hati dan blog - mungkinkah bersama? » paradoks

paradoks 9
Hampir sebulan peperiksaan akhirku tamat. Boleh dikatakan semua mahasiswa dan mahasiswi di sini semuanya sudah bercanda di rumah kecuali aku. Aku masih di sini untuk melunaskan amanahku yang masih belum langsai. Masih banyak lagi silibus di tempat tuition yang perlu aku ajar agar mereka tidak hilang punca apabila aku tiada nanti.

Waktu senggang di sini memberiku banyak ruang untuk berfikir dan merangka kembali kehidupanku. Dalam kegusaran menanti keputusan yang bakal keluar, aku mula terfikir tentang pelbagai saat kehidupanku. Saat muhasabah diri yang sudah lama tidakku lakukan salah satu perkara yang terlintas.

Aku akui dengan masa yang banyak diperuntukkan dalam menyiapkan assignment dan persiapan menghadapi ujian dan peperiksaan, sebahagian diriku sudah hilang. Aku sudah tiada masa untuk berusrah dan turun lapangan. Ajakan dari sahabatku sering tertunda akibat kekangan masa.

Apabila difikirkan semula, adakah masa yang aku gunakan untuk untuk alasan itu ada keberkatannya? Memang salahku dalam persoalan ini. Aku tidak merancang masaku dengan baik. Apabila kita perhatikan orang yang berjaya, adakah masa mereka sangat lapang? Jawapannya, tidak.

Orang yang berjaya menggunakan masa dengan efektif tanpa pembaziran. Orang yang rugi merelakan masanya berlalu pergi begitu sahaja tanpa penyesalan. Dalam penyesalan, elaklah dari menggunakan “kalau” dan “jika”. Dua perkataan ini seperti menyalahkan takdir atau menidakkan ketentuan Ilahi. Perbuatan ini menjurus kepada kefasikkan atau merosakkan akidah.

Setiap satu perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Memanglah kita merancang, tetapi perancangan-Nya sangat tepat dan berkuasa. Aku tahu tercampaknya aku ke USM ini pasti ada hikmahnya. Campakan yang begitu jauh dalam kehidupanku. Tidak pernah terlintas di fikiranku bahawa aku akan menjadi seorang penuntut dalam jurusan fizik. Jurusan yang digeruni oleh semua pelajar dengan kadar lulus kurang dari 40%.

Kadang-kala terlintas juga sekiranya time frame ini lain bagiku seperti di dalam parallel world, agak-agaknya apalah yang aku akan jadi. Adakah majistret,peguam, atau seorang pengemis di jalanan. Ketentuan-Nya mengatasai segalanya. Semua itu diluar perancangan kita.

Orang yang hidup dilimpah kekayaan akan mudah menderita andai memutuskan hubungan dengan penciptanya. Kekayaan yang dimiliki akan menghantui hidupnya seharian seperti perompak, kemiskinan dan macam-macam lagi.

paradoks 8
Emosi yang kian gelora sering sahaja hampir menelan rasionalku tiap kali kemurungan melanda. Ketika ini duduk berseorangan perlu aku elak daripada terus dibaham situasi ini. Temanlah tempat persinggahanku. Masa berubah dan kawan pun silih-berganti. Tempat berlindungku jarang ada kerana selalu sahaja disewa orang lain. Tinggallah diriku bertemankan emosi dan kemurungan.

Selalu sahaja dalam sujudku air mata mengalir dengan deras mengenangkan yang berlaku. Lemahnya hati manusia dibuai perasaan. Syukur alhamdulillah semester ini situasi itu sudah terubat. Bukan ada teman gelap tetapi kawan. Soal hati biarlah masa menentukan. Duduk diam bukan sikapku. Hujung minggu sudah terisi dengan kerja sambilan iaitu guru tuition. Biarpun gajinya tidak seberapa , bagiku sudah cukup dapat membantu anak bangsa kita. Aku mahu mereka menghargai ilmu bukan menghafal. semangat yang guruku tularkan kepadaku seketika dahulu perlu mereka rasai.

Situasi seringkali membuatkan manusia tersungkur di jalan yang hina. Pancaindera yang sedia ada tidak diguna secara hikmah tetapi secara membabi-buta. Dunia ini bukan lagi hitam dan putih tetapi kelabu. Tugas membimbing jangan diberi seratus peratus kepada guru kerana kelak akan menyesal apabila kita bukan tempat menagih kasih. Pendidikan yang wajar dilakukan ialah dengan pendekatan hati. Andai dibentangkan segala isi bumi maka tiada manfaatnya melainkan ilmu yang berguna. dunia ini penuh dengan kepalsuan.

Dalam melihat sesuatu perkara jangan melihatnya dari perspektif yang nyata sahaja.masih banyak lagi perkara yang terselindung dan tersirat.setiap satu perkara kadang-kala adalah kiasan atau simbolik.ada perkara tidak dapat disampaikan dengan sekali lafaz atau tulisan.lain masalah lain caranya.tidak boleh untuk kita hentam sahaja,hidup kita hanya sebentar sahaja.satu saat yang berlalu tidak dapat diundur.detik yang baru sahaja berlalu tidak sama dengan detik-detik yang sekarang dan akan datang.

perasaan seringkali campur tangan dalam keputusan yang selalu kita tentukan.kebarangkalian untuk satu keputusan itu untuk membuahkan hasil yang memuaskan agak tipis sehinggakan menzahirkan kelemahan kita.sudah beberapa tamadun manusia yang tersungkur menyembah bumi akibat terlalu mengikut perasaan.bukan mereka tidak dapat berfikir sendiri akan tetapi mereka meletakkan kewarasan itu di tangga yang entah ke berapa.perasaan itulah yang dijulang dan diagungkan hingga pintu akal tertutup serapat yang mungkin hinggakan zarah rasional gagal tembusi.

