erm.. sedapnya

Perkara yang sedap yang kita nikmati sekarang adalah hasil penat lelah kita dahulu.   Bak kata orang dulu-dulu “kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya”

Peribahasa di atas selalu sahaja makan dalam kepada diri ini. Saya ni jenis ada tekanan baru ada idea.  Terlalu banyak masa lapang jawabnya mengulor la. memang tak produktif langsung. Haha.

Keadaan yang kritikal dan tenat selalu sahaja membuahkan idea-idea bernas.  Pernahkah anda dengar kitab-kitab termasyur ditulis di disko? Jawapannya tidak. Rata-ratanya lahir di penjara sebagai contoh As Syahid Sayyid Qutb menyiapkan tafsir Fi Zilalil Qur’an dalam penjara dan Al-marhum Bapa Hamka juga menyiapkan tafsir Al Azhar dipenjara.

Oleh itu, rezeki yang kita perolehi dari penat lelah dan titik peluh kita sendiri begitu manis sekali seperti orang yang berpuasa kepingin air sejuk.  Air sejuk perkara biasa sahaja jika tidak berpuasa. Ia terbalik apabila berpuasa. Air sejuk itulah diterkam dahulu ketika buka puasa. Puasnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Seorang lelaki yang terpaksa mengharung pelbagai dugaan untuk membina Baitul Muslim akan menghargai dan menyayangi pasangannya itu sebaik-baiknya. Almaklumlah macam-macam syarat sudah dikenakan untuk dimiliki takkanlah hendak lepaskan begitu sahaja.

Pekerja yang sabar dengan leteran bossnya akan merasa sedapnya apabila bossnya lembut hati dengan kelakuan pekerjanya lalu menaikkan gajinya. Ermm.. Sedapnya.

Apa yang penting ilah kebaikan yang kita peroleh daripada rezeki yang diberi Allah S.W.T Apa yang penting ialah sumbangan yang boleh kita berikan melalui rezeki tersebut. Dan apa yang lebih penting, rezeki yang kita peroleh melalui usaha gigih lebih tinggi nilainya di sisi Allah S.W.T

Ermmm…. Sedapnya.

 

12
Mar 2012
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 0 Comments

hotline 24 hours

hidup kita selalu sahaja ada turun dan naik. Ada masa kita gembira ala kanak-kanak ribena malah ada juga masa masam mencuka kalah cuka getah. Dalam keadaan yang sukar, kita selalu sahaja mencari sahabat karib untuk meluahkan perasaan. Mulalah ada sesi curhat (curahan hati) atau sembang-sembang bantal. Sahabat kita itu bukannya 24 jam ada bersama kita jadi, bagaimana hendak mengadu?

Tanpa kita sedari, sudah tersedia talian kecemasan atau hotline untuk dihubungi. Percuma sahaja. Talian terus tanpa operator iaitu berdoa kepada Allah. 24 hours. Jadikan Allah tempat mengadu dan meluahkan perasaan. InsyaAllah tenang di hati.

Andai ada sebarang masalah yang buntu untuk diselesaikan, ambik wudhuk dan solat sunat dua rukaat. Hati gundah gulana? qiam la di malam hari. Menangislah semahunya dalam sujudmu. ketahuilah setiap titis air mata penyesalan atas dosa-dosa lalu maka diharamkan keatasnya api neraka.

Layan sebentar video di bawah ya. semoga liriknya menyentuh hatimu.

Ungu – para pencarimu

liriknya..

menajalani hitam putih hidupku
membuatku mengerti arti hadirmu
dalam setiap langkah2 ku berarti
melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
membuatku mengerti hanyalah padamu
kukembali…

ku bersujud kepadamu memohon ampunanmu
adakah jalan untukku tuk kembali padamu

REFF :

akulah para pencarimu ya Allah
akulah yang merindukanmu ya robi
tunjukanku jalan yang lurus
tuk tetapkan langkahku

akulah para pencarimu ya Allah
akulah yang merindukanmu ya robi
hanya di tanganmu ya allah
tempat kupasrahkan hidupku

09
Feb 2012
POSTED BY admin
DISCUSSION 0 Comments

hutang

hidup kita sering ada pasang-surutnya. susah senang kita yang menanggungnya dan lebih manis jika ada yang sudi berkongsi dengan kita. Dalam hidup ini, kita selalu berhutang pelbagai perkara seperti budi dan wang.

