Archive

Kadang-kala terlintas juga di fikiranku bahawa hidupku penuh dengan perantauan. Rantau bukan sebarang rantau tetapi melihat kebesaran Ilahi. Para pencinta-Nya banyak memerhati alam untuk terus dekat dengan Maha Pencipta. Bas adalah pilihan utama dalam kembara ini.

perak roadways

Sering-kali aku dicerna sombong ketika berada di dalam bas. Melirik nakal bukan diriku. Aku memilih untuk diam atas dasar keselamatan. celuparlah mulut maka silap haribulan dihenyak tumbukan padu atau hilang sebutir gigi penangan buku lima.

Kebarangkalian cinta sebangku bas bagiku sangatlah nipis buatku. Bertentang mata pun seperti menanti bulan jatuh ke riba yang entah bila hari kejadiannya.Pernah sekali perjalanan Ipoh – Lumut dengan Perak Roadways menjadi saat lucu buatku hingga ke anak cucu. Bas Perak Roadways tersangatlah daif dalamnya.Kerusi penumpang dalam perhitunganku sudah berusia juga. Andai bas itu miring di selekoh, skru kaki kerusi yang longgar mudah sahaja membuatkan sang penjaga kantuk terus segar seperti disimbah caffein dengan dahi bertemu bucu kerusi yang pejal.

Di terminal bas, adalah seorang wanita yang berumur pertengahan duduk di sebelahku. Biasanya aku tidak kisah siapa yang duduk di sebelahku asalkan tiada bau badan yang melampau. Tempat dudukku pula di sebelah tingkap. Tingkap bagiku tempat rehat mataku dari ancaman perilaku manusia yang pelbagai. Sepi menjadi teman bagi 1 jam perjalanan.

Ipoh dan kampungku tidaklah jauh cuma lebih kurang 50km. Sepanjang perjalanan penuh dengan pesona yang pelbagai. Asyik sungguh memandang sampaikan orang di sebelah tidakku lihat walaupun sesaat. Diam sahaja. Penangan bersekolah di asrama penuh di utara menyebabkan aku tidak bentah untuk berbual dengan kaum hawa. Maklumlah sekolah semuanya lelaki. Terasa seperti kaum hawa itu tersangat asing buat kami.

Destinasi aku ialah rumahku. Memang aku akui bahawa ramai yang sesat untuk tiba ke rumahku akibat terlepas simpang ke rumahku. Aku bersiap-siap untuk turun kerana hentianku sudah hampir. Aku cuba untuk mencapai suis loceng namun gagal. Inginku khabarkan bahawa suisnya terletak di tengah-tengah ruang berjalan. Memang sulit buat orang yang kurang upaya.Mataku sempat menangkap wajah wanita yang duduk di sebelahku tetapi sama. Cuma cermin matanya sahaja mengetuk fikiranku seperti aku pernah melihatnya di suatu tempat.

Ah,biarkan. Aku sudah tiba di rumahku.Perkara sebentar tadi dilupakan seketika.Esoknya aku ada kenduri yang perlu aku hadiri. Kenduri itu di kampung sebelah ibuku. Apabila sampai sahaja di situ, aku kaget sungguh. Cermin mata semalam menghantuiku. Rupa-rupanya wanita yang duduk di sebelahku semalam ialah makcik saudaraku. hari itu, habis semua makcik dan pakcik saudaraku memandang sinis. Ungkapan yang paling sinis ialah ” Padanlah keseorangan, malunya tebal sungguh macam tayar bas Perak Roadways”.

Tags: , , · 3 comments · Leave a response »

3 Responses to “paradoks 7”

  1. Comment by ja a brainstorm · 28/01/2010 @ 9:16 pm

    haih.. mak sedara sendiri pon tak tertegur..

    XD

    [Reply]

    admin Reply:

    haha.. itulah pasal. sampai hari ini aku gelak guling-guling bila teringat pasal ni :)

    [Reply]

  2. Trackback by pligg.com · 09/03/2010 @ 6:38 pm

    paradoks 7 | hati dan blog – mungkinkah bersama?…

    bahagian ke 8 mini novel- paradoks oleh bloghati…

Leave a Reply