pelbagai ideologi sudah mencorak dunia kini dicipta bukan untuk kemajuan manusia akan tetapi untuk kepentingan pihak tertentu.mangsa keadaan adalah masyarakat itu sendiri.derita mereka ditanggung sendiri.pihak yang senang terus diawangan.tidak mahu turun ke bumi mengotori tangan membantu masyarakat yang sudah lemas di pasir jerlus kemodenan.jika dipaparkan di media,barulah datang memberi bantuan dengan memakai topeng hipokrit yang begitu hina sekali.di mata mangsa memanglah mulia akan tetapi bagi Allah tiada makna.adakah perlu semua ini?

mata yang zahir ini perlukan mata hati untuk terus berkhidmat.mata yang kita guna sekarang ini untuk melihat luaran sesuatu keadaan.mata hati meneliti dalaman sesuatu perkara.andai kata salah satu gagal berfungsi,porak porandalah dunia ini.andaikata mata hati tiada,hilanglah kemanusiaan sesama manusia.hancur dan ranap dunia ini.terlaksanakah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah? ketika dibangkitkan nanti di akhirat nanti,jawapan apa yang hendak kita berikan kepada Allah.ketika itu mulut sudah terkunci rapat,yang hanya berbicara ialah amalan kita dan anggota kita.mulut sudah tidak dapat memutar belit untuk menyelamatkan keadaan.sebelum membuat sesuatu perkara fikirkan dahulu baik buruk tindakan kita.renung dengan mata zahir dan selami dengan mata hati.andai ada kata putus biar akal menentukan langkah yang seterusnya.

mata sudah bertindak,kini biarlah akal meneruskan tugasnya.seringkali manusia tidak menggunakan akal sebaik-baiknya.pelbagai pemikiran yang songsang lagi merosakkan sudah ditanam di laman akal.hasilnya wujudlah buah-buah rancangan untuk merosakkan orang lain dan mencari keseronokan.hawa nafsu menjadi parasit kepada laman akal.untuk membendung kerosakan ini terus berlaku,ilmu perlu menjadi baja dan pelindung di laman akal.akal yang sunyi dari ilmu mudah sekali tandus sebelum membuahkan idea-idea yang bernas.akal jugalah sempadan antara manusia dan haiwan.walaupun sudah diberi kelebihan ini masih juga ada manusia lagaknya tidak ubah seperti haiwan.darah daging sendiri sanggup ditelan hidup-hidup.

paradoks 7
Kadang-kala terlintas juga di fikiranku bahawa hidupku penuh dengan perantauan. Rantau bukan sebarang rantau tetapi melihat kebesaran Ilahi. Para pencinta-Nya banyak memerhati alam untuk terus dekat dengan Maha Pencipta. Bas adalah pilihan utama dalam kembara ini.

Sering-kali aku dicerna sombong ketika berada di dalam bas. Melirik nakal bukan diriku. Aku memilih untuk diam atas dasar keselamatan. celuparlah mulut maka silap haribulan dihenyak tumbukan padu atau hilang sebutir gigi penangan buku lima.

Kebarangkalian cinta sebangku bas bagiku sangatlah nipis buatku. Bertentang mata pun seperti menanti bulan jatuh ke riba yang entah bila hari kejadiannya.Pernah sekali perjalanan Ipoh – Lumut dengan Perak Roadways menjadi saat lucu buatku hingga ke anak cucu. Bas Perak Roadways tersangatlah daif dalamnya.Kerusi penumpang dalam perhitunganku sudah berusia juga. Andai bas itu miring di selekoh, skru kaki kerusi yang longgar mudah sahaja membuatkan sang penjaga kantuk terus segar seperti disimbah caffein dengan dahi bertemu bucu kerusi yang pejal.

Di terminal bas, adalah seorang wanita yang berumur pertengahan duduk di sebelahku. Biasanya aku tidak kisah siapa yang duduk di sebelahku asalkan tiada bau badan yang melampau. Tempat dudukku pula di sebelah tingkap. Tingkap bagiku tempat rehat mataku dari ancaman perilaku manusia yang pelbagai. Sepi menjadi teman bagi 1 jam perjalanan.

Ipoh dan kampungku tidaklah jauh cuma lebih kurang 50km. Sepanjang perjalanan penuh dengan pesona yang pelbagai. Asyik sungguh memandang sampaikan orang di sebelah tidakku lihat walaupun sesaat. Diam sahaja. Penangan bersekolah di asrama penuh di utara menyebabkan aku tidak bentah untuk berbual dengan kaum hawa. Maklumlah sekolah semuanya lelaki. Terasa seperti kaum hawa itu tersangat asing buat kami.

Destinasi aku ialah rumahku. Memang aku akui bahawa ramai yang sesat untuk tiba ke rumahku akibat terlepas simpang ke rumahku. Aku bersiap-siap untuk turun kerana hentianku sudah hampir. Aku cuba untuk mencapai suis loceng namun gagal. Inginku khabarkan bahawa suisnya terletak di tengah-tengah ruang berjalan. Memang sulit buat orang yang kurang upaya.Mataku sempat menangkap wajah wanita yang duduk di sebelahku tetapi sama. Cuma cermin matanya sahaja  mengetuk fikiranku seperti aku pernah melihatnya di suatu tempat.

