nampaknya sudah lama saya tidak menulis monologku.buntu sebenarnya nak tulis cerita pendek..tidak boleh nak dikategorikan sebagai cerpen sebab tak cukup syarat.rata-rata yang sampai ke sini mencari dimanalah entri monologku di sini ek..maaf ya blog ini agak kurang mesra dengan pembaca. saya sertakan karya yang pernah saya buat di sini.rupa-rupanya dah banyak saya tulis di monologku..
nafsu
hujan kasih
yang berlalu
lagu alam
diari
anak palestin
surau
air
gelas
mangkuk antik
peperiksaan
pemotong kayu
sayang
masa
persoalan
monologku
2
diteruskan
maaf ya tak ikut susunan..pening mencari dalam arkib.itulah buat kerja berterabur
syukur alhamdulillah,blog ini dah sampai post ke-100.sudah lama saya blogging di sini,sudah hampir 1 tahun 5 bulan.Masih banyak lagi yang perlu saya belajar tentang blog.
jiwa di blog ini selalu je pasang surut.merajuk manja biasalah dalam blogging.Tipu ar kalau tak pernah kering idea nak tulis.saya pun manusia.sedikit recap pasal blog ni.
1.pada asalnya blog ini tempat untuk meletakkan tazkirah,last-last jadi personal blog.macam-macam saya sumbat kat sini.selalu sangat jiwa kacau.
2.kalau free tu bacalah monologku.saja selitkan sedikit mesej dalam cerita pendek.kisah keluarga.(bujang lagi ok)
cukup untuk recap.ita pergi pula kepada wish list saya:
domain dan hosting – nak cari rumah baru untuk blog ni.boleh kasi hias sikit
kamera - nak ada kamera sendiri.gambar sendiri boleh kira dengan jari.bukan jenis fotogenik
laptop – saya ni jenis travel.tak larat weh nak angkut pc.dah la old skoolnya pc.zaman 2000 tu.
motor - nak tukar ekzos motor.bunyinya kalah bunyi enjin motobot.
kalau ada nak derma boleh aja.hehehe..perlu matang untuk terus menulis
tumble upon merupakan salah satu social networking.Ia berbeza dengan google yang perlu “search” tetapi Stumble Upon akan memberikan website yg berkaitan dengan dengan minat kita atau “favourite” seperti science,technology,lifestyle, dan macam-macam lagi.
Mudah sahaja untuk memasang Stumble upon ini.boleh dapatkan toolbarnya di websitenya.kemudian ikuti arahan yang diberikan.arahannya senang sahaja.ia sesuai dengan IE dan Firefox
dalam stumble upon ini,”thumbs up” dan “thumb down” merupakan kata kunci dalam menaikkan traffik ke website.
Thumbs up- baik(pelawat berpuas hati dengan laman kita)
thumbs down – tidak baik(paham-paham sendiri)
baiklah.sebelum kita menjana traffik dari stumble upon,kita perlu submit entri kita ke stumble upon.pada toolbar stumble upon,klik thumbs up.
Sudah submit.persoalannya bagaimana boleh jana traffik?
mudah sahaja,terdapat ramai pengguna stumble upon di luar sana.jika anda submit artikel yang berkualiti dan sesuai dengan selera pengguna, makin mudah pengguna tersebut untuk “stumble” artikel anda.pastikan artikel itu ada bernilai untuk di “thumbs up”
tip-tip untuk menaikkan traffik dari stumble upon:
1. entri yang berkualiti – submit entri terbaik anda
2. perkhidmatan langggan dari email- untuk memudahkan pengguna yang berbeza minat
3.perbaiki kualiti entri-jika sudah submit di stumble.baiki kualiti entri selepas itu untuk menarik minat
4. isi entri – entri yang akan buat orang lain datang buat kali ke-2.entri yg sukar difahami jika dibaca sekali.
5.rekabentuk website – perlu menarik minat
6.komen- komen yang banyak di entri banyak membantu mempengaruhi
7. pertandingan
8.hadiah percuma
9.submit kat stumble lebih banyak- mudah untuk di”stumble”.kebarangkalian yang tinggi
selebihnya.boleh tanya pakcik google.
kemaskini
kisah monologku akan disambung semula dalam masa terdekat ini.Rata-rata kisah monologku lebih banyak luahan perasaan diri saya sebenarnya.kiranya memang kisah benar yang telah diubah jalan ceritanya.Maaf sekiranya saya terlalu formal di sini.saya mahu mengelak dari mengguna bahasa SMS di blog ini.Semua itu hanya di entri saya.Di petak komen boleh sahaja.
Waduh-waduh.sukar sekali saya mahu jadi formal sebenarnya.Saya cuba untuk meyambung usaha yang dibuat di Tawel sensei yang memulakan misi mengetengahkan penggunaan tatabahasa di blog atau bagi beliau “sila guna tajwid yang sesuai ketika membalas”.Mungkin selepas ini saya akan cuba menjadi lebih santai dalam memcoret di sini.
Huh!sekarang ini masih banyak perkara perlu diselesaikan.kuliah sudah bermula,tugasan perlu disiapkan,dan bermacam-macam lagi mula menyesak hari-hari akan datang di kampus.
berbunga-bunga?
hati saya jelas berbunga-bunga kegembiraan di saat ini kerana bro Azhar sudah kembali aktif.saya begitu rindukan karya-karyanya yang mencuit hati dan sarat dengan mesej.