Posts Tagged ‘cerpen’

sinar pagi menjengah ke kamar membakar lembut kulitku lantas terjaga daripada lena yang lama. Ah! hari Ahad, memang enak mengukur katil bertemankan selimut yang gebu. Mahu sahaja aku pohon setiap hari adalah hari Ahad. itu semua hanyalah omong-omong kosong buat pengejar khayalan. Hari Ahad sangat sesuai untuk apa-apa aktiviti melepaskan tekanan. Harap-harap program hari ini [...]

2 comments · Tags: , , ,

maaf semua kerana Dari hati ke blog bercuti agak lama..rasanya 2 bulan tiada post yang terkini..masalah ketandusan idea datang melanda.rasanya sudah ranap dihempap kebuntuan.semua itu terlerai sudah.kekotoran sudah dicuci.masa lapang kini menjadi teman semula. di sini saya lampirkan sekali sambungan monologku iaitu anak jalanan.
sekadar santapan minda

2 comments · Tags: , , ,

Lenguh.Itu sahaja yang mampuku ucapkan.Sebulan dua ini jarang sungguh dapat berehat di ruang tamu.Mesin taip di penjuru sudah berdebu agaknya.Hanya diam memendam rindu yang tiada siap tahu.Najmi sudah lama tidur di pangkuan ibunya.Hanya diriku sahaja malam ini.Sejak kebelakangan masa begitu pantas sekali.kesibukan menyepitkan lagi ruang untukku di rumah.kalau diikutkan hati mahu sahaja membatalkan beberapa program [...]

11 comments · Tags: , , ,

Deruman air terjun Ulu Kenas menggamit rasa.Pepohon hijau tumbuh meliar menjadi penahan terik sang mentari.Hanya beberapa jalurnya mencuri masuk menyapa lantai hutan.Damai sekali di hati.Mie sedang seronok bermain di gigi air.Takut katanya maklumlah masih belum boleh berenang.isteriku dan Najwa hanya bersantai di atas batu bersama makanan.
Bukan selalu kami dapat bercuti seperti ini.Masing-masing sibuk dengan urusan [...]

6 comments · Tags: , ,

Sempena minggu peperiksaan di USM..hehehehe
Hujung minggu lepas,anak sulungku pulang ke rumah.Katanya hendak melepaskan tekanan menjelang peperiksaan akhir semester.Lagipun sudah lama tidak pulang ke rumah.
“Najwa,monyok je muka tu ayah tengok dari tadi.Serabut sangat ke?”
“serabut juga ayah.Najwa rasa beban sangat sekarang ni.Banyak lagi yang Najwa tak faham.Makin diulangkaji semakin banyak yang tidak tahunya.Tertekan rasanya.”
“Perkara biasa tu Najwa.Ayah [...]

5 comments · Tags: , , ,

Angin petang berlalu membelai perasaanku di laman rumah.Lagu alam sudah lama dialunkan.Sungguh mendamaikan hati.
“Abang,lama abang duduk kat sini.kerja yang saya suruh buat tu dah siap ke?”Tegur Anis,isteriku.
“Oh.Anis ke.Ingatkan siapa tadi.Kerja tu abang dah siapkan.Awal-awal lagi.itu yang abang duduk berehat kat sini.”
“Nak kopi ke?”
“Boleh juga Anis.Petang-petang ni kalau hirup kopi panas dengan biskut kering ni sedap [...]

6 comments · Tags: , , ,

Selamat membaca..Layan jiwang pula.hehehe
Sufian duduk di sisi Aina sehingga bahu mereka bersentuhan. Aina tunduk. Rambutnya yang hitam berjuntaian menutupi muka. Angin berlari-lari di padang memaksa dedaun pohon meliuk-liuk menari. Aroma Calvin Klein kegemarannya begitu menusuk hidung. Aina kelihatan ayu berbaju kurung moden berbunga kecil warna hijau pucuk pisang manakala begitu ringkas mengenakan kemeja hitam dan [...]

9 comments · Tags: , , ,

Sedang asyikku menikmati keindahan alam di luar rumah,Najmi menghampiriku.
“Ayah buat apa kat luar ni?”
“Ayah saja nak duduk berehat kat luar ni.sesak nafas duduk kat dalam rumah.”
“Erm..Mie selalu tengok ayah duduk termenung je kat sini.Ayah tak boring ke?”
“Tak adalah mie.Ayah suka duduk kat sini.Aman dan amat menyegarkan.Cuba mie duduk sini.Apa mie dengar?”
“Erm..bunyi burung,air terjun, dan memacam [...]

6 comments · Tags: , , ,

Tap.tap.Jari-jemariku terus menaip di mesin taip usangku.Ilham yang datang perlu segera ditafsir dan diluahkan secepat mungkin.Ia datang bagaikan angin yang lalu sebentar di suatu tempat.Perginya terasa.Sebentar tadi sahabatku Suhaimi sekali lagi menghantar artikel buatku.Katanya perlu diolah secepat mungkin.Lama juga diriku merenung artikel yang diberinya.Agak buntu mencari olahan yang sesuai.sejak akhir-akhir ini,diriku banyak merenung jauh.Banyak sangat [...]

3 comments · Tags: , ,

Hari ini,tergerak hati kecil ini untuk membawa anakku keluar bersiar-siar di taman.Baginya ini hal yang sangat mengembirakan hatinya.Maklumlah sudah lama dia tidak keluar bersamaku.Selama ini dia hanya keluar bertemankan ibunya.Hari ini kebetulan diriku sudah bosan duduk di rumah.Petang ini,ramai sungguh anak-anak kecil bermain di sini.Ibubapa cuma merenung jauh.Sesekali tawa kecil terbit di wajah mereka melihat [...]

2 comments · Tags: , ,