update,azman ishak,hidupku

Update

Di blog ini,pengunjung datang dan pergi.Datang mencari ilmu dan pergi mencari haluan masing-masing.Saya bukanlah pakar dalam menyelesaikan masalah cuma setakat membantu setakat yang mana saya mampu.kalau ada masalah yang boleh dicerahkan kekusutan insyaallah saya tolong.

Saya masih lagi meraba-raba dalam mencari hala tuju.Biar susah sekali pun laluan hidup yang bakal dilalui,usah takut untuk melangkah meskipun langkahnya sekecil anak batu di jalanan.

Peganglah kepada prinsip apa yang kita beri kepada orang lain akan memberi kesan kepada kita.Tidak perlu mengharap setinggi awan atas pertolongan kita berikan.Cukuplah satu senyuman sebagai satu ganjaran yang tiada erti.

Bro azman

Salah satu pengunjung di sini.Bagaimana saya kenal dia?Haha jawapan dia ialah dari saudara deennasour.Tidak banyak yang saya boleh huraikan mengenainya tetapi saya cuba.

Bro azman memang sempoi orangnya sebab dia sanggup habiskan masanya untuk memberi komen yang panjang lebar mengalahkan entri yag ditulis di blog yang dilawatinya.Adeh,terskema.Ah biarlah.

Sudah banyak orang membuat entri mengenainya untuk contest yang sedang hangat di blognya.Waduh-waduh pening juga hendak tulis mengenai orang lain ni

Bro ni memang baik hati kerana sangat mengambil berat akan kebajikan blogger yang dilawatinya.Kalau ada yang bermasalah dia akan cuba untuk menolong.

Soal jodoh?Bro azman sudah hampir serunya.Tengah tunggu saat untuk bergelar seorang suami.Pasti anaknya secomel dan sekacak bapanya.hehehehe

Siapa cakap blog mengenai diri sendiri tidak ada makna.Kisah hidup yang diberi mungkin boleh juga menjadi panduan dalam kepada orang lain.Hidup bro azaman yang diletakkan di blognya memang banyak memberi seribu makna kepada saya.Hidup kita berbeza tetapi disatukan di satu dunia yang luas iaitu blog.

Hidupku

minggu ini sudah sibuk dengan final exam.Agak serabut juga dengan pelbagai masalah seperti kewangan,tempat tinggal untuk semester depan dan memacam lagi.

Nampaknya blog ini akan kerap bercuti kerana saya kan mula berkerja part time sebagai cikgu tuition cuti nanti.sedih pula tengok adik-adik kecil yang dahagakan ilmu tiada siapa yang mahu.Baiklah,setakat ini update di blog ini

13
Apr 2009
POSTED BY admin
POSTED IN kemaskini
DISCUSSION 4 Comments