perjalananku dalam dunia blog

Permulaan.

Sebenarnya saya sudah mula mencatatkan luahan perasaan dan pandangan di dunia maya sudah lama. Agak-agaknya sudah 4 tahun menulis di blog. Blog ini sudah melalui 2 generasi iaitu dari hati ke blog dan yang versi sekarang iaitu hati dan blog – mungkinkah bersama? . Blog pertama bersama dengan blogmas. Ketika mula menulis di sana, saya lebih banyak beremosi maklumlah masih muda remaja.

Dari hati ke blog.

Banyak kenangan manis di sana. ketika itu dunia blog masih aman dan rukun. masing-masing mahu berkongsi bukan berdendam. Ketika itu mula layan teratak nurani oleh bro azhar ahmad, azmanishak.com, megat.net, qaiyum.net dan banyak lagi.

Di blog ini, ada la buat cerita ringkas tajuk dia monolog. kisah monolog tidak sempat nak dihabiskan. di sana, hanya menulis bermusim sahaja. masa di universiti je menulis maklumlah ada internet free.

Banyak kisah suka dan duka ada di sana. Zaman gelap, gembira dan sedih semua ada.

bloghati

Bermula pada tahun 2010. time tu nekad memindahkan dari hati ke blog ke rumah baru. Ia bernaung di bawah fivio. Legasi monolog diubah menjadi paradoks tetapi lost momentum lepas beberapa episod. Writer block. Kini bloghati mula berubah momentumnya. Hati ini sudah disentuhNya. Ia kembali kepada permulaannya iaitu menulis dari hati.

2 minggu yang berlalu ini merupakan perubahan besar kepada bloghati. Entri yang diterbitkan adalah renungan 5 minit buat hati yang kosong. cewah! Agak terskema di situ.

Siapa sangka blog picisan ini masih ada orang membacanya. Terima kasih ya yang sudi memberi komen di sini.

19
Feb 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 1 Comment

sesi terjah

Hari ini saja nak buat sesi suai kenal. boleh tak? maklumlah nak tahu maklum balas korang tentang aku. buat yang dah kenal tu boleh tak kasi respon yang sesuai seperti macam mana kenal,apa pendapat korang pasal aku,apa yang perlu aku baiki, dan lain-lain. kasi seikhlas yang mungkin. aku tak kisah.

03
Dec 2010
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 3 Comments

paradoks 4

Hari ini terasa kosong sekali.Tiada dendangan lagu alam yang menggamit perasaan.Diriku bukan lagi di kampung tetapi di tempat baru.Tiada lagi kelibat durian yang gugur ke tanah menanti untuk dimakan,monyet yang berkejaran di celah pepohon dan udara yang segar untuk dihirup sepuas-puasnya. Komputer bimbit masih lagi diam di tempatnya.Aku buntu melakukan satupun pekerjaan hari ini.

Bayangan semalam datang menjengah kembali ke dalam hidupku. begitu sukar sekali untuk melepaskan pemergiannya. Ikatan yang sudah tersimpul rapi dengan penyesalan. kesunyian di hati yang begitu sukar untuk dileraikan kekusutannya.Kesunyian membunuh semangatku.

Aku tahu hati yang kosong adalah hati yang sudah hilang sinarannya. Hati ini adalah umpama cermin andai tidak dibersihkan maka pudarlah permukaannya dan tiada erti lagi.Bayangan semalam ini mungkin datang untuk menghambat kembali sinar keinsafan yang telah lama padam. Sudah lama rasanya diri ini tidak menoleh ke belakang. Duduk diam termenung memikirkan saat-saat masa yang telah berlalu. Read more…

20
Oct 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 4 Comments

kemaskini : contest penamatnya

Salam semua.terdapat kekeliruan tentang contest penamatnya. Saya mohon ampun kerana tajuk itu begitu mengelirukan. ok detailnya adalah seperti berikut:

cara penyertaan:sambungkan cerita di penamatnya dan berikan penamat cerita itu sekreatif yang mungkin

Syarat-syarat:tiada syarat.boleh menjawab di sini atau blog masing-masing.

hadiah: RM20

tarikh tutup: 09/09/09

Harap maklum.

