Sebenarnya saya sudah mula mencatatkan luahan perasaan dan pandangan di dunia maya sudah lama. Agak-agaknya sudah 4 tahun menulis di blog. Blog ini sudah melalui 2 generasi iaitu dari hati ke blog dan yang versi sekarang iaitu hati dan blog – mungkinkah bersama? . Blog pertama bersama dengan blogmas. Ketika mula menulis di sana, saya lebih banyak beremosi maklumlah masih muda remaja.
Dari hati ke blog.
Banyak kenangan manis di sana. ketika itu dunia blog masih aman dan rukun. masing-masing mahu berkongsi bukan berdendam. Ketika itu mula layan teratak nurani oleh bro azhar ahmad, azmanishak.com, megat.net, qaiyum.net dan banyak lagi.
Di blog ini, ada la buat cerita ringkas tajuk dia monolog. kisah monolog tidak sempat nak dihabiskan. di sana, hanya menulis bermusim sahaja. masa di universiti je menulis maklumlah ada internet free.
Banyak kisah suka dan duka ada di sana. Zaman gelap, gembira dan sedih semua ada.
bloghati
Bermula pada tahun 2010. time tu nekad memindahkan dari hati ke blog ke rumah baru. Ia bernaung di bawah fivio. Legasi monolog diubah menjadi paradoks tetapi lost momentum lepas beberapa episod. Writer block. Kini bloghati mula berubah momentumnya. Hati ini sudah disentuhNya. Ia kembali kepada permulaannya iaitu menulis dari hati.
2 minggu yang berlalu ini merupakan perubahan besar kepada bloghati. Entri yang diterbitkan adalah renungan 5 minit buat hati yang kosong. cewah! Agak terskema di situ.
Siapa sangka blog picisan ini masih ada orang membacanya. Terima kasih ya yang sudi memberi komen di sini.
rentak hidup yang semakin pantas membuatkan jiwa ini hilang serinya. selalu sahaja dirundum jalan mati. moga-moga datangnya ramadhan ini mengubat semula kesuraman ini.
semua mesti tertanya-tanyakan mengapa blog ini makin lama makin suram kan? Jawapannya saya sudah mula bekerja. kerja biasa je. tak sehebat engineer,doktor, dan seangkatannya yg bergaji lebih 2.5k ke atas.
Keje saya hanyalah membantu kanak-kanak dalam teknologi melalui lego. Lego? Ya,memang satu pekerjaan yang pelik. start masuk kerja 9.30 pagi dan balik pukul 6.30. tak la berat sangat kerjanya pun. otak je yang penat.
pergi kerja naik putra je. selamat dari hujan dan panas.dalam putra la paling bosan sekali, tak ada geng nak lawan cakap. mulalah nak mood swing. adeh,maklumlah hidup orang yang single.
$chool i$ really great. I am making lot$ of friend$ and $tudying very hard. With all my $tuff, I $imply can’t think of anything I need, $o if you would like, you can ju$t $end me a card, a$ I would love to hear from you.
Love,
Your $on.
A week later….. a letter from “home”
Dear Son,
I kNOw that astroNOmy, ecoNOmics, and oceaNOgraphy are eNOugh to keep even an hoNOr student busy. Do NOt forget that the pursuit of kNOwledge is a NOble task, and you can never study eNOugh.
hidup kita sering ada pasang-surutnya. susah senang kita yang menanggungnya dan lebih manis jika ada yang sudi berkongsi dengan kita. Dalam hidup ini, kita selalu berhutang pelbagai perkara seperti budi dan wang.
Hutang. perkataan yang amat digeruni sekarang. Hutang yang paling digeruni ialah berhutang dengan Ah Long.Ramai orang ingin bebas dari hutang supaya hidup mereka aman damai. Maka mereka pun bekerja keras melangsaikan hutang tersebut.
Macam biasa apabila orang mahu berhutang dengan kita, kita sering berat hati untuk memberinya lantas memberi pelbagai alasan. Sebenarnya kita terlepas salah satu pintu rahmat yang diberi Allah. Orang yang memberi hutang kepada orang lain akan menerima pahala pada setiap hari sehingga hutangnya dilangsaikan oleh penghutang tersebut. Jika penghutang itu gagal untuk membayar dan kita memberi peluang kedua kepadanya, maka pahala yang diberikan kepada kita adalah 2 kali ganda jumlah hutang yang diberi.
Usai membaca buku “karipap-karipap cinta” oleh Vovin membuatku banyak berfikir. Walaupun buku itu ringan dan santai gaya bahasanya sudah cukup membuatkan diri kita tersedar dengan perbuatan kita selama ini.
Kita sering fikirkan bahawa kesempurnaan itu sesuatu yang selalu didambakan lantas kita memakai topeng kepalsuan untuk memuaskan permintaan itu. Kesan baik buruk langsung kita lupakan ketika itu. Nah! Di saat tembelang kita pecah, tak cukup alasan yang kita cipta menyelesaikan kebocoran itu.
Sering kali kejujuran ini terbit di saat orang mula memikirkan untuk berpasangan. Kejujuran ini aspek paling utama dalam memilih. Sedar atau tidak, jujurkah kita menerimanya? Mampukah kita berlaku jujur dengannya?
Kejujuran ini luas skopnya bukan setakat dalam soal jodoh malah dalam kehidupan kita. Jujurnya hati kita membuatkan hidup kita terasa aman. orang yang tidak jujur seringkali merasa gundah-gulana kerana sering memikirkan alasan untuk menutup kesalahannya. ia umpama seperti tikus membaiki labu yang tidak pernah selesai.
tamat satu perjalanan bermulalah perjalanan lain setelah berehat seketika. hala tuju hidup ini akan berubah di persimpangan. baik buruk terpulang kepada masing-masing. asalkan jangan lari dari sunnah dan syariat.
susah senang orang lain perlu diberi perhatian andai tidak mahu disoal kelak.”kau tahu dia merana,kenapa tidak tolong dia?” ketika itu segala satu alasan tiada gunanya sudah. Sedangkan memasak masakan yang sedap hinggakan bau sampai ke jiran sebelah pun ada kesannya.
selama ini hidup kita banyak dengan pemberian orang lain,giliran kita untuk memberi? Kebahagiaan seseorang itu bertambah apabila dia banyak memberi bukan menerima. Pasangan yang bahagia disebabkan mereka saling memberi dan menerima.
Alhamdulillah sudah bergraduasi. jom bantu masyarakat.
Hidup kita kadang-kala perlu ada perubahan. Setiap hari melakukan perkara yang sama akan menumpulkan akal dan hati. Tidak dinafikan orang yang melakukan kerja yang sama berulang-kali umpama robot yang diprogram.
Orang yang kreatif adalah orang yang berada di luar kotak atau seperti katak di luar perigi. Jelas dan luas lagi permandangannya terhadap dunia. Nikmatilah video di bawah dan selamilah maksudnya. Berubahlah!