Ah,biarkan. Aku sudah tiba di rumahku.Perkara sebentar tadi dilupakan seketika.Esoknya aku ada kenduri yang perlu aku hadiri. Kenduri itu di kampung sebelah ibuku. Apabila sampai sahaja di situ, aku kaget sungguh. Cermin mata semalam menghantuiku. Rupa-rupanya wanita yang duduk di sebelahku semalam ialah makcik saudaraku. hari itu, habis semua makcik dan pakcik saudaraku memandang sinis. Ungkapan yang paling sinis ialah ” Padanlah keseorangan, malunya tebal sungguh macam tayar bas Perak Roadways”.

paradoks 6
Usai usrah di kiub persatuan, hati ini terdetik untuk singgah ke cengkih. Restoran yang biasaku santap sambil meikmati angin malam. Diriku selesa di sini kerana terdapat pelbagai kenangan di sini. Salah satunya adalah entri diam ep 1&2 yang menimbulkan kontroversi suatu ketika. Sambil menunggu pesanan untuk dihantar,komputer riba yang setia menanti dibuka. Mujurlah di sini ada wi-fi maka bolehlah online. Susah sungguh apabila sudah menjadi internet addicts atau ketagih kepada internet. Hidup sehari tanpa internet rasa seperti tidak lengkap seperti makan nasi tanpa budu. Tawar sungguh rasanya. Malam ini terasa sedikit beremosi disebabkan pengisian dalam usrah sebentar tadi yang menyentuh topik persaudaraan lantas membawaku  ke mood imbas kembali. Entri lama di blog diperhati semula iaitu diam ep 1&2.

Diam? Ep1

Isnin,malam

Tergerak hati hendak ke bilik sahabatku.lama benar tidak berjumpa dengan dia.Berborak kosong sambil minum teh o panas dan biskut mayat.Kekangan masa yang ketat menyukarkan proses itu.

jom pi makan kat Cengkih!

Sat la dulu.Isyak dulu.Sambil tu kena tunggu budak dua orang tu sampai dulu.

selang beberapa minit,pintu diketuk.Baru sampai dua orang ni.teruna emo dan teruna sempoi.usai solat isyak terus ke Cengkih.

Di Cengkih,ramai sungguh pelanggannya.tak menang tangan pelayan sampaikan tidak perasan kehadiran kami.

teruna emo :takkan kita ni banyak dosa sampai pelayan tak layan kita

saya: siapa yang cakap tu yang terasanya.

teruna emo: waduh-waduh nasib baik malam ni sejuk.

teruna sempoi dan teruna kejut diam sahaja.

Rupa-rupanya ada gadis ayu kat sebelah meja.

Aku tidak menyangka entri yang sebegini santai diperhatikan oleh sahabat sendiri. Sebelum wujudnya entri di atas blogku itu tidak ramai yang mengetahui kewujudannya.Entri berikutnya yang menimbulkan kontroversi.

Diam? ep2

saya:Bang,bagi nasi goreng kampung dengan horlick ais.

Teruna kejut:Nasi goreng biasa,telur dadar,sirap limau dan air kosong satu.

Teruna sempoi:nasi goreng daging merah dan teh o ais.

Teruna emo:kasi nasi goreng kerabu,telur mata dan sirap bandung.

Selepas order makanan,meja kami mula panas dengan topik meja sebelah.teruna kejut dan teruna sempoi tak habis-habis menjeling meja sebelah.Mulalah soalan cepu emas keluar.

teruna emo:Im,bila lagi nak cari calon?

saya:Tak ada soalan lain nak tanya.Mak aku bilang jangan

sangkut dengan anak orang karang tak pasal-pasal kahwin awal.Aku juga nak merasa hidup bujang juga.

teruna emo:anak mak la ni.

saya:ye la.takkanlah aku ni anak jin kot.kita kena dengar cakap mak kalau tak, berdosa.

teruna emo:adeh.pedas-pedas.

Teruna kejut dan teruna sempoi masih diam menjeling ke meja sebelah.

saya:Haih.diam je korang berdua.

Teruna sempoi dan teruna kejut:menikmati ciptaan Allah.

saya cuma menggelengkan kepala.

masa makan.

Teruna emo:diam dapat makanan ya Im.

saya:menikmati makanan.orang tua-tua kata masa makan diam,karang tercekik.

teruna emo:Uhuk.

Saya:kan aku dah bilang tadi.

Aku tidak menyangka bahawa ada orang yang terasa dengan entri di atas lantas ada khabar angin yang kami bertiga bergaduh. Mengingat kembali saat itu membuat hati kecil ini terasa geli sekali. Selepas kebenaran perkara itu terbongkar, si penyebar fitnah habis kami “basuh”. Hampir menangis juga si penyebar fitnah itu dikerjakan kami.

paradoks 5
sinar pagi menjengah ke kamar membakar lembut kulitku lantas terjaga daripada lena yang lama. Ah! hari Ahad, memang enak mengukur katil bertemankan selimut yang gebu. Mahu sahaja aku pohon setiap hari adalah hari Ahad. itu semua hanyalah omong-omong kosong buat pengejar khayalan. Hari Ahad sangat sesuai untuk apa-apa aktiviti melepaskan tekanan. Harap-harap program hari ini berjalan hendaknya. Rindu benar dengan sahabat lama semasa di universiti.

Kehidupan di universiti antara memori indah buatku. Di sinilah segala sebahagian diriku mula berkembang. Diriku yang dulunya pemalu mula untuk berani terus melangkah. Ketenangan yang dulunya sukar untuk dicapai mula menghampiriku tetapi terlampau agreasif. Sedikit ketenangan sudah cukup tetapi jika berlebihan memang parah sekali penangannya. Semua orang gelisah tidak senang duduk seperti burung tekukur yang hendak bertelur. Sudah biasa dengan tekanan menyebabkan tekanan itu sudah tiada apa kepadaku.Tidur terlalu awal merupakan salah satu simpton terlebih tenang.

