Posts Tagged ‘blog’

hari rabu.
38 darjah celcius + mc 2 hari + 2 biji paracetamol 500g 4 kali makan + kerenah manusia = demam panas
dugaan oh dugaan
—————–
macam-macam yang berlaku minggu ini. pelbagai-bagai hikmah aku dapat.sekarang ini nafsu membeli buku online menjadi-jadi. Nasib baiklah fulusnya tiada. kepingin buku salah lorong oleh dugongsenyum. Ada sesiapa nak belanja tak? jasamu dikenang.
review [...]

No comments so far · Tags: , , ,

Diluah salah pendam pun salah. Itulah vector yang menyebabkan hari-hariku binggung disarung celaru. Maaf jika terlalu banyak mood jiwa kacau. Tenaga yang positif selalu sahaja disedut habis dek hati yang kosong ini. Macam mana boleh kosong,biarlah soalan itu diam di dalam mulut.Usah bazirkan masa dan sel neuron itu memikirkan situasi ini. Padanlah ramai penghuni di [...]

One comment · Tags: , ,

Di ruang tamu yang sudah dikemas, hati cuma mampu untuk melepaskan penat yang mendalam setelah penat bekerja.
blog: nak sirap limau tak?
hati: boleh juga. Letak limau lebih sikit. Biar kecur air liur ni.
Seketika kemudian, permintaan hati tadi ditunaikan. Air sirap dengan limau berganda.Oh! terasa bahagia sebentar macam iklan 7up.
blog: balik awal hari ni. Biasanya balik lambat. [...]

4 comments · Tags: , ,

Blog tengah menebas lalang yang penuh di rumahya. Peluh jantannya jatuh degan perlahan.Tiba-tiba, huargh!! Ada orang menyergah dari belakang.
Blog: Oo mak kau terbalik di tepi gerai apom balik. Cis, kau. Siapa yag berani kacau aku ini.
Hati:Bawa bertenang blog. I ni,hati.
Blog: Mana hati hilang 2 minggu ni? Tengoklah rumah ni dah penuh dengan lalang. [...]

4 comments · Tags: , ,

blog: manalah si hati ni? merajuk dengan aku ke?
hati: maaf ya blog, aku diperlukan di tempat lain. (nada bersalah sambil melihat habuk yang menebal di papan kekunci.)
blog:Buat muka seposen pulak. Curang la tu.. ada perempuan lain la tu.
hati: mana ada orang lain. I kan sibuk dengan tuition.
blog:ops.. lupa pulak. heeee
sibuk dengan kelas tuition. Terpaksa mengajar [...]

No comments so far · Tags: , ,

1 januari
Penuh makna kali ini. Biasanya orang sambut ulangtahun kelahiran dengan jamuan atau keluar bersama menikmati cahaya bunga api dan konsert yang membuai jiwa yang kesepian. Kali ini, ia berbeza buatku. Aku terjun ke lautan manusia bersama rakan-rakanku mendekati mereka.
tanpa kita sedari di saat countdown berlabuhnya setiap tahun, ramai anak-anak bangsa kita musnah. Di [...]

No comments so far · Tags: , ,

sinar pagi menjengah ke kamar membakar lembut kulitku lantas terjaga daripada lena yang lama. Ah! hari Ahad, memang enak mengukur katil bertemankan selimut yang gebu. Mahu sahaja aku pohon setiap hari adalah hari Ahad. itu semua hanyalah omong-omong kosong buat pengejar khayalan. Hari Ahad sangat sesuai untuk apa-apa aktiviti melepaskan tekanan. Harap-harap program hari ini [...]

2 comments · Tags: , , ,

Being loved by a lot of people
You were constantly bright
That’s why there were jealous times, arguing times, sad times
We can no longer even do that
We will both like other people
We will both pursue different lives
I was very happy
“I was very happy too”
One day you will disappear from my mind
That’s why I wanna make this a [...]

2 comments · Tags: , , ,

Orang yang gembira biasanya tidak mendapat kesemua kemahuan mereka, tetapi mereka selalunya mendapat hampir kesemuanya kehendak mereka.Dalam kata lain, mereka akan memilih kehendak yang berada di dalam jangkauan dan kemampuan mereka.
Mereka yang selalu tidak berpuas hati biasanya meletakkan pencapaian yang sukar untuk dicapai kepada diri mereka dan ini menyebabkan mereka meningkat kadar kegagalan sangat tinggi. [...]

3 comments · Tags: , , , , , ,

Dengan lafaz bismillah,blog ini lahir dengan selamat.Mengapa bloghati.com?
seperti titlenya sebelum ini,dari hati ke blog sudah berlaku transisi dengan sentuhan idea baru.sudah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk berpindah ke sini.
Sepanjang menjadi blogger ini,tulisan saya banyak berkisar kepada kehidupan dan soal perasaan saya.Tiada tempat lain untuk diluahkan jika tinggal seorang malah siapalah mahu diri ini.(Abaikan kenyataan [...]

One comment · Tags: , , ,