saat itu

saat bersama memang cepat berlalu. 7 minggu terasa seperti semalam. pada 24hb februari, saat indah itu di penghujung. selamat tinggal dan air mata berlalu bersama tika masa di hujung.

Sudah adat pertemuan,pasti ada perpisahan. MCMF 12 PJ,mengisi ruang kosong yang sudah lama gelap. Senyuman,sindiran,cheer, dan macam-macam lagi di kelas.

terima kasih kerana mengingatkanku kembali bagaimana indahnya untuk senyum dan ketawa bersama sahabat. terima kasih ya sahabat

saat indah

mcmf 12

3…4…

03
Mar 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

, ,

MCMF 12

blog: mana si hati ni? lama sangat merajuk.

hati: Sori la blog. sibuk dengan MCMF sekarang ni

blog: MCMF? Apa benda tu?

hati: MCMF tu My Career My Future. Sesuai dengan orang yang tanam anggur ni. Hahaha. Lagipun ia under MOHE. pasti dapat keje.

blog: Ooo. bagus-bagus. Nanti jangan lupa belanja Subway Kat PJ tu ek.

hati: Mana tau ada subway Kat PJ?. Stalker ek?

blog: biasa la. orang banyak mata-mata yang memerhati awak tu.

hati: Euwww.. geli I

04
Feb 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

, ,

contest dari jaws

projek ini sudah lama tersimpan dalam planner. Projek tersebut ialah membantu orang lain dalam membantu atau memberi cadangan dalam menyelesaikan masalah atau dalam bahasa mudah kaunselor.

projek tersebut merupakan projek khidmat masyarakat maka sesiapa boleh sahaja membantu dalam menyelesaikan masalah pengguna. projek itu datangnya daripada salah satu entri di blog lama. walaupun entri itu sudah berusia 3 tahun, masih ada komen sehingga kini. entri itu berada di sini: luahan perasaan

moga-moga projek ini dapat membantu yang memerlukan. info lanjut boleh rujuk di sini: contest by jaws

10
Jan 2011
POSTED BY admin
POSTED IN blog contest
DISCUSSION 1 Comment

not the end

on hiatus

17
Dec 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

,

sesi terjah

Hari ini saja nak buat sesi suai kenal. boleh tak? maklumlah nak tahu maklum balas korang tentang aku. buat yang dah kenal tu boleh tak kasi respon yang sesuai seperti macam mana kenal,apa pendapat korang pasal aku,apa yang perlu aku baiki, dan lain-lain. kasi seikhlas yang mungkin. aku tak kisah.

03
Dec 2010
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 3 Comments

tokyo marble chocolate (OVA)

Salah satu anime yang best untuk dilayan. Komedi + jiwang sikit.

tokyo marble chocolate

Genres: comedy, romance
Plot Summary: Yuudai has difficulty expressing his feelings and his girlfriend, Chizuru, has trouble maintaining relationships. They are each about to make an important decision, when something unexpected occurs.

boleh download di sini

Tokyo Marble Chocolate1
Tokyo Marble Chocolate2

09
Nov 2010
POSTED BY abrar
POSTED IN blog
DISCUSSION 0 Comments

One Piece Opening 13 One Day

For hard fan of One Piece!!!

01
Nov 2010
POSTED BY abrar
POSTED IN blog youtube
DISCUSSION 0 Comments

Disagree – Haley

Enjoy

28
Oct 2010
POSTED BY abrar
POSTED IN blog
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

,

hutang

hidup kita sering ada pasang-surutnya. susah senang kita yang menanggungnya dan lebih manis jika ada yang sudi berkongsi dengan kita. Dalam hidup ini, kita selalu berhutang pelbagai perkara seperti budi dan wang.

Hutang. perkataan yang amat digeruni sekarang. Hutang yang paling digeruni ialah berhutang dengan Ah Long.Ramai orang ingin bebas dari hutang supaya hidup mereka aman damai. Maka mereka pun bekerja keras melangsaikan hutang tersebut.

Macam biasa apabila orang mahu berhutang dengan kita, kita sering berat hati untuk memberinya lantas memberi pelbagai alasan. Sebenarnya kita terlepas salah satu pintu rahmat yang diberi Allah. Orang yang memberi hutang kepada orang lain akan menerima pahala pada setiap hari sehingga hutangnya dilangsaikan oleh penghutang tersebut. Jika penghutang itu gagal untuk membayar dan kita memberi peluang kedua kepadanya, maka pahala yang diberikan kepada kita adalah 2 kali ganda jumlah hutang yang diberi.

Sekadar berkongsi

25
Oct 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog islamic
DISCUSSION 2 Comments

kejujuran

Usai membaca buku “karipap-karipap cinta” oleh Vovin membuatku banyak berfikir. Walaupun buku itu ringan dan santai gaya bahasanya sudah cukup membuatkan diri kita tersedar dengan perbuatan kita selama ini.

Kita sering fikirkan bahawa kesempurnaan itu sesuatu yang selalu didambakan lantas kita memakai topeng kepalsuan untuk memuaskan permintaan itu. Kesan baik buruk langsung kita lupakan ketika itu. Nah! Di saat tembelang kita pecah, tak cukup alasan yang kita cipta menyelesaikan kebocoran itu.

Sering kali kejujuran ini terbit di saat orang mula memikirkan untuk berpasangan. Kejujuran ini aspek paling utama dalam memilih. Sedar atau tidak, jujurkah kita menerimanya? Mampukah kita berlaku jujur dengannya?

Kejujuran ini luas skopnya bukan setakat dalam soal jodoh malah dalam kehidupan kita. Jujurnya hati kita membuatkan hidup kita terasa aman. orang yang tidak jujur seringkali merasa gundah-gulana kerana sering memikirkan alasan untuk menutup kesalahannya. ia umpama seperti tikus membaiki labu yang tidak pernah selesai.

Adakah anda jujur?

22
Oct 2010
POSTED BY abrar
POSTED IN blog diari kehidupan
DISCUSSION 5 Comments