Dalam sibuk mengemas rumah, fail merah yang sekian lama berdebu di atas almari ditemui. Fail merah yang menyimpan segala hasratku di menara gading dahulu. Salah satunya ialah menyiapkan mini novel yang tersangat istimewa buatku. Malang sungguh mini novel itu terbengkalai di tengah jalan. Hanya beberapa bab sempat disiapkan akibat kekangan masa. Mini novel itu merupakan gabungan daripada cerite pendek yang pernah tersiar di blog lamaku. Rindu benar hati ini dengan blog lama . sihat lagikah wahai blogku? Jangan sangka blog tiada perasaan dan jiwa kerana kitalah anggota kepada blog itu. jatuh bangun sebuah blog di tangan blogger. Waduh-waduh terusik sekali membelek kisah lama.Salah-satu entri di blog paling dikenang ialah susah senang. Ia amat bermakna buatku.

Dompet lusuh dibuka.Helaian yang dicari tiada.Hanya ada kepingan syiling terselit sekadar cukup untuk sebuku roti.Alahai nasib.

Sebuku roti dicapai.Cukup untuk 3 hari ni atau lebih.kalau tak cukup jawabnya puasa la.

Pikir apa tu dik oi!

Pikir masa depan perut ni pakcik.

Haha.Tadi pakcik tengok adik ni semacam je.Masalah duit ke?

Mana pakcik tahu?

Dah seminggu pakcik tengok adik ni turun kafe sehari sekali beli roti ni.Biasanya adik makan kat kedai sebelah ni.

agak lama saya sembang dengan pakcik jual air.Last-last dia belanja saya makan kat kedai sebelah tu.

Perasaan sebak mula terasa apabila membaca kembali entri ini kembali.Cuab bayangkan hidup untuk seminggu hanya ada sepuluh ringgit di dalam dompet.Sangat Perit sekali.Lapar seorang pengemis di jalanan sudahku tempuhi. Perit sang pencuci sudahku hadapi. Dalam kelapangan waktu yang ada ini eloklah buatku muhasabah kembali perjalanan hidup ini. Entri monologku – masa menjadi santapanku.

Tanpa kusedari pantas sekali masa pergi meninggalkanku.memang benar apa yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali yang jauh itu masa.dunia yang kulihat dulu sudah berubah.semalam dan hari ini sudah berbeza.Hanya diriku sahaja yang tidak pernah merasakan perubahan.Masakan tidak,kita seringkali hidup dalam zon selesa.Tiada apa yang yang merisaukan.masalah kecil umpama syiling 1 sen yang dilupuskan nilainya.barangkali hanya akan di temui di muzium kelak.Siapa tahu..

seringkali kita melihat orang lain menyambut ulangtahun kelahiran dengan meriahnya.kebiasaannya doa mohon keberkatan dan panjang umur selalu dipanjatkan.konon-kononnya nak bertaubat di kemudian hari.maklumlah dosa yang dilakukan belum lagi dilangsaikan dengan taubat yang sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha.tapi sedarkah kita bayi yang baru ditiupkan roh sudah direntap nyawanya apatah lagi kita yang dewasa ini.

Masa yang telah berlalu sudah jauh dengan kita.tidak dapat dikejar lagi.setiap detik berlalu begitu sahaja andai tidak diisikan dengan perkara yang berfaedah.orang yang tidak menghargai masa samalah seperti air di dalam bekas.lama-kelamaan ia rosak kerana ada mendakan di dalamnya.sebaliknya orang yang menghargai masa seperti air sungai yang mengalir.airnya segar dan berguna kepada makhluk.penyesalan di kemudian hari hanya merugikan.bukannya kita boleh mendapat kembali masa hanya dengan penyesalan atau air mata darah sekalipun.

bila nyawa tersekat di kerongkong,dibuka hijabnya kepada seksaan yang diterimanya.barulah kita menyesal dan mula merayu-rayu untuk diberi masa untuk bertaubat.Rayuan sudah tidak diterima.Masa bertaubat sudah lama tamat.Kemudian Allah tanya kepada kita,”sepanjang hidupmu pernahkah kau ingat kepada-Ku?”kita pun jawab”tidak.aku tidak pernah sujud kepada-Mu.segala yang Engkau suruh aku langgar.” “kalau begitu.Aku tak kenal kamu.terimalah azabku yang menyeksakan.”kata Allah kepada kita.mahukah kita menjadi begitu di hujung nyawa?

paradoks 4
Hari ini terasa kosong sekali.Tiada dendangan lagu alam yang menggamit perasaan.Diriku bukan lagi di kampung tetapi di tempat baru.Tiada lagi kelibat durian yang gugur ke tanah menanti untuk dimakan,monyet yang berkejaran di celah pepohon dan udara yang segar untuk dihirup sepuas-puasnya. Komputer bimbit masih lagi diam di tempatnya.Aku buntu melakukan satupun pekerjaan hari ini.

Bayangan semalam datang menjengah kembali ke dalam hidupku. begitu sukar sekali untuk melepaskan pemergiannya. Ikatan yang sudah tersimpul rapi dengan penyesalan.  kesunyian di hati yang begitu sukar untuk dileraikan kekusutannya.Kesunyian membunuh semangatku.

