1 januari

1 januari

Penuh makna kali ini. Biasanya orang sambut ulangtahun kelahiran dengan jamuan atau keluar bersama menikmati cahaya bunga api dan konsert yang membuai jiwa yang kesepian. Kali ini, ia berbeza buatku. Aku terjun ke lautan manusia bersama rakan-rakanku mendekati mereka.

tanpa kita sedari di saat countdown berlabuhnya setiap tahun, ramai anak-anak bangsa kita musnah. Di saat bunga api dilepaskan, tangan yang durjana pantas mencari peluang. Mangsa sudah lama terpukau. lahirlah anak-anak pemusnah masa hadapan. matanya celik tetapi hatinya buta.

Aku tahu saat ulangtahun kelahiran kali ini suram buat orang lain jika berada di tempatku sekarang. Kali ini, hati ini tenang. Sudah lamaku dambakan ketenangan ini. Seoga perbuatan kecilku ini diterima-Nya.

Sudah 23. uban dah naik. moga umur yang berbaki ini diberkati-NYA

01
Jan 2010
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

, ,

kenduri,kad matrik,infomalaya

kenduri

Dengan cuaca yang suam-suam kuku,saya memecut pergi ke rumah mak angkat saya di Padang Serai.Kenduri bermula pukul 12 tengah hari tetapi disebabkan saya ada kerja (guru tuition).Syukur alhamdulillah sempat datang.Cuaca ketika sampai memang gelap-gelita.

Kad matrik

Dalam sibuk mengejar solat maghrib disebabkan baru pulang dari kenduri,kad matrik terjatuh di atas jalan raya dan hendak dijadikan lebih tragik,sebuah lori menggeleknya.Melayanglah 60 ringgit dengan musnahnya kad itu.(Waaaaaa..tengah gawat)

infomalaya

terasa sedih kerana siarannya tergendala.Soal itu,biarlah krew di sana yang tahu.

01
Aug 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 4 Comments

santai – carwash

sudah 2 bulan aku merayau di penang.inilah kalau kerja 2 kali seminggu,hujung minggu kerjanya.Balik je ke rumah,jiran tanya

bila konvo?

huhuhu,memang pedas sekali soalan itu.Aku ini memang lambat sedikit daripada orang lain.Tadi baru je lepas dinner di carwash.Akak yang ambil pesanan tu pun sama tanya soalan sama.

Bila konvo?Boleh akak kasi bunga time konvo.

Lambat lagi kak.2010 nanti.Jawabku

Kecewanya,nampaknya bunga tu layu dulu.

Seperti kebetulan sahaja timingnya.

jodoh

hujung minggu lepas sempat juga aku balik menjengah Old Boys Weekend kat sekolah lama aku.Cadang hendak jumpa cikgu-cikgu yang tersayang tetapi hampa kerana banyak cikgu yang telah ditukarkan.Sebak rasanya.Hal emosi ini tolak ke tepi dahulu,ada perkara yang lebih penting daripada itu.

Rindu yang lara itu terubat sedikit dengan kehadiran beberapa cikgu-cikgu lama.Soalan pertama ditanya:

Bila mau nak kahwin?

Waduh-waduh,soalan yang tajam sekali.Bukan apa ia sudah lumrah pemuda-pemuda yang berusia 20 an ke atas ditanya sebegitu.Dua orang sahabat sekolahku sudah bertunang menyebabkan pandangan itu menjalar dengan pantas semasa penjumpaan semula.

Entah bila diri ini mahu ketemu pelengkap diri.hehehe

01
Jul 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 1 Comment

kehidupan

menulis memang perlukan inspirasi.Tidak kira kehidupan,IT,website dan macam-macam lagi.Minggu lepas memang sibuk dengan pelbagai tugasan.Itulah padah kalau buat last minit.saya ni bukannya jenis boleh siapkan awal.Perlukan tekanan dalam membuat kerja.susahkan kalau sudah terbiasa dengan tekanan.Datang banyak mana masalah masih boleh lagi duduk bersahaja layan drama.

hujung minggu lepas,sayalayan balik koleksi drama lama dalam simpanan.Densha otoko.Drama yang popular time 2005.saya lebih suka layan drama jepun dari drma yang lain.Penuh mesej dan kreatif tak macam drama yang tengah popular seperti genre cinta.Sudah boleh agak jalan ceritanya.Si A dengan si B.Selepas tu,datang si C kacau daun.Yang si B ni ada trauma dengan si C dan … Sila buat huraian masing-masing

Densha otoko banyak bawa mesej.Drama yang menyentuh perasaan saya selain 1 litre of tears.Rupa paras kadangkala menjadi kayu ukur bagi sesetengah sesorang.Dalam drama ini,seorang otaku atau peminat anime dan figura jatuh cinta dengan seorang wanita yang berbeza perwatakan.Jalan cerita banyak berkisar kepada kepada persoalan ini.Ternyata sekali rupa paras itu ditolak ketepi dalam cerita ini.

Dalam menempuh kesusahan yag dihadapi jangan sangka ita berseorangan kerana masih ada orang yang ambil berat pasal kita.Samalah juga seperti menulis blog.sesetengah orang menganggap menulis mengenai diri sendiri di dalam blog merupakan membuang masa dan membuka pekung sendiri.Memanglah blog peribadi macam blog saya ini tidak ramai pelawat dan komen,itu saya tidak kisah.

