tenang selepas ribut melanda

Diluah salah pendam pun salah. Itulah vector yang menyebabkan hari-hariku binggung disarung celaru. Maaf jika terlalu banyak mood jiwa kacau. Tenaga yang positif selalu sahaja disedut habis dek hati yang kosong ini. Macam mana boleh kosong,biarlah soalan itu diam di dalam mulut.Usah bazirkan masa dan sel neuron itu memikirkan situasi ini. Padanlah ramai penghuni di Tanjung Rambutan disebabkan terlalu rajin dengan masalah ini.

Sejak akhir-akhir ini, jiwaku yang selalu memberontak jadi duta PBB. Asyik duduk kat meja bulat. Buntu selalu fikiran ini.Petang khamis waktu mengajar boleh pulak hilang mood. Akibatnya, pengajaran menjadi bosan dan mengantuk.

Hujung minggu kali ini, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan motosikal. Tak jauh pun,2 jam setengah je pejalanannya. hari sabtu memang aku khususkan untuk berehat. Terasa segar sekali semangatku. Kini perlu bekerja keras.

Mari kita kerja semula!! yosh

02
Mar 2010
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 1 Comment
TAGS

, ,

cuti yang agak buntu

saya tahu blog ini makin sepi tanpa pengunjung.blog hopping terpaksa terhenti di tengah jalan kerana tiada alat untuk berhubung.komputer yang sepatutnya sudah antik itu ada di kedai.Bahagia sekali hidup dia bertemankan pengdingin hawa yang mantap.Tuannya pula kebosanan.cerita tanpa nama diteruskan dengan cara yang paling kuno iaitu buku dan pensil.sudah 2 bab siap.

perasaan yang dilambung tinggi oleh kebosanan makin menjadi-jadi.inilah padah kalau kerja 2 kali seminggu.Hujung minggu pula.melawan tatatertib alam.

rasa-rasanya blog ini sudah jadi tempat orang lain meluahkan perasaan yang terbuku.Saya perlukan sesiapa yang dapat membantu menjawabnya.Saya bukannya selalu ada di blog ini.sekejap ada sekejap hilang.

kepada kawan-kawan blog maaf ya,tidak dapat melawat.

25
May 2009
POSTED BY admin
POSTED IN kemaskini
DISCUSSION 5 Comments

Arghh!!

hujung minggu ni terasa kosong sangat.nak keluar,tak tahu nak pergi mana.Member yang lain entah ke mana.Adeh…boring sangat.Twitter pula tidak rancak.kerancakan tak dirasai.Segala perancangan terbantut.

Buka YM,tak ada orang nak YM.Nampak sangat saya ni tak popular.surf internet pulak,habis semua website dan blog yang saya bookmark habis saya baca.

Baru-baru ni saya ada join medical case study.nak cari duit lebih.dah pasang planning nak buat apa dengan duit tu last-last,saya juga kecewa.BMI tak lepas.saya terlebih “sihat”.Adeh..

bukan rezeki saya.Kini saya dalam proses untuk menurunkan berat badan.target 7 kg dalam masa sebulan.Optimis betul saya.

Tengah boring ni, saya asyik layan album sheila on 7 – menentukan arah.konsep mereka sudah berubah kepada pop.huhuhu..sesuai untuk yang sedang hangat merancang ke jinjang pelamin.Sebut pasal ni,rata-rata keyword yang datang ke blog ni adalah mencari pasangan.memang power betul artikel dari DR FADILAH KAMSAH ni.

Lagi 2 post nak sampai 100..hehehe.cukuplah saya merapu malam ni.Ah…lega..hilang sikit bosan.

28
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 6 Comments