Aku tahu hati yang kosong adalah hati yang sudah hilang sinarannya. Hati ini adalah umpama cermin andai tidak dibersihkan maka pudarlah permukaannya dan tiada erti lagi.Bayangan semalam ini mungkin datang untuk menghambat kembali sinar keinsafan yang telah lama padam. Sudah lama rasanya diri ini tidak menoleh ke belakang. Duduk diam termenung memikirkan saat-saat masa yang telah berlalu.

sebuah mesej ringkas dari sahabatku dibaca buat kesekian kalinya.

“ketika menoleh ke belakang,lihatlah apa yang telah dilakukan.Terang gelap sudah tersemat di tubuh bagaikan organ yang terus beroperasi menjalankan tugasnya. Tidak perlu untuk terus bersedih jika saat perpisahan itu telah datang ke atas kita kerana semua itu telah ditakdirkan.”

Memang benar,hatiku sekarang bergelora dilanda kesunyian. Kesunyian di hati umpama laut yang sudah kering airnya. Jelas kelihatan segala isinya.Tidak perlu hendak sembunyi di jurang yang dalam untuk sebuah senyuman palsu.

Aku tahu kalian menyangka aku terlalu sangsi dengan kehidupan. Ada sahaja “tetapi” dalam penilaianku. Sukar untuk membuang tanggapan itu kerana pucuk-pucuk rasionalku telah lama tumbuh sejak kecil lagi.

Sudah banyak kali hati ini dilanda seribu satu kesakitan. Kenangan semasa semester ke-4 di universiti utara yang menusuk ke kalbu. Tidur memang satu nikmat yang bermakna sekali tetapi biarlah berpada. Tidur ini seperti gula, ambil apabila perlu sahaja. Mudarat apabila berlebihan.

Mungkin ketika itu memang silap diriku sendiri. Jari nan satu itu janganlah ditunding ke orang lain. Saat itu terjadi ketika hari terakhir peperiksaan semester ke-4. silap melihat jadual waktu membawa padah yang begitu berat untuk ditanggung. Terasa gelap sekali masa itu.

Saat kehampaan itu telah dicatatkan di blogku. Bukan apa, sekadar salah satu kenangan dalam kehidupan.Berikut adalah catatan tersebut.

“Kakiku melangkah sunyi di lorong-lorong kehampaan.seretan lemah kakiku mengiringiku.Tiada cahaya menerangi laluan itu.Suram sahaja.Tiada bunyi si pungguk rindukan bulan.Tiada lagu cengkerik pemecah suasana.Kehampaan sudah lama menngambil semua itu dariku.kini yang tinggal di diriku hanya kekosongan.Tangisan kekesalan sudah lama membasahi wajahku.senyum tawa sudah lama menyepi.Kata mereka,sudah tidak sesuai lagi untuk mereka diami lagi.Suram dan tiada cahaya.

Saat ini,diri ini masih lagi dalam kesesatan.Tiada arah.kompas kehidupan sudah lama tidak berfungsi.Terhenti di situ.Bagaikan masa yang dibekukan oleh kekosongan jiwaku. Diriku masih melangkah dalam kegelapan yang nyata.Tersungkur hampa dek dugaan kehidupan.Ku cuba untuk mencantum kembali serpihan diriku tapi gagal.Ada bahagian yang masih belum kutemui.Kini,diriku terus melangkah pergi mencari bahagian yang hilang.Seretan kehampaan mengiringiku pergi”

Saat puncak rasa diratakan angkara orang ketiga menambah lagi saat kehampaan. Bagiku, tahun itu penuh dengan memori yang begitu sukar diluahkan dan dipendam. Suram betul perjalanan hidupku.

Senyuman palsu sudah sebati denganku. Hendak mengukir sebuah senyuman yang ikhlas begitu sukar sekali. Sebab itulah jarang sekali hendak bergambar. Saat-saat manis bersama boleh dihitung dengan jari yang fotonya diambil. Ya, aku akui bahawa hidupku ini sangat suram tanpa serinya.

Luka lama baru sahaja sembuh. Benarlah kata orang, jika sekali perasaan itu terluka, sukar sungguh untuk sembuh. perpisahan yang terjadi mungkin silap diriku juga.Tidak pernah serius menjadi faktornya. Saat-saat itu masih lagi dalam ingatanku seperti ia baru sahaja terjadi.

Malam itu, semua pesanan ringkas yang dihantar kepadanya tidak berjawab. Ketika itu, gelisah di hati menjadi-jadi. hatiku berdoa agar mimpi semalam hanya mimpi di alam maya. Saat yang akan memamatahkan segala segenap kekuatan manusia yang perasaannya sudah  diambil. Tidak hairan jika ada yang sanggup berkurung berbulan-bulan  kerana perkara itu.

Entah mengapa selepas mimpi itu wujud,hatiku tidak tenteram.  Hadirnya seperti memberi petanda kepadaku. Dalam mimpi itu, suasananya di pelabuhan. Terasa dalam babak filem rasanya. ketika itu, aku berlari dengan sepenuh khudrat ke arah kapal itu. Dari jauh kelihatan si dia di atas kapal sambil melambai-lambai tangan bersama orang lain yang tidakku kenali. Khudratku yang tinggi sebentar tadi makin berkurangan lantas badanku rebah tanpa daya.Mimpi itu tamat begitu lantas diriku terjaga di tengah malam yang pekat.