Hutang. perkataan yang amat digeruni sekarang. Hutang yang paling digeruni ialah berhutang dengan Ah Long.Ramai orang ingin bebas dari hutang supaya hidup mereka aman damai. Maka mereka pun bekerja keras melangsaikan hutang tersebut.

Macam biasa apabila orang mahu berhutang dengan kita, kita sering berat hati untuk memberinya lantas memberi pelbagai alasan. Sebenarnya kita terlepas salah satu pintu rahmat yang diberi Allah. Orang yang memberi hutang kepada orang lain akan menerima pahala pada setiap hari sehingga hutangnya dilangsaikan oleh penghutang tersebut. Jika penghutang itu gagal untuk membayar dan kita memberi peluang kedua kepadanya, maka pahala yang diberikan kepada kita adalah 2 kali ganda jumlah hutang yang diberi.

Sekadar berkongsi

25
Oct 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog islamic
DISCUSSION 2 Comments

Riwayatku sebagai Air


Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku
Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada
Lalu sama seperti yang biasa

Tetapi kerana aku seperti air
Aku memilih untuk terus sebagai air
Mengalir tidak pernah berhentiMelimpah,
menyerap, menghakis, menembus
Memenuh setiap ruang yang kosong

Tanah tandus dan benih kering Kucurahkan subur
agar muncul tunas
Yang pucuknya nanti mahkota rendang
Tempat berteduh di dataran gersang

Kerana aku seperti air
Aku boleh mencari alur pendek
untuk meringkaskan perjalananku
Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang
Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa
Read more…

02
Jun 2010
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 1 Comment

edisi jumaat – memberi dan menerima

Orang memberi kita merasa.Indahnya jika kita dapat membantu orang lain.Kebanyakan orang sukar sekali untuk membantu yang memerlukan.Sebenarnya semua ini terletak kepada hati kita.Kalaulah hati itu sudah segelap angkasa,sukar sekali seseorang itu mahu membantu.

Senang untuk menerima dan sukar untuk memberi.Cuba kita perhatikan ketika tabung derma di masjid ketika solat jumaat,Syling dan wang warna biru yang banyak terisi.Ke mana perginya wang warna unggu?Andai ada konsert yang meletup di ibukota sanggup berhutang untuk pergi.

Dalam kehidupan kita,kita tidak sedari yang kita banyak menerima dari memberi.kita selalu tutup hati kita untuk membantu.Pelbagai cemuhan dilontar ketika seseorang itu datang mengetuk pintu rumah kita untuk mengharapkan secebis harapan.

Sedang kita asyik di sofa empuk di ruang tamu,ingatlah ada saudara kita yang perutnya masih lagi tidak terisi sejak pagi lagi dalam kesejukan yang hanya dilapisi sehelai pakaian yang entah bila akan ditukar baru.Makian dan prasangka sering kita lontarkan kepada mereka ketika melalui lorong-lorong yang mereka mengemis secebis harapan.Berilah sedikit harapan kepada mereka untuk terus hidup.

Jadilah orang yang hidupnya untuk memberi sebanyak yang mungkin bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.

03
Apr 2009
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 2 Comments

Edisi jumaat – dengki

Huru-haranya dunia ini disebabkan satu perasaan iaitu hasad dengki.Pantang sahaja jika ada lebih daripada kita mulalah dengki.Letak pasir dalam periuk nasi orang lain sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita hatta yang sudah celik akalnya.

Hasad dengki boleh dibahagikan kepada 3 tahap.

1.doa hilang nikmat orang lain dan nikmat itu dapat dekat kita
-ini dengki first class.mementingkan diri betul orang ini
2. doa orang itu hilang nikmat
-dengki tahap second class.pantang ada orang lebih daripada dia
3. situasi sama dengan pendengki
-dengki tahap ekonomi.nak sama rata.

Anda tergolong dalam golongan mana?

20
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 2 Comments

Valentine?

Hari berkasih sayang?wajarkah ia wujud?

Jika dihitung setahun ada 365 hari.Jika 14 februari hari kasih sayang bagaimana dengan baki hari yang selebihnya?Untuk memusuhi orang lain?Bagi saya valentine tidak patut untuk disambut.Pelbagai kisah yang terselindung disebaliknya.

rata-ratanya sudah tahu hukum meraikannya akan tetapi hanya buat-buat tidak tahu.Pelbagai versi saya dapat mengenai valentine ini.Banyak blog sudah menghuraikan topik ini.punca dari sambutan valentine iaitu ialah rasa cinta.cinta itu luas maksudnya.

saya ambil sedikit dari sahabat saya fairuz

Dalam Islam, sudah di gariskan bagaimana cinta yang dianjurkan oleh ALLAH swt. Cinta yang di sebut dalam Rasulullah saw, : tidak sempurna iman seseorang apabila cintanya kepada ALLAH dan Rasul mengatasi segala-galanya. Bagaimana mahu bercinta dengan ALLAH yang sifatnya kita tidak boleh lihat??

