berada di persimpangan

sejak akhir-akhir ini,saya mula dilanda seribu satu rasa.persoalan masa depan,persahabatan dan macam-macam lagi.Persoalan-persoalan seperti ini selalu sahaja hampir memadamkan semangat saya untuk terus menulis.maaf jika saya beremosi ketika ini.

sekarang,saya rasakan daya tolakan untuk saya terus menulis makin perlahan.saya tidak tahu puncanya.Untuk mencari puncanya jauh sekali menemui permulaannya.adakah blog ini akan berkubur ketika usianya baru 1 tahun 5 bulan?

Adakah perasaan sedih yang menumpulkan penulisan saya?Maklumlah ramai sahabat saya sudah hampir menamatkan pengajian.detik-detik bersama makin suntuk.Tawa mesra sudah sebati.Susah senang sudah mengerti.ketika skrol sudah di tangan dan perkerjaan melambai-lambai untuk dipeluk mesra,saya hanya terpencil di sini.

adakah blog ini akan terus menerima coretan daripada saya kelak?persoalan tentang hati dan blog akan bersama menongkah alam maya ini tidak ada jawapan pasti untuk ditentukan.sayu rasanya untuk melafaznya bahawa blog ini akan berada dalam mode hibernasi.Hibernasi mencari kembali hala tuju kehidupan.ruangan diariku adalah perjalanan hidup saya seharian yang dicatatkan di twitter. bolehlah ikuti saya di sana twitter

Selamat tinggal sahabatku,blog.saya akan merinduimu.

22
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari luahan notis
DISCUSSION 10 Comments

satu langkah kecil

Kita sudah meyambut dua tahun baru sama ada hijrah dan gregorian.sedar atau tidak sudah meningkat satu tahun dan semakin hampirnya hidup kita dengan kematian.Cukupkah amalan untuk menghadapinya? jadikan soalan ini sebagai muhasabah diri dalam beribadat. Read more…

04
Jan 2009
POSTED BY admin
POSTED IN notis
DISCUSSION 3 Comments
TAGS

Hanya Dia yang tahu.

Simpulan kekusutan sudah terlerai. kebebasan sudah digapai.Urusan yang telah lama terhenti akan disambung semula.Liku-liku kehidupan akan tercoret kembali.pengajaran dan pembelajaran kini menjelma untuk membimbing hala tuju hati dan akal.Luahan adalah pintu pelepasan.Riangnya dihati hanya Dia yang tahu.amanat yang diberi akan dipikul sebaik mungkin.
Kini Dari Hati ke Blog akan aktif kembali dengan adanya sambungan wireless di bilik saya

26
Dec 2008
POSTED BY admin
POSTED IN notis
DISCUSSION 1 Comment
TAGS

pengumuman!!

maaf ya sahabat.Dari hati ke blog agak bersawang sekarang ni..bilik baruku pada semesta ini tiada connection wireless.diriku akan sedaya upaya untuk terus kemaskini laman ini.Seribu keampunan dipohon.

22
Jul 2008
POSTED BY admin
POSTED IN notis
DISCUSSION 2 Comments
TAGS