09
Aug 2009
POSTED BY admin
POSTED IN contest kemaskini
DISCUSSION 4 Comments

penamatnya (contest)

Sempena merasmikan rumah baru ini,saya mengadakan satu pertandingan susulan.Mudah sahaja penyertaannya.Tolong sambungkan cerita di bawah ini dan berikan penamatnya.

Hadiahnya: Rm20
Tarikh tutup : 9 september 2009

Di penjuru warung,satu susuk diam di tempatnya.Berkelubung dengan kain.Rambutnya panjang hinggakan mukanya langsung tidak kelihatan.Keadaannya kusut sekali.Mungkin sudah seminggu daki di badan tidak dibersihkan.Masihkah ada orang sebegini di masa sekarang?

Di tepinya,hanya gelas besar telah kosong isinya.Barangkali,air suam.Tidak kelihatan bekas makanan di sekitarnya.Satu bungkusan besar di sisinya.Bungkusan itu tingginya melebihi tinggiku.Hatiku mula menduga pelbagai andaian seperti mungkin dia pemain kontrabass atau cello.Tidak masuk akal sungguh andaian itu.Masakan orang seperti itu pemain orkestra.

Suasana sepi yang sejak tadi menguasai keadaan mula kertawa dengan sinis melihat kami terpaku dengan lembaga tersebut.Hendak berbicara terasa tidak bentah seperti hendak menerima hukuman gantung.Pucat dan tidak bermaya lagaknya.Tiada seorangpun yang mahu bersuara.

Tiba-tiba, lembaga itu berdiri dengan mendadak.Mata-mata kami terpaku tidak bermaya merenung kepadanya seperti tikus yang terkepung dikejar ular.Lembaga itu terus membuka bungkusan itu perlahan-lahan…

08
Aug 2009
POSTED BY admin
POSTED IN contest
DISCUSSION 12 Comments

Syukur

Dengan lafaz bismillah,blog ini lahir dengan selamat.Mengapa bloghati.com?
seperti titlenya sebelum ini,dari hati ke blog sudah berlaku transisi dengan sentuhan idea baru.sudah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk berpindah ke sini.
Sepanjang menjadi blogger ini,tulisan saya banyak berkisar kepada kehidupan dan soal perasaan saya.Tiada tempat lain untuk diluahkan jika tinggal seorang malah siapalah mahu diri ini.(Abaikan kenyataan ini.)
maya dan realiti
maya – blog dan realiti – saya. seringkali dalam blog terdahulu banyak sangat sawangnya dari entri.Inilah nasib seorang yang mempunyai desktop.apabila cuti sahaja,desktop sejuk sahaja di dalam kedai komputer.blog ini pun sunyi tanpa teman.
mungkinkah bersama?
satu title yang senang dan mendalam.Jika hazami dengan lagunya mungkinkah bahagia biarlah saya dengan blog ini.

Dengan lafaz bismillah,blog ini lahir dengan selamat.Mengapa bloghati.com?

seperti titlenya sebelum ini,dari hati ke blog sudah berlaku transisi dengan sentuhan idea baru.sudah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk berpindah ke sini.

Sepanjang menjadi blogger ini,tulisan saya banyak berkisar kepada kehidupan dan soal perasaan saya.Tiada tempat lain untuk diluahkan jika tinggal seorang malah siapalah mahu diri ini.(Abaikan kenyataan ini.)

maya dan realiti

maya – blog dan realiti – saya. seringkali dalam blog terdahulu banyak sangat sawangnya dari entri.Inilah nasib seorang yang mempunyai desktop.apabila cuti sahaja,desktop sejuk sahaja di dalam kedai komputer.blog ini pun sunyi tanpa teman.

mungkinkah bersama?

satu title yang senang dan mendalam.Jika hazami dengan lagunya mungkinkah bahagia biarlah saya dengan blog ini.

31
Jul 2009
POSTED BY admin
POSTED IN blog
DISCUSSION 1 Comment