kalau gaduh, nak buat apa?
kadang-kala ada orang bergaduh sampai ke liang lahad masih ada dendam kesumatnya. biasanya dendam kesumat yang mencengkam jiwa asalnya benda-benda yang kecil yang sangat remeh-temeh. dalam mana-mana cerita yang dicipta pasti ada unsur ini dalam menyedapkan cerita.
jiran sebelah main tikam belakang, kekasih main kayu tiga, sahabat baik memfitnah kita dan macam-macam lagi ragam manusia. apabila sudah dikaburi rasa marah yang melampau, mulalah macam-macam terjadi. biasanya jalan penyelesaian yang ganas akan diambil seperti bunuh,rogol,bakar dan macam lagi yang tak disangka oleh akal manusia.
alam sendiri sudah menyediakan jawapannya, cuma kita sahaja yang tidak mahu melihatnya dan memahaminya. ambilllah contoh pokok buluh. pokok buluh boleh melentur dalam angin yang kencang. lihat, kelembutan mengatasi keganasan. cuba kita aplikasikannya dalam kehidupan kita.
Read more…