Berdebar-debar rasanya. Termenung sebentar mataku melihat kipas syiling yang lemah berputar. Ah. Tidak boleh jadi,baik aku solat sunat mohon ketenangan. usai berwudhuk, sejadah yang tersidai di kepala katil dicapai dan solat sunat dua rakaat didirikan. Setiap detik kurasakan begitu lambat sekali. Fikiranku tidak tenteram. sujudku digenangi air mata. Gelisah sebentar tadi bertukar sebak yang begitu berat untukku tanggung. Malam itu, air mataku tidak kering membasahi wajahku seiring perasaan yang diragut pergi seperti gelap malam dihalau sinar fajar.

Esoknya, seperti yang diduga mimpi jadi kenyataan.  saat perpisahan itu terjadi. Ia bermula dengan panggilan daripadanya tetapi suara lelaki di talian. Tiada pembuka bicara yang sopan, lelaki itu mengugutku memutuskan hubungan dengannya. Entah mengapa, diriku tenang mendengarnya. Aku tidak pasti dari mana datangnya ketenangan itu. Usai perbualan yang ribut sekali, hatiku nekad melepaskannya pergi. Hatiku yang gelisah tadi menjadi sebak. Perlahan-lahan butiran jernih membasahi pipiku. Selamat tinggal sayangku. Itulah kali terakhir aku berhubung dengannya.

Lama benar aku bersandiwara dengan perasaan kali ini.Perlu cukup rehat kerana esok memerlukan tenaga yang tinggi melayan kerenah anak murid di sekolah.

paradoks 3
Sayup-sayup gelap malam sudah menolak penatku pergi. seringkali manusia mengaitkan gelapnya malam dengan kesuraman jiwa-jiwa yang kosong.Cukuplah bagiku secawan teh ‘o’ pekat menemanku malam ini.Kopi yang pekat lagi likat bukan untuk berjaga tetapi untuk bertemankan bantal yang empuk dan perkara ini turut menimpa seangkatannya.Memang sengaja aku biar teh ‘o’ itu pekat dan manis kerana hatiku mahu bersua denganku malam ini.

mungkin sudah lama tidakku luahkan apa-apa yang terbuku di dalam jiwa ini.semuanya hanya diam membisu di penjuru hati yang gelap.Andai kata tidak dikeluarkan mungkin lebih parah lagi beban yang ditanggung.seringkali sunyi ini mudah sekali membuatkanku teringat sesuatu.Ketika di selatan semenanjung,satu soalan ini menerpa ke dalam fikiranku.satu soalan yang mudah disoal tapi begitu sukar sekali untuk menjawabnya.tiada jawapan yang salah.terpulang kepada kita.soalan itu ialah andai kata diriku tidak dilahirkan ke dunia ini apa yang berlaku kepada masa ini.

tanpaku sedari linangan air mata menitis jatuh.mungkin persoalan itu jarang kita fikirkan.kita seringkali fikir apa-apa yang kita lakukan tiada kaitan dengan orang lain.kita selalu merasakan kewujudan kita ini hanya sementara seperti pengembara.si pengembara akan berhenti bila bekalannya habis.samalah juga hidup kita.apabila ada masalah barulah hendak mencari teman.ketika senang,susah sekali ingin ketemui.ketika di langit ingatlah di bumi.di langit tidak akan selamanya di atas pasti jatuh jua samalah di bumi.andai ada impian di atas jua.

persoalan makna hidup menerjah ruang normaku.Menggasak hidupku sehari-hari memikir semula tujuan hidupku.Kekasih agung,ibu dan ayah,teman banyak mencorak perjalananku.Jatuh bangun sudah biasa.Kini,cabaran sehebat badai kini mengoncang keyakinanku.Aku terasa diasingkan.Sudah berulang kali telinga ini dihujani pelbagai kata-kata setajam sembilu.Mulutku diam sahaja.Sudah tidak tahu hendak membuat serangbalas kembali.

Manusia seringkali meletakkan perkara yang materialistk di puncak cita. Tidak perlu untuk aku melihat jauh contoh seperti ini.Nenekku merupakan contoh yang terbaik.Pilih kasih antara anak-anaknya sudah cukup membawa seribu satu masalah.Anak yang kaya disanjung dan bagi yang sederhana ini dihamun semahunya.

Anak yang dihamun semahunya ini serba-salah.Hendak dilawan nanti derhaka namanya.jika berdiam diri sama-sama dapat dosa.Ibuku banyak berendam air mata apabila perkara ini dibangkitkan semula.Orang zaman dahulu mencongak anak perempuan kalau sepandai mana di sekolah tidak ke mana.Tanggapan itu meragut masa depan ibuku.

Ibuku bukannya sebarangan orang untuk dipandang enteng.Cerdas pemikirannya.Ibuku sudah banyak kali menceritakan zaman persekolahannya kepadaku agar terus mengejar ilmu.

“Harta yang banyak akan habis juga.Ilmu yang dikejar menjadi teman seumur hidup hatta ke liang lahat.”pesannya ketika berada di dapur.Angka enam merupakan penamat kepada alam persekolahan ibuku.Semua itu atas dasar berkorban untuk adik-adiknya.Butir-butir kata ibuku tentang kehidupannya ketika berumur 12 tahun menyayat hati.Segala pekerjaan yang dilakukan oleh orang dewasa dilakukan oleh ibuku.Pantang silap sedikit,mesti ada habuannya.Kerja membuat tali pisang,membawa tandan kelapa dan macam-macam lagi pekerjaan di luar imaginasiku.

