satu permulaan

tamat satu perjalanan bermulalah perjalanan lain setelah berehat seketika. hala tuju hidup ini akan berubah di persimpangan. baik buruk terpulang kepada masing-masing. asalkan jangan lari dari sunnah dan syariat.

susah senang orang lain perlu diberi perhatian andai tidak mahu disoal kelak.”kau tahu dia merana,kenapa tidak tolong dia?” ketika itu segala satu alasan tiada gunanya sudah. Sedangkan memasak masakan yang sedap hinggakan bau sampai ke jiran sebelah pun ada kesannya.

selama ini hidup kita banyak dengan pemberian orang lain,giliran kita untuk memberi? Kebahagiaan seseorang itu bertambah apabila dia banyak memberi bukan menerima. Pasangan yang bahagia disebabkan mereka saling memberi dan menerima.

Alhamdulillah sudah bergraduasi. jom bantu masyarakat.

07
Aug 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog
DISCUSSION 0 Comments

kerja vs dating

minggu lepas memang tertekan buat aku. Macam-macam masalah jatuh menimpa.biasanya kat blog ni pakai “saya” tapi kali ini adalah luahan perasaan yang dah lama meluap-luap.

mula-mula sekali masalah subjek Hubungan Etnik. Paper tu cuma 2 jam kredit tetapi reportnya mengalahkan FYP report yang 6 jam kredit. Kena letak letak footnote,diambil dari mana. Wahai encik L, aku masih ada FYP report yang kena siapkan minggu ini. Lecturer lain rilek je siap bagi A bagi report yang sangat cikai.Dah dua kali kena reject laporan aku + partner aku sangat sengal.

masalah kedua, FYP report. Aku dahlah seminggu tidur 2 jam tiap-tiap hari. Lepas tu partner aku buat sial pula. Nak pergi dating pergilah, tapi tolonglah consider orang lain. Kau ingat aku pi kerja tu untuk apa? aku kerja untuk mencari duit untuk bayar yuran pengajian aku. kau juga yang cakap nak bagi aku malam tu, last2 kau pi dating. Lepas tu kau maki hamun aku malam tu. Salahkah aku nak mintak hak aku?

fikiran kau tu memang tak matang langsung. Yang aku geram sekarang ini, dia pergi post kat facebook dan buruk-buruk aku depan member2 dia. Oi kau,aku ada post ke kat facebook pasal perangai kau tu yang bertalam dua yang bersegi-segi. Sedap kutuk orang kat facebook lepas tu remove aku dari friends kau. macamlah aku tak tahu apa kau buat. kau remove aku maknanya kaulah yang bersalah. nasib baik aku tak screenshot page kau tu. kalau tak memang malu besar kau. orang lelaki jangan kau buat main, padah nanti.

Antara kerja dan dating, bagiku lebih baik kerja. Kau tu bukannya comfirm kahwin dengan balak kau tu. aku kerja sebab dah amanah yang diberikan oleh majikan aku dan ibubapa budak tuition dekat aku. dah la dating tu haram.

sila komen eh.

maaf entri luahan perasaan yang terbuku.

22
Mar 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog luahan
DISCUSSION 9 Comments

lama menyepi

maaf semua kerana Dari hati ke blog bercuti agak lama..rasanya 2 bulan tiada post yang terkini..masalah ketandusan idea datang melanda.rasanya sudah ranap dihempap kebuntuan.semua itu terlerai sudah.kekotoran sudah dicuci.masa lapang kini menjadi teman semula. di sini saya lampirkan sekali sambungan monologku iaitu anak jalanan.

sekadar santapan minda
Read more…

10
Oct 2008
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 2 Comments

monologku – pemotong kayu

Angin petang berlalu membelai perasaanku di laman rumah.Lagu alam sudah lama dialunkan.Sungguh mendamaikan hati.

“Abang,lama abang duduk kat sini.kerja yang saya suruh buat tu dah siap ke?”Tegur Anis,isteriku.

“Oh.Anis ke.Ingatkan siapa tadi.Kerja tu abang dah siapkan.Awal-awal lagi.itu yang abang duduk berehat kat sini.”

“Nak kopi ke?”

“Boleh juga Anis.Petang-petang ni kalau hirup kopi panas dengan biskut kering ni sedap ni.”

“Ok.Anis masuk dalam dulu.Nak buat kopinya.”

