ada di sini

nampaknya sudah lama saya tidak menulis monologku.buntu sebenarnya nak tulis cerita pendek..tidak boleh nak dikategorikan sebagai cerpen sebab tak cukup syarat.rata-rata yang sampai ke sini mencari dimanalah entri monologku di sini ek..maaf ya blog ini agak kurang mesra dengan pembaca. saya sertakan karya yang pernah saya buat di sini.rupa-rupanya dah banyak saya tulis di monologku..

nafsu
hujan kasih
yang berlalu
lagu alam
diari
anak palestin
surau
air
gelas
mangkuk antik
peperiksaan
pemotong kayu
sayang
masa
persoalan
monologku
2
diteruskan

maaf ya tak ikut susunan..pening mencari dalam arkib.itulah buat kerja berterabur

06
Mar 2009
POSTED BY admin
POSTED IN kemaskini
DISCUSSION 8 Comments

Di tengah minggu berbunga-bunga

kemaskini
kisah monologku akan disambung semula dalam masa terdekat ini.Rata-rata kisah monologku lebih banyak luahan perasaan diri saya sebenarnya.kiranya memang kisah benar yang telah diubah jalan ceritanya.Maaf sekiranya saya terlalu formal di sini.saya mahu mengelak dari mengguna bahasa SMS di blog ini.Semua itu hanya di entri saya.Di petak komen boleh sahaja.

Waduh-waduh.sukar sekali saya mahu jadi formal sebenarnya.Saya cuba untuk meyambung usaha yang dibuat di Tawel sensei yang memulakan misi mengetengahkan penggunaan tatabahasa di blog atau bagi beliau “sila guna tajwid yang sesuai ketika membalas”.Mungkin selepas ini saya akan cuba menjadi lebih santai dalam memcoret di sini.

Huh!sekarang ini masih banyak perkara perlu diselesaikan.kuliah sudah bermula,tugasan perlu disiapkan,dan bermacam-macam lagi mula menyesak hari-hari akan datang di kampus.

berbunga-bunga?
hati saya jelas berbunga-bunga kegembiraan di saat ini kerana bro Azhar sudah kembali aktif.saya begitu rindukan karya-karyanya yang mencuit hati dan sarat dengan mesej.

07
Jan 2009
POSTED BY admin
POSTED IN kemaskini
DISCUSSION 6 Comments

monologku- yang berlalu

Hari ini begitu nyaman sekali udaranya.dedaunan yang berguguran ke bumi menghiasi suasana taman.Dahan-dahan pohon meliuk dengan hembusan lembut sang bayu seolah-olah menyapaku.Dalam menikmati keindahan alam,hatiku diketuk persoalan.Mie ada di mana?Sunyi sahaja.Biasanya kesunyian ini sudah lama dihalau hilai-tawanya bemain di anjung rumah.pelik.

Mie,buat apa tu?

Tiada jawapan.Lama juga kutunggu akan tetapi tiada sebarang respon.hatiku terus dilanda kebimbangan lantas ke dapur.sebelum sempat kakiku melangkah,ada susuk kecil memelukku dari belakang. Read more…

01
Jan 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 0 Comments