Antara kesan yang masih kekal ialah jari manis kaki ibuku yang rosak teruk akibat penangan menumbuk mengkuang untuk dibuat tikar.Kuku sudah lama tidak tumbuh di kawasan itu.Setiap kali ibuku memanggil untuk mengurut kakinya yang diserang gout akibat diet pemakanan ketika kecil yang penuh dengan makanan laut.Setiap kali ternampak jari manis kaki itu,azam di dada untuk membalas jasanya semakin menebal.

paradoks -2
Memang asyik ketika melihat anak-anak kecil berlari ke sana sini dengan senyuman secerah masa depannya. Dalam senyuman itu tiada hipokrit atau prejudis.Segalanya tulus.Andai bergaduh hanya terbawa sampai ke katil, esok lupalah.Alangkah bagusnya hidup seperti ini aman tenteram.

Masa mengajar mudah sekali aku tersentuh. Sesi “apa impian anda” satu mesin masa menghantarku pulang ke masa kecilku. Waktu itu darjah satu. Budak-budak memang aktif.Ada sahaja yang mahu disoal. Andai guru tidak menjawab habis diterjah dengan soalan lain.

Hari itu cikgu Wong ajukan satu soalan yang cukup terkesan di hati ini.

“Bila besar nak jadi apa?”

“Nak jadi doktor”jawabku.

“Kalau tak dapat?”

“Askar!”

“Tak dapat askar macam mana?”

“jadi cikgu”

Optimistik sekali fikiranku ketika itu. Gigi putih jelas kelihatan ketika teringat kisah ini. Semua itu hanya coretan yang sudah dicetak di halaman buku kehidupan.Buku yang masih belum ada penamatnya.Ada sahabatku pernah membicarakannya.

“Dalam melakukan sesuatu perkara kita selalu inginkan kesempurnaan.Akan tetapi bukankah sifat sempurna itu hanya untuk Yang Maha Esa.Tidak salah untuk menjadi tidak sempurna.setiap kekurangan itu adalah kelebihan.Dalam keadaan yang kita rasakan begitu lemah sekali itulah kekuatan kita.setiap orang berbeza cabaran.Tidak salah untuk membandingkan dengan orang lain biarlah kena dengan tempatnya.biar sederhana asal gembira.”

Waktu rehat tiba.Kata-kata itu masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.Perkara itu perlu aku fikir kembali.Perutku sudah lapar dan ia perlu diisi dengan segera. Makanan kantin sekolah tidak menarik minatku.Harganya tidak setara dengan kualitinya.Bila harga barang naik,harga makanan pun naik.Dalam keadaan ini,peniaga pun ambil kesempatan dengan mengurangkan kuantiti makanan yang dijual.Tidak ramai yang sedar dengan perkara ini.Dahulu, nasi lemak 50 sen lengkap dengan kacang goreng,ketulan ikan masin dan telur rebus suku tetapi penyeri itu sudah tiada apabila harganya naik.ikan masin dan kacang goreng disingkirkan dari menu itu dan telur rebus yang suku dibahagi dua lagi dan lebih hairannya harganya seringgit.

Akhirnya,membawa bekal jawapannya.Jimat dan terjamin kebersihannya.Aku sudah serik kerana keracunan makanan.Bubur kacang atau lebih tepat bubur petrol berjaya menghantarku ke hospital.Mujur aku sempat dihantar jika tidak tiadalah imran bin abdullah akibat kekurangan bendalir dalam badan.Peritnya ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu.Cuba bayangkan situasi pengawal keselamatan dalam filem MR. Bean yang terminum secawan kopi berperisa laxative ketika bertugas.Membayangkan sudah cukup mengerikan.

Kes-kes keracunan makanan ini sering berlaku di mana-mana sahaja.Semuanya akibat sikap sambil lewa pihak pengusaha makanan tentang aspek permakanan.Kes-kes sebegini selalunya berlaku di asrama.kari ular,bubur petrol,bayam masak air bersama ulat dan macam-macam lagi resepi yang sesuai menghantar seseorang itu ke hospital dalam masa 5 minit.

Soal makanan tiada masalah bagiku.Lidahku tidak cerewet untuk memakan apa-apa sahaja yang halal dan baik.Anak kecil yang memilih makanan akan sukar untuk bersosial.Nasib baik aku tidak termasuk dalam golongan itu.Cukup sekadar roti berlapisankan telur kuning dilenyek bersama mayonis dan tomato sudah cukup menjadi bekalan seharian.

Cikgu-cikgu wanita di sekolah mudah sahaja melepaskan kata yang berbaur pelbagai maksud untuk aku tafsirkan ketika melihat bekalan yang dibawa.

“Untung siapa dapat jadi suami macam cikgu Imran.Pandai masak.”

“Wah,mesti peminat cikgu Imran yang beri ni.Siapa tu?”

Itulah antara kata-kata yang selalu diluahkan oleh mereka.Aku tidak pasti samaada ia memuji atau hanya pandangan sinis.Ah!Biarkan. Aku mahu bakal pasanganku mesti tahu memasak.Masakannya mesti kurang MSG.Cukuplah kenangan pahit ketika kecilku penangan perasa makanan ini.Ia sudah cukup untuk menyebabkan perut kami semua tidak dapat menerima makanan yang berperisa.Andai sahaja ada MSG dalam makanan,automatik makanan akan keluar kembali dalam masa 5 minit tanpa sempat untuk dihadam.Ah!Cukup-cukup.Ketepikan soal makanan.Andai dilayan perasaan ini,makin lapar dibuatnya.

paradoks 1
Ini merupakan projek rahsia yang dijalankan selama ini.

Kelip-kelip di langit gelap tidak sesat untuk terus pulang ke sarangnya.

