Hati kecil ini berdegup pantas. tidak keruan dibuatnya seperti bapa menyambut anak sulung. Duduk tak kena,berdiri tak kena. Semuanya tak kena. sejak pukul 1 pagi lagi perkara ini mengganggu lenaku.
dalam kegelisahan itu, aku semak kembali perkara yang sudah berlaku. Saat pertama hati ini tidak keruan mula aku kesan tetapi gagal mengesan pesalahnya. Mataku terus terpaku ke arah kipas syiling yang galak berpusing. kreng.. kreng.. bunyi kipas yang sudah lama tidak dibersih.
kirrr! kirrr! dengkuran teman sebilikku menambah keangkeran malam itu.Masih buntu lagi.Cahaya dalam bilik ini suam-suam sahaja.Lampu tidur tak perlu untuk dipasang kerana bilik ini sudah penuh dengan pencemaran cahaya. Sumbernya datang dari blok sebelah. privasiku sudah diceroboh.
Seram sejuk masih belum hilang. Penangan bilik tumpangan masih ada.
tolong sambungkan…
hari rabu.
38 darjah celcius + mc 2 hari + 2 biji paracetamol 500g 4 kali makan + kerenah manusia = demam panas
dugaan oh dugaan
—————–
macam-macam yang berlaku minggu ini. pelbagai-bagai hikmah aku dapat.sekarang ini nafsu membeli buku online menjadi-jadi. Nasib baiklah fulusnya tiada. kepingin buku salah lorong oleh dugongsenyum. Ada sesiapa nak belanja tak? jasamu dikenang.
review dari tokrimau
Dugong adalah seorang lelaki biasa di Kuala Lumpur. Dia sayang isteri dan anak-anaknya. Pagi-pagi dia menempuh trafik untuk berkerja. Dia ada bos dan dia ada rakan sekerja. Dia juga ada rakan-rakan bukan sekerja untuk sesi ngeteh. Tulisannya adalah wakil suara lelaki-lelaki biasa mencari rezeki di ibukota.
Apa yang tidak biasa adalah refleksi Dugong yang tajam terhadap kehidupan dan persekitaran. Apa yang tidak biasa adalah deria humor Dugong terhadap perkara-perkara yang kita ambil serius. Dan satu lagi, apa yang tidak biasa tentang Dugong adalah rasa cintanya terhadap makanan.
Membaca cerita Dugong tentang makanan akan membuat pembaca lapar.
Salah Lorong adalah buku komedi yang serius.
tamat
Diluah salah pendam pun salah. Itulah vector yang menyebabkan hari-hariku binggung disarung celaru. Maaf jika terlalu banyak mood jiwa kacau. Tenaga yang positif selalu sahaja disedut habis dek hati yang kosong ini. Macam mana boleh kosong,biarlah soalan itu diam di dalam mulut.Usah bazirkan masa dan sel neuron itu memikirkan situasi ini. Padanlah ramai penghuni di Tanjung Rambutan disebabkan terlalu rajin dengan masalah ini.
Sejak akhir-akhir ini, jiwaku yang selalu memberontak jadi duta PBB. Asyik duduk kat meja bulat. Buntu selalu fikiran ini.Petang khamis waktu mengajar boleh pulak hilang mood. Akibatnya, pengajaran menjadi bosan dan mengantuk.
Hujung minggu kali ini, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan motosikal. Tak jauh pun,2 jam setengah je pejalanannya. hari sabtu memang aku khususkan untuk berehat. Terasa segar sekali semangatku. Kini perlu bekerja keras.
Mari kita kerja semula!! yosh
Di ruang tamu yang sudah dikemas, hati cuma mampu untuk melepaskan penat yang mendalam setelah penat bekerja.
blog: nak sirap limau tak?
hati: boleh juga. Letak limau lebih sikit. Biar kecur air liur ni.
Seketika kemudian, permintaan hati tadi ditunaikan. Air sirap dengan limau berganda.Oh! terasa bahagia sebentar macam iklan 7up.
blog: balik awal hari ni. Biasanya balik lambat. Ada apa-apa ni?
hati: dekat tempat kerja ada orang baru. Ringan sikit kepala I mengajar budak-budak tu.
blog: bagus. Lepas ni rajin-rajinlah kemas rumah ni. Maklumlah banyak tetamu nak datang.
hati: ok-ok. Nanti I tolong.
Terasa seronok ada orang mengajar BM. Ringan otak belah kanan.. hehe
Blog tengah menebas lalang yang penuh di rumahya. Peluh jantannya jatuh degan perlahan.Tiba-tiba, huargh!! Ada orang menyergah dari belakang.
Blog: Oo mak kau terbalik di tepi gerai apom balik. Cis, kau. Siapa yag berani kacau aku ini.