“Ok.”

Rumahku agak jauh dari kesibukan kota batu.Kota batu yang penuh dengan pelbagai parasit.5 tahun di situ sudah cukup bagiku mengenal pelbagai sikap manusia.Mereka hanya bertopengkan manusia tetapi di sebaliknya hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Apa yang termenung jauh tu,abang?Serabut ke?Nah,ni kopinya dengan biskut kering.”

“Takdalah Anis.Abang terkenang orang jauh.Nun kat utara tu.”

“Hah.Ingat kat siapa tu.Nina le tu.Abang ni,sedar sikit abang tu dah tak macam dulu.Nak berlagak macam orang muda pula.”

Anis mencubit betisku.Ala cubit manja gitu.

“Anis ni,abang gurau je.Nina tu dah beranak tiga.Bini orang lagi tu.Cukuplah abang ada Anis kat sisi.Takkan marah kot.Ala macamlah Anis tak kenal abang ni.Tak pernah serius.”

“Mana ada Anis marah abang.Siap boleh senyum-senyum lagi ni.”

“Eleh,jangan tipu abang la.Tu muka dah merah.Siap cubit abang lagi.”

“Alah,abang ni.Anis marah-marah manja je.Takkan tak boleh nak bermanja sikit.”

“ok-ok.Abang terima.Anis,kita pergi bercuti nak?kita berdua je.”

“Berdua?Najmi macam mana?Siapa nak jaga?”

“Mak abang boleh tolong jagakan.Semalam dia telefon abang.Mak rindu sangat dengan Najmi.”

“Kalau macam tu tak apalah.Mengapa tiba-tiba abang nak pergi bercuti ni?”

“Anis,kita dah 20 tahun bersama.Waktu mula bersama dahulu perasaan cinta mula berputik.Tapi,perasaan itu kian pudar dan mula layu.Bila Najwa lahir,tiada lagi kekasih.Yang ada cuma ibu dan bapa.Segala tumpuan banyak ke anak-anak kita.Kita lupa untuk memberi perhatian kepada diri kita.Anis ingat tak kisah penebang pokok?”

“Yang mana tu abang?Anis ingat-ingat lupa.”

“Kisahnya begini.Ada penebang pokok yang sangat rajin bekerja.Dari pagi hingga ke petang gigih menebang pokok.Di hujung hari itu,dia agak kecewa.Kayu yang ditebangnya sedikit berbanding sahabatnya.

“Peliklah man,punya teruk aku gergaji pokok ni alih-alih banyak ni je yang aku dapat.Bahagian engkau banyak pula dari aku.Nak kata engkau rajin takdalah,banyak rehatnya.”"Amin,aku berehat bukan duduk sahaja,aku mengasah mata gergajiku ni agar lebih tajam.Mudahlah aku nak buat kerja.Setiap benda ada hadnya dan masanya.Engkau biarkan gergaji kau tidak diasah,lama-lama tumpullah ia.Siapa yang susah nanti?kita juga yang susah nak memotong pokok.”"Baru aku sedar man.Terima kasih.”

Yang itu kisah penebang pokok.Bukan setakat mata gergaji yang tumpul,cinta manusia pun akan pudar jika tidak dijaga dengan elok.Itu sebab ada pasangan baru berapa tahun bersama terhenti di pertengahan jalan.Sebab itulah abang ajak anis pergi bercuti berdua sahaja.Biar cinta itu marak kembali.”

“Erm..Anis baru sedar tentang perkara ini.Patutlah abang banyak termenung.Ni nak cuti kat mana?”

“Yang itu tak pasti lagi.Nanti kita bincang lagi ok.Najmi mana?senyap je dari tadi.”

“Najmi ada kat rumah sebelah.Bosan duduk kat rumah katanya.”

“Oo.Nanti panggil dia balik.Dah senja ni.Abang nak masuk mandi.Sekejap lagi nak pergi surau.Malam ni ada orang mengaji.”

“Abang masuklah dulu.Anis nak kemas cawan ni.Sekejap lagi Anis panggil Najmi balik.”

“ok.”

si unggas sudah lama pulang ke sarang.Alam begitu sepi sekali.Mentari sudah di ufuk barat.sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang tanda masuknya waktu solat manghrib.Terasa damai di hati.

05
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 6 Comments