ketahuilah sahabatku
Ketahuilah sahabatku,
kehadiranmu yang hanya beberapa ketika ini banyak mencorak laman kehidupanku.
Dahulu laman ini hanya ada kaktus dan bunga kertas. Tiada haruman semerbak menarik minat penghuni fauna.
Di anak tangga itulah tempat aku bercanda dengan alam.
Duduk memerhati dan khayal dalam keindahannya.
Kaktus dan bunga kertas kombinasi yang aneh sekali. Berduri dan rapuh.
Semua itu berubah apabila hadirnya kamu di laman ini. kaktus dan bunga kertas berubah menjadi bunga matahari.
si unggas mula menjengah ke sini. Riang berkicau sambil menikmati biji bunga matahari yang lazat.
benar kata pujangga, alam punya cara sendiri menyedarkan manusia yang lupa seperti aku tentang erti perubahan.
aku lupa untuk memberi kembali yang telahku terima dahulu.
Terima kasih ya sahabat kerana menghadiahkan bunga matahari ini kepadaku.