Hati:Bawa bertenang blog. I ni,hati.
Blog: Mana hati hilang 2 minggu ni? Tengoklah rumah ni dah penuh dengan lalang. Meh tolong tebas sekali.
Hati: Maaflah blog, I ada appointment dengan anak yatim hari ini. You tebas sorang-sorang ok. Nanti I belanja makan kat warung depan tu.ok?
Blog: mana boleh, atleast bagilah RFC baru best.
Hati: OK. Jangan lupa claim hujung bulan ni dengan pakcik Nuffnang.
Ada program dengan anak yatim hujung minggu ini.
blog: manalah si hati ni? merajuk dengan aku ke?
hati: maaf ya blog, aku diperlukan di tempat lain. (nada bersalah sambil melihat habuk yang menebal di papan kekunci.)
blog:Buat muka seposen pulak. Curang la tu.. ada perempuan lain la tu.
hati: mana ada orang lain. I kan sibuk dengan tuition.
blog:ops.. lupa pulak. heeee
sibuk dengan kelas tuition. Terpaksa mengajar sains,Bm,kimia,fizik. capek deh! penat otak.
1 januari
Penuh makna kali ini. Biasanya orang sambut ulangtahun kelahiran dengan jamuan atau keluar bersama menikmati cahaya bunga api dan konsert yang membuai jiwa yang kesepian. Kali ini, ia berbeza buatku. Aku terjun ke lautan manusia bersama rakan-rakanku mendekati mereka.
tanpa kita sedari di saat countdown berlabuhnya setiap tahun, ramai anak-anak bangsa kita musnah. Di saat bunga api dilepaskan, tangan yang durjana pantas mencari peluang. Mangsa sudah lama terpukau. lahirlah anak-anak pemusnah masa hadapan. matanya celik tetapi hatinya buta.
Aku tahu saat ulangtahun kelahiran kali ini suram buat orang lain jika berada di tempatku sekarang. Kali ini, hati ini tenang. Sudah lamaku dambakan ketenangan ini. Seoga perbuatan kecilku ini diterima-Nya.
Sudah 23. uban dah naik. moga umur yang berbaki ini diberkati-NYA
sinar pagi menjengah ke kamar membakar lembut kulitku lantas terjaga daripada lena yang lama. Ah! hari Ahad, memang enak mengukur katil bertemankan selimut yang gebu. Mahu sahaja aku pohon setiap hari adalah hari Ahad. itu semua hanyalah omong-omong kosong buat pengejar khayalan. Hari Ahad sangat sesuai untuk apa-apa aktiviti melepaskan tekanan. Harap-harap program hari ini berjalan hendaknya. Rindu benar dengan sahabat lama semasa di universiti.
Kehidupan di universiti antara memori indah buatku. Di sinilah segala sebahagian diriku mula berkembang. Diriku yang dulunya pemalu mula untuk berani terus melangkah. Ketenangan yang dulunya sukar untuk dicapai mula menghampiriku tetapi terlampau agreasif. Sedikit ketenangan sudah cukup tetapi jika berlebihan memang parah sekali penangannya. Semua orang gelisah tidak senang duduk seperti burung tekukur yang hendak bertelur. Sudah biasa dengan tekanan menyebabkan tekanan itu sudah tiada apa kepadaku.Tidur terlalu awal merupakan salah satu simpton terlebih tenang. Read more…
Being loved by a lot of people
You were constantly bright
That’s why there were jealous times, arguing times, sad times
We can no longer even do that
We will both like other people
We will both pursue different lives
I was very happy
“I was very happy too”
One day you will disappear from my mind
That’s why I wanna make this a happy ending
We will reminisce this love in the future
We will be covered with our tears but will live on our lives with a smile
And then we’ll break up right here
I realize I may never see you again
That’s why I say, lets meet again
It is my way of saying good bye.
Orang yang gembira biasanya tidak mendapat kesemua kemahuan mereka, tetapi mereka selalunya mendapat hampir kesemuanya kehendak mereka.Dalam kata lain, mereka akan memilih kehendak yang berada di dalam jangkauan dan kemampuan mereka.
Mereka yang selalu tidak berpuas hati biasanya meletakkan pencapaian yang sukar untuk dicapai kepada diri mereka dan ini menyebabkan mereka meningkat kadar kegagalan sangat tinggi. Namun,mereka yang mencapai sasaran yang tinggi yang ditetapkan tetapi hati mereka kosong tidak seperti orang yang mencapai sasaran yang sederhana.
Dalam menilai kedudukan kita di tempat kerja atau hubungan dengan keluarga,jangan biarkan bayangan orang yang terkaya di dunia atau keluarga ideal mempengaruhi penilaian kita. Jadilah realistik dengan melakukan kerja dengan lebih elok bukan terlalu sempurna.