Satu kata-kata yang menguatkan diri ini untuk terus melangkah.Sudah lama ia tertanam di dalam jiwaku.Benih itu sudah matang dan harum di laman kehidupan.

mungkin ada yang merasakan bahawa diri aku banyak beremosi dengan persekitaranku. Sudah tentu ada yang hatinya sudah saki-baki menanti punah. Banyak perkara yang terbuku di dalam jiwa yang masih lagi tidak dibaca dengan telus. Masa itu akan tiba apabila ianya dihujung.Mungkin penamatnya bisa meragut harapan setinggi awan rebah ke dasar yang gelap atau akan terus bersinar di langit yang gelap.

Mungkin benar kemurungan yang kunjung tiba ini tanda tewas tetapi ia ada maruah. Pantang mengalah sebelum mencuba. Murungnya diri tanpa teman di samping. Perkara ini selalu berlaku kepada diriku. Aku tahu budak kampung sukar sekali untuk duduk sekali dengan yang berada.

Puak mula wujud untuk memisahkan kesatuan yang wujud tanpa sesiapa membantah.Yang lemah disisihkan dan yang gagah dibiarkan di singgahsana untuk terus bersemayam. Dalam setandan pisang mesti ada yang busuk. musuh bukannya buruk dan sahabat itu bukan baik. Banyak aku pelajari dari kehidupanku di sekolah berasrama penuh di utara. Ilmu untuk menerobos hati banyakku selami di sini.

Alam ini untuk dihayati dan difahami.Itulah yang aku lakukan di asrama. Aku lebih menjadi pendengar setia. Dalam senyap, banyak perkara dihadam.Mulalah sahabatku memberi gelaran si pemikir agung.Waduh, tidak sesuai dengan diriku yang tidak cukup ilmu di dada.Perbualan diriku dengan guru fizikku menyebabkan diriku mendapat gelaran itu.

“Im,mari sini sekejap.”

“Ada apa cikgu?”

“Cikgu nak tunjukkan sesuatu yang best.Nak tak?”

“Nak.Nak.Cepatlah cikgu.Im dah tak sabar nak tengok ni.”

“Ok.Ok.cikgu nak tunjuk ni.Cuba tengok gambar ni.”

“Gambar apa ni cikgu?”

“Ini gambar struktur molekul air zam-zam yang sudah dibekukan.Cuba tengok gambar yang ini pula.”

“Waa.Hodohnya struktur molekul ini.Yang ni gambar molekul mana?”

“Yang ini molekul air yang dibekukan setelah didengarkan dengan muzik rock.Jauh bezakan strukturnya?”

“Ya.memang jauh bezanya.Sebab apa cikgu tunjukkan gambar ni?”

“Cikgu cuma hendak mengaitkan amalan masyarakat kita pada malam Juamat iaitu meletakkan air ketika bacaan Yassin dijalankan.”

“Apa kaitannya cikgu?”

“Seperti yang kita tahu,molekul-molekul setiap objek bergetar.Bergetar pada kadar yang ditetapkan.Jika kita perhatikan kepada struktur air zam-zam,strukturnya begitu halus dan cantik sekali.Ini disebabkan bacaan doa seluruh umat Islam tertumpu ke Makkah tempat asalnya Air Zam-zam.Doa-doa yang sampai kepadanya berfrekuensi harmoni dengan getaran atom-atom Air Zam-zam.Hasilnya pemecahan ikatan antara molekul berlaku dengan berkesannya.”

“Yang strukturnya didengarkan dengan muzik rock macam mana?”

“Yang ini pula,muzik rock sifatnya keras.Berfrekuensi tinggi.secara tidak langsung memaksa molekul untuk memutuskan ikatan secara paksa.Hasilnya satu struktur yang tidak cantik untuk dipandang.”

“Ooo.begitu rupanya.Baru Im faham.”

“Selain itu,cikgu nak sampaikan perkara lain.Yang tadi itu secara sainstifik.Yang ini secara akidah.Kadang-kala kita sering rungsing dengan pelbagai masalah yang datang.tidak kisah kecil atau besarnya sesuatu masalah itu sudah cukup membuatkan kita gelisah.mengapa tidak kita contohi sifat air.”

“macam mana tu cikgu?”

“Seperti mana kita tahu,air tiada bentuk yang tetap.bentuknya ditentukan oleh bekas yang diisinya.Kalau petak,petaklah ia.Kalau bulat,bulatlah dia.Di sini,cikgu bukan nak mengajar kimia tapi sekadar memberi analogi.Setiap orang duduk dalam suasana yang berbeza.Berbeza acuan.Untuk menjadi bentuk acuan itu,kita perlu berubah mengikut acuan itu.”

“Kiranya kita perlu sesuaikan diri kita dengan persekitaran kita.betul tak cikgu?”

“Betul tu Im.Harus diingat bahawa bukan semua acuan elok diikut.Ada acuan yang akan memakan diri kita.kita akan melekat di acuannya.Susah untuk kita keluar darinya.”

“Baiklah cikgu,kita sambung lagi perbincangan kita nanti.Im ada kelas ni.Karang mengamuk pula Cikgu Zainudin.Dia cukup pantang orang yang datang lambat ke kelasnya.Terima kasih cikgu berkongsi info dengan saya.”

“Sama-sama Im.Cikgu sekadar berkongsi ilmu di dada.Ilmu yang dikongsi akan bertambah dan akan berkurang jika tidak dikongsikan.Dah.pergi kelas tu.”

“Ok.Ok.Assalamualaikum cikgu.”

“Waalaikumsalam.”

Cikgu Jamil,insan yang banyak membuka mindaku di sekolah dahulu.Di manakah dirimu sekarang? Anak muridmu ini sangat merinduimu.Rindukan kepada perbincangan ilmiah yang membuka minda.Diriku kini sudah tenang.Setenang air yang mengalir perlahan di taman.