Kadang-kadang apa yang kita lihat tidaklah sebenarnya. Pandangan mata selalu menipu.Dalam asyik bercinta ini, kita pasti merasakan si dia sudah cukup sempurna di hadapan kita. Tiada cacat celanya. Kita melihat dia sudah lengkap segala-galanya. Tetapi hakikatnya tidaklah sebegitu. Kita manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing. Ketika itu ( berumah tangga ) barulah kita kenal siapa pasangan kita sebenarnya.

maaf semua.saya tidak mahir untuk mengupas tajuk ini.lebih sesuai tanya pakcik google.pastikan sumber benar ya

14
Feb 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 3 Comments

edisi jumaat – tetapkan hati

seringkali orang bertanya bagaimana hendak khusyuk di dalam solat.Pelbagai jawapan diberi,ada yang meyatakan sekian dan yang lain berbeza kaedahnya.Tidak ramai yang berjaya sampai ke tahap ini.
sedikit perkongsian dari saya:

1.Fahami makna bacaan – seperti mana kita membaca buku,kita tahu apa yang kita baca.Bayangkan kita baca dalam bahasa lain,kemanisan membaca itu tiada.

2.berhenti sebentar – itu sebab dimasukkan berhenti sebentar antara rukun.bagaimana hendak tenang jika degupan jantung mengalahkan enjin kapal terbang.

3.lapangkan dada – ketenangan perlu dalam mencapai khusyuk.Jika lapar,makan dahulu andaikata makanan sudah terhidang.Rasionalnya,untuk mengelakkan diri dari membayangkan makanan ketika solat.contoh sahaja.

Perlukah duduk di tempat gelap?Sunyi tanpa bunyi?

khusyuknya seseorang itu apabila jasadnya diam seolah-olah mengerti apa yang dilakukan.Orang yang mencapai kekhusyukan di dalam jiwa adalah setenang-tenangnya hamba-Nya.

Sekadar peringatan kepada diri

06
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 5 Comments

Edisi jumaat-Diriku dan dirimu

Ada dua orang sahabat berbicara di wakaf.

Andai diberi peluang ketika di liang lahad untuk satu permintaan,apa yang engkau mahukan?

Bagiku,aku hendak kuburku penuh dengan buku.tidak terbuang masaku dengan membaca.Engkau pula?

Aku?jika diberi peluang aku ingin diberi izin untuk melawat jiran-jiranku?

Untuk apa?

Aku ingin membantu mereka kerana aku ingin menambah pahalaku.Bagiku,jika ada ilmu sebanyak air laut sekalipun jika tidak dapat membantu orang lain tiada gunanya.Aku tidak mahu dipersoal oleh Allah mengapa engkau tidak mahu menolong si polan dan si polan ini?

23
Jan 2009
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 7 Comments

Kebenaran dan kehidupan(edisi jumaat)

Dari kecil kita berkejaran dengan ilmu.Dari mengenal alif,ba,ta hinggalah hampir ke liang lahad. Kalimah tauhid disematkan ketika kecil.Begitu utuh sekali akarnya mencengkam jiwa.Dalam membuka pintu tanggungjawab,kalimah itu hampir hilang cengkaman.

kita mula sibuk dengan urusan seharian sehinggakan benda yang paling penting hilang dari diri kita iaitu makna hidup.Apa tujuan kita dicipta?Andai kita sudah dibentangkan buku amalan,barulah kita sedar tidak banyak yang kita lakukan sepanjang hayat kita.”ini sahaja yang aku lakukan di dunia?Alangkah ruginya aku”Keluhan sudah terlambat ketika itu.

Ilmu yang dicari adalah mencari kebenaran.Adakah ilmu itu benar isi kandungan dia?Mencarinya begitu sukar sekali.Mata sudah kabur akibat pelbagai pelakuan menutup pintu hati.Al-Quran dan sunnah sudah benar.Mengapa perlu dipertikaikan?Layakkah alasan itu untuk dibentangkan di depan Allah?Fikirkan dalam-dalam apabila hendak melakukan sesuatu.Renungkan.

16
Jan 2009
POSTED BY admin
POSTED IN islamic
DISCUSSION 3 Comments