yang ditanggung.seringkali sunyi ini mudah sekali membuatkanku teringat sesuatu.Ketika di selatan semenanjung,satu soalan ini menerpa ke dalam fikiranku.satu soalan yang mudah disoal tapi begitu sukar sekali untuk menjawabnya.tiada jawapan yang salah.terpulang kepada kita.soalan itu ialah andai kata diriku tidak dilahirkan ke dunia ini apa yang berlaku kepada masa ini. Read more…

26
Sep 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 2 Comments

RTM

RTM?Ini bukan radio televisyen malaysia tapi rehat,tidur,makan

sekarang memang kegawatan ekonomi.Banyak kilang sudah memberhentikan pekerjaannya untuk menampung kos pengurusan.Rata-rata sudah menjadi penanam anggur di belakang rumah.Bagi yang hendak graduasi nanti makin kecut perut,mana tidaknya pengalaman berkerja tiada.Hanya harapkan segulung skrol di tangan.Berbekalkan dengan segulung skrol ditangan,pergi temuduga.Keluar je dari bilik temuduga, muka pucat macam baru je terima hukuman mati.

Macam biasa,entri di blog banyak berkisar di ruang makan,restoran atau kafe.di situ modal saya.Semua pengusaha kafe sudah kenal saya.Sambil beli makanan,pakcik tu mulalah buka cerita pasal anak dia.Dah 5 tahun menggangur.Ada master tu.Dia mempersoalkan budak-budak U,kalau dah sampai peringkat tinggi macam mana?

soalan itu adalah modal untuk entri ni.Di U bukan saja untuk segulung ijazah tetapi tempat untuk mengambil sebanyak yang mungkin pengalaman.cuba kita tengok kaum lain,lepas SPM atau STPM mereka kerja dulu.Masuk tentera,syarikat yang di bawah kerajaan.Bila dah ada jawatan,baru sambung belajar.Separuh gaji masuk tiap-tiap bulan masa sambung belajar.Ibubapa duduk goyang kaki je.Yuran dah ditanggung.

Saya yang belum graduasi ni pun tengah pening.Macam mana nanti kalau saya tamat belajar nanti.Takkan jadi pekerja RTM sepenuh masa.sama seperti yang berkaki empat.saya cadang memang nak masuk ke bidang perguruan.Minat saya ke situ.

Saya memang tidak bernasib baik dengan ujian.Asyik sangkut je.Time ajar orang memang mantap.Alih-alih member saya yang grad dulu..huhuhu.Ada hikmahnya saya extend ni.

03
Mar 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 8 Comments

monologku – hujan kasih

Sejak kebelakangan ini pelbagai masalah datang mendugaku.Penulisanku terpaksa dihentikan dalam menyambut kunjungan masalah yang tidak putus-putus mengganggu kehidupanku.Andai ada sahaja ruang dan ketika mereka akan terjah. Read more…

14
Jan 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 4 Comments

monologku- yang berlalu

Hari ini begitu nyaman sekali udaranya.dedaunan yang berguguran ke bumi menghiasi suasana taman.Dahan-dahan pohon meliuk dengan hembusan lembut sang bayu seolah-olah menyapaku.Dalam menikmati keindahan alam,hatiku diketuk persoalan.Mie ada di mana?Sunyi sahaja.Biasanya kesunyian ini sudah lama dihalau hilai-tawanya bemain di anjung rumah.pelik.

Mie,buat apa tu?

Tiada jawapan.Lama juga kutunggu akan tetapi tiada sebarang respon.hatiku terus dilanda kebimbangan lantas ke dapur.sebelum sempat kakiku melangkah,ada susuk kecil memelukku dari belakang. Read more…

01
Jan 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 0 Comments

hati dan zahir

Dalam melihat sesuatu perkara jangan melihatnya dari perspektif yang nyata sahaja.masih banyak lagi perkara yang terselindung dan tersirat.setiap satu perkara kadang-kala adalah kiasan atau simbolik.ada perkara tidak dapat disampaikan dengan sekali lafaz atau tulisan.lain masalah lain caranya.tidak boleh untuk kita hentam sahaja,hidup kita hanya sebentar sahaja.satu saat yang berlalu tidak dapat diundur.detik yang baru sahaja berlalu tidak sama dengan detik-detik yang sekarang dan akan datang.

perasaan seringkali campur tangan dalam keputusan yang selalu kita tentukan.kebarangkalian untuk satu keputusan itu untuk membuahkan hasil yang memuaskan agak tipis sehinggakan menzahirkan kelemahan kita.sudah beberapa tamadun manusia yang tersungkur menyembah bumi akibat terlalu mengikut perasaan.bukan mereka tidak dapat berfikir sendiri akan tetapi mereka meletakkan kewarasan itu di tangga yang entah ke berapa.perasaan itulah yang dijulang dan diagungkan hingga pintu akal tertutup serapat yang mungkin hinggakan zarah rasional gagal tembusi.
Read more…

