Posts Tagged ‘diari’

1 januari
Penuh makna kali ini. Biasanya orang sambut ulangtahun kelahiran dengan jamuan atau keluar bersama menikmati cahaya bunga api dan konsert yang membuai jiwa yang kesepian. Kali ini, ia berbeza buatku. Aku terjun ke lautan manusia bersama rakan-rakanku mendekati mereka.
tanpa kita sedari di saat countdown berlabuhnya setiap tahun, ramai anak-anak bangsa kita musnah. Di [...]

No comments so far · Tags: , ,

ini merupakan update mingguan
minggu lepas merupakan minggu yang paling sibuk buat saya.Semua assignment perlu dihantar minggu lepas. 2 assignment dan satu test. Yang paling memenatkan ialah assignment arkeologi iaitu laporan akhir.
Melengah-lengah membuat kerja.
Saya ini jenis yang suka buat kerja last minute atau hampir dengan tarikh hendak dihantar. Bukan apa bagi saya, jika buat awal, fokus [...]

2 comments · Tags: ,

salam semua..
kembali
sebenarnya kena “writer block” sindrom..isi tengah banyak nak tulis,last-last tersadai dalam notepad.Terima kasih semua yang menjenguk ke blog ini.saya tahu agak bersepah sikit.Entah mengapa mudah sangat hilang tumpuan untuk berblog.
Dalam “merajuk” kat blog ni,mulalah angau dengan dia.ketagih nak tulis entri baru.En megat kata kalau ada domain lagilah angau.
Nampaknya jiwa dan blog saya mula nak [...]

12 comments · Tags: , , , ,

Seperti biasa tengah hari di Kak Nor.sedang asyik makan nasi goreng ayam,Kak Nor datang.
Haih.dari 5 dozen jadi secekak je.
Apa dia Kak Nor?
Sudu Kak Nor banyak hilang.
Budak kot yang ambil sudu Kak Nor.
bukan.rasanya “Bapak budak”
Kak Nor je ke yang kena?
Ibu,Hooi pun kena.
Kena pasang cctv nampaknya.
sudah terdesak sangat sampai sanggup curi sudu jual kat keling botol untuk [...]

4 comments · Tags: , , , , ,

saya:Bang,bagi nasi goreng kampung dengan horlick ais.
Teruna kejut:Nasi goreng biasa,telur dadar,sirap limau dan air kosong satu.
Teruna sempoi:nasi goreng daging merah dan teh o ais.
Teruna emo:kasi nasi goreng kerabu,telur mata dan sirap bandung.
Selepas order makanan,meja kami mula panas dengan topik meja sebelah.teruna kejut dan teruna sempoi tak habis-habis menjeling meja sebelah.Mulalah soalan cepu emas keluar.

teruna emo:Abrar,bila [...]

5 comments · Tags: , , , , , , ,

wah,lama tak nampak!Apa cerita sekarang ni?
Biasa je.Masih hidup lagi ni.

Makin kurus aku tengok.Kau diet ke?
Eh,taklah.Aku pergi gym.Kasi kurus sikit.

Ni ada apa-apa ke?
Ke situ pula kau.salahkah aku nak kurus?
Jangan sensitif ya.Aku tak sengaja.
Adakah saya cuba memencilkan diri sehinggakan ramai orang tidak menyedari saya?

No comments so far · Tags: ,

dub.dub.dub
kelajuan mengalahkan peserta olimpik.
masa makin suntuk.
peluru tanpa jasad menyerang gegendang telinga lalu memaksa sarjan neuron berkerja keras
benteng keyakinan goyah menanti runtuh
mujur bantuan sempat sampai
sebelum tumbang seperti empayar Melaka
suara kelegaan jelas diteriakan apabila masa sudah dihujung
selesai satu presentation. masih ada satu hari lagi.berdebarnya

2 comments · Tags: , , ,

seringkali fikiran kita melayang jauh tika bersendirian.pelbagai perasaan mula sebati dengan diri kita.kecewa,gelisah,murung dan sebagainya kita merasainya.kita hanya duduk sahaja di penjuru bilik dan termenung.mengapa semua ini perlu berlaku kepadaku?Adakah ini yang dikatakan sebagai keadilan?semua itu seringkali mengetuk pintu hati kita.dengan mudah sekali kita membenarkan ia masuk.kia sudah menjemput kemusnahan ke dalam diri kita.
manusia seringkali [...]

9 comments · Tags: , , , ,

sekian lama bercuti mencari kembali bahagian diri yang hilang,kini diriku sudah kembali.Kembali mencoret luahan yang sudah lama terhenti.Serpihan yang berselerak sudahku cantum semula.Hanya menanti ia sembuh seeloknya..Biarlah plaster keinsafan kukuh mencengkam luka di dalam jiwa.
Maaf ya sahabat sekalian..diriku baru je kebah dari demam kecewa.Bukan kecewa kerana orang lain tapi dengan diriku.Bukan salah siapa ia berlaku [...]

3 comments · Tags: , , ,

Kakiku melangkah sunyi di lorong-lorong kehampaan.seretan lemah kakiku mengiringiku.Tiada cahaya menerangi laluan itu.Suram sahaja.Tiada bunyi si pungguk rindukan bulan.Tiada lagu cengkerik pemecah suasana.Kehampaan sudah lama menngambil semua itu dariku.kini yang tinggal di diriku hanya kekosongan.Tangisan kekesalan sudah lama membasahi wajahku.senyum tawa sudah lama menyepi.Kata mereka,sudah tidak sesuai lagi untuk mereka diami lagi.Suram dan tiada cahaya.
Saat [...]

4 comments · Tags: , , , ,