31
Oct 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 4 Comments

jom baca – perjalanan hidup ini

Musim hujan mula melanda pantai timur Semenanjung Malaysia dan kawasan rumah sewa kami ini tidak pula ketinggalan. Namun, alhamdulillah kami masih lagi mampu ke kuliah, satu tanggungjawab utama kami dihantar ke sini, keluar membeli peralatan seharian dan aktiviti rutin yang lain juga tidak terjejas. Segalanya telah di atur oleh Allah s.w.t.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku teringat orang tua di kampung. Lama juga aku tak menjengah mereka. Namun cukuplah aku tahu bahawa mereka berdua sihat sejahtera, kurniaan Allah s.w.t. Aku balik selalu pun takkannya dialu-alukan oleh mereka kerana apa yang mereka mahu aku menumpukan perhatian kepada pelajaran di sini namun jauh di sudut hati, aku tahu mereka gembira dengan kepulanganku walaupun luarannya mereka tidak menunjukkan reaksi sebegitu. Aku bangga menjadi anak kalian ibu bapaku. Walaupun dahulunya aku masih ingat lagi kita sekeluarga ini tidaklah semewah orang lain namun aku bersyukur atas segala-galanya. Kesusahan itulah menyedarkan kita perlunya perubahan dan untuk perubahan perlunya ada usaha.

Ibu adalah wanita yang paling kukagumi.. masih teringat lagi waktu aku di tingkatan satu.. berkehendakkan sesuatu tapi ayah dengan tegas menghalangku. Membuatkan hati remaja ini memberontak. Namun kata-kata ibu membuatkan aku dengan mudah mengalah. Aku yang masih sedu-sedan menangis serta-merta berhenti dengan pujukan ibu. Ayah pada waktu itu masih lagi mempraktikkan ketegasannya yang di bawa sewaktu dalam pasukan tentera, walaupun pada masa itu beliau telah meninggalkan pasukan itu. Kami adik beradik ini tiada seorang pun yang berani untuk melawan kata-katanya. Kami ini hidup dengan disiplin yang ayah terapkan sejak kecil lagi.

Ibu itu wataknya tidak banyak bercakap. Tidak pula pandai mengambil hati persekitaran. Yang ada hanyalah sikap diri sendiri yang seadanya. Namun entah mengapa nenek menyayangi ibu melebihi menantunya yang lain. Ibu sendiri tidak tahu sehingga ada seseorang memberitahunya selepas kepulangan nenek ke rahmatullah. Terlalu banyak yang nenek luahkan kepada mereka tentang ibu. Patutlah selama ini rumah kami yang sering menjadi kunjungannya walaupun kami ini bukanlah kaya dengan kebendaan untuk di persembahkan kepada nenek. Namun rumah kami ini seperti rumah keduanya. Ibu sendiri tidak tahu mengapa apabila aku selalu bertanyakan perkara ini dahulu.

Akrabnya ibu dengan nenek pastinya menjadi perkataan orang lain. Tapi ibu buat tak dengar je dengan itu semua. Perkara kecil katanya. Banyak lagi benda lain yang nak di buat selain dari mendengar perkataan orang yang tak berfaedah. Dalam pada itu, kesabaran ibu di uji dengan gelombang yang melanda rumahtangganya. Kebahagiaan keluarga kami ini ada serangga perosak rupanya. Ada insan yang mencemburui kebahagiaan kami. Tak pernah di sedari ibu, jiran yang selama ini dianggap rakan baik yang berkongsi cerita dan kegembiraan telah menjadi duri dalam daging. Aku sendiri tidak redha jika ada insan lain selain ibu yang bertakhta di hati ayah. Tidak sama sekali! Dari peristiwa itu, aku telah mendapat satu theory. Betapa dalam hidup ini rupa-rupanya tiada siapa yang boleh di percayai dan adakalanya diri sendiri pun turut sama tertipu.

Read more…

14
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 5 Comments

cinta?

Mungkin ada yang pernah membacanya di mana-mana forum atau blog.sekadar untuk berkongsi

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuahbangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

08
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 16 Comments

jom baca – tulip mekar di Edinburg

Selamat membaca..Layan jiwang pula.hehehe

Sufian duduk di sisi Aina sehingga bahu mereka bersentuhan. Aina tunduk. Rambutnya yang hitam berjuntaian menutupi muka. Angin berlari-lari di padang memaksa dedaun pohon meliuk-liuk menari. Aroma Calvin Klein kegemarannya begitu menusuk hidung. Aina kelihatan ayu berbaju kurung moden berbunga kecil warna hijau pucuk pisang manakala begitu ringkas mengenakan kemeja hitam dan bermuda coklat yang menampakkan susuk badannya yang agak tegap.

“Aina, cuba lihat burung itu,” kata Sufian. Aina mendongak pada seekor burung kecil yang bertenggek di atas sebatang kayu reput di pinggir tasik. “Tadi mereka sama-sama terbang, tapi bila suatu ketika mereka akan berpisah dan membawa hala tuju masing-masing,” kata Sufian dengan penuh makna. Sebatang ranting kecil pohon cemara tempat mereka berteduh jatuh di hujung kasutnya. Tangan kasarnya pantas mencapai, mematah-matahkan ranting kecil itu dan mengeluh perlahan.

“Kalau Aina pergi, Sufian hanya akan bersahabat dengan burung itu sahaja. Lebih baik memilih burung comel itu sebagai teman, manusia tidak setia sepertinya,” kata Sufian perlahan, kemudian menyambung, “Aina, awak mesti ingat, Emily yang bertemankan burung kerana kecewa dengan Afiq kekasihnya sendiri. Aina ingat novel tu?”

Novel yang tiba petang 29 Mei lalu, dibungkus dengan kertas berkilat merah jambu, berikat reben kecil putih dengan ikatan buku sila, kembali terpampang dalam ingatan Aina. Hadiah hari lahirnya yang ke-17. Usia yang masih muda bagi orang zaman siber ini. Aina mengerutkan kening sambil mengusap rambutnya yang meremang ditiup bayu laut. Kata-kata Sufian terus menikam gegendang telinganya. Dia yang faham apa yang tersirat di hati Sufian cuma membatukan dirinya tanpa menjawab walaupun sepatah.

Sufian berdiri lalu menarik nafas dalam-dalam, seperti mengumpulkan seluruh kekuatan dan menenggelamkan segerombolan debar ke dalam lautan perasaannya. “Masa begitu pantas Sufian, dan Aina seakan tidak percaya kita akan berpisah tidak lama lagi.” “Aina tidak pernah menjanjikan apa-apa di dalam hubungan kita, Aina hanya mampu menjanjikan kesetiaan,” janji Aina sambil menahan sebak.

Wajah Sufian sedikit bergelombang apabila mendengar kata-kata Aina, seperti air tasik yang beriak perlahan bila sehelai daun kering menimpanya tapi cepat-cepat ia tenang kembali. Tapi dalam diri ada ombak yang menderu dan menghempas pantai perasaannya. Dan Sufian masih menunggu kata-kata yang jatuh dari bibir Aina. Kata-kata yang memberinya harapan. Akhirnya dia mengeluh dan berkata perlahan. “Aina memberikan harapan tetapi mematikannya dengan diammu,” kata Sufian sambil memusingkan badannya ke arahku. Ah, lima tahun bukannya lama. Lagipun, dalam kehidupan yang serba pantas dan sarat dengan pelbagai agenda ini, waktu beredar bak ribut. Aku faham perasaan Sufian yang tidak sanggup kehilanganku walaupun sesaat kerana aku dan Sufian telah berkenalan sejak tingkatan tiga lagi.

Read more…

01
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 9 Comments

monologku lagu alam

Sedang asyikku menikmati keindahan alam di luar rumah,Najmi menghampiriku.

“Ayah buat apa kat luar ni?”

“Ayah saja nak duduk berehat kat luar ni.sesak nafas duduk kat dalam rumah.”

“Erm..Mie selalu tengok ayah duduk termenung je kat sini.Ayah tak boring ke?”

“Tak adalah mie.Ayah suka duduk kat sini.Aman dan amat menyegarkan.Cuba mie duduk sini.Apa mie dengar?”

“Erm..bunyi burung,air terjun, dan memacam lagi.mengapa ayah tanya mie soalan ni?”

“Adalah..rasa best tak duduk kat sini?”

“Best..Mie rasa tak tension.rasa nak duduk lama kat sini.Mengapa ya?”

“Mie suka dengar lagu nasyid kan?”

“Ha’ah.Mie suka sangat.Tambah lagi kalau dari kumpulan Firdaus”

“Macam tu juga alam ini.Alam ini ada lagunya.Bezanya kita tidak memahaminya.Setiap bunyi alam yang kita dengar itu adalah zikir kepada Allah.”

“Zikir?Macam mana tu ayah?Mie tak fahamlah.Cuba ayah terangkan.”

“Begini Mie.Lepas solat,kita rasa tenang atau tension?”

“Erm..rasa macam tak ada masalah.tak tension.”

“Begitulah alam ini.Setiap benda di alam ini berzikir kepada Allah.Bunyi alam yang kita dengar ini adalah lagu kepada roh kita.Roh kita ini suka kepada zikir.Itulah alasannya kita rasa tenang bila kita duduk di sini.Samalah macam kita lepas solat.Lepas solat kita wirid dan zikir kepada-Nya.Habis wirid,Kita rasa tenang je.Sambil itu dengan melihat alam, kita lebih dekat Allah.Bila kita nak buat salah atau dosa,kita renung sekeliling.Ada batu.Batu tu sedang berzikir.Nak ke kita buat dosa depan dia? Samalah macam orang tengah dengar ceramah,tiba-tiba ada orang nak kencing kat situ.Malu tak orang yang nak kencing tu? ”

“Oo..begitu rupanya.Baru mie faham.”

28
Mar 2008
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 6 Comments