Semua yang dilepaskan ke sini adakalanya terlepas dari tapisan.Mungkin ada yang tersinggung perasaan.Itu lebih baik dari saya tikam dari belakang.Tentu sakitkan kena tikam dari belakang.Macam di atas kita bukan berseorangan.Itu antara mesej yang ada dalam densha otoko.Jatuh bangun kita dalam kehidupan tidak semestinya berseorangan, ada yang sudi memberi pertolongan.itulah gunanya kawan.Tidak kiralah baik atau buruk.Yang baik tidak semestinya kawan dan yang buruk tidak semestinya musuh.

Ambil masa duduk berfikir tentang kehidupan.Jangan menutup semua deria tentang kehidupan yang disebabkan masa lalu. terang dan gelap seiring dan sejalan di jalan kehidupan.cukuplah saya luahkan buat kali ini.Nampak sangat saya tiada ilham untuk menulis.Mohon permisi.

30
Mar 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 2 Comments

Arghh!!

hujung minggu ni terasa kosong sangat.nak keluar,tak tahu nak pergi mana.Member yang lain entah ke mana.Adeh…boring sangat.Twitter pula tidak rancak.kerancakan tak dirasai.Segala perancangan terbantut.

Buka YM,tak ada orang nak YM.Nampak sangat saya ni tak popular.surf internet pulak,habis semua website dan blog yang saya bookmark habis saya baca.

Baru-baru ni saya ada join medical case study.nak cari duit lebih.dah pasang planning nak buat apa dengan duit tu last-last,saya juga kecewa.BMI tak lepas.saya terlebih “sihat”.Adeh..

bukan rezeki saya.Kini saya dalam proses untuk menurunkan berat badan.target 7 kg dalam masa sebulan.Optimis betul saya.

Tengah boring ni, saya asyik layan album sheila on 7 – menentukan arah.konsep mereka sudah berubah kepada pop.huhuhu..sesuai untuk yang sedang hangat merancang ke jinjang pelamin.Sebut pasal ni,rata-rata keyword yang datang ke blog ni adalah mencari pasangan.memang power betul artikel dari DR FADILAH KAMSAH ni.

Lagi 2 post nak sampai 100..hehehe.cukuplah saya merapu malam ni.Ah…lega..hilang sikit bosan.

28
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 6 Comments

kembali,perbaiki,pindah

salam semua..

kembali
sebenarnya kena “writer block” sindrom..isi tengah banyak nak tulis,last-last tersadai dalam notepad.Terima kasih semua yang menjenguk ke blog ini.saya tahu agak bersepah sikit.Entah mengapa mudah sangat hilang tumpuan untuk berblog.

Dalam “merajuk” kat blog ni,mulalah angau dengan dia.ketagih nak tulis entri baru.En megat kata kalau ada domain lagilah angau.

Nampaknya jiwa dan blog saya mula nak bersatu.Hahaha.jiwang pula.Bro Azman kata saya sudah berpunya.Saya ni masih lagi terbuka untuk sesiapa sahaja and I’m not gay okay..kalau ada tu silalah tweet.

baiki
masih lagi mencari stail menulis.nak cari kelainan last-last dapat isi yang paling penting “jadi diri sendiri”.Susah juga nak menulis ni.Jiwa mau ada.baru ada kesan.saya cuba nak masukkan jiwa dalam penulisan,masih lagi belum sama frekuensinya.Isi ada,jiwa pula hilang.mau kasi ngam pun susah.

pindah
pindah?jangan terkejut.saya tengah nak kumpul wang untuk beli hosting.rasa tak best kalau asyik menumpang.isu ni sudah banyak dibincangkan oleh otai-otai blogger.mungkin bukan dalam masa terdekat ni.Sebulan PaMa bagi RM200 sebulan je.PTPTN dah kena potong.Saya ni bukannya pandai sangat.kena extend lagi tu.Genetik Einstein tak terserap..hehehe

Mungkin nanti,nak buat contest cari nama domain yang best untuk rumah baru untuk blog ni.Ok tak?Hadiahnya nanti saya fikirkan.Kalau nak jadi donator lagi bagus.Gurau je.Saya ni bukanlah popular sangat.Hanya watak kecil je kat dunia blog malaysia..hahaha.emo pulak masa ni.Doa-doakanlah tak kena sindrom ni lagi.

Panjang betul entri ni.yang ni memang ikhlas dar hati.Dah namanya dari hati ke blog.Thanks semua yang datang sini ya.

25
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 12 Comments

berada di persimpangan

sejak akhir-akhir ini,saya mula dilanda seribu satu rasa.persoalan masa depan,persahabatan dan macam-macam lagi.Persoalan-persoalan seperti ini selalu sahaja hampir memadamkan semangat saya untuk terus menulis.maaf jika saya beremosi ketika ini.

sekarang,saya rasakan daya tolakan untuk saya terus menulis makin perlahan.saya tidak tahu puncanya.Untuk mencari puncanya jauh sekali menemui permulaannya.adakah blog ini akan berkubur ketika usianya baru 1 tahun 5 bulan?

Adakah perasaan sedih yang menumpulkan penulisan saya?Maklumlah ramai sahabat saya sudah hampir menamatkan pengajian.detik-detik bersama makin suntuk.Tawa mesra sudah sebati.Susah senang sudah mengerti.ketika skrol sudah di tangan dan perkerjaan melambai-lambai untuk dipeluk mesra,saya hanya terpencil di sini.

adakah blog ini akan terus menerima coretan daripada saya kelak?persoalan tentang hati dan blog akan bersama menongkah alam maya ini tidak ada jawapan pasti untuk ditentukan.sayu rasanya untuk melafaznya bahawa blog ini akan berada dalam mode hibernasi.Hibernasi mencari kembali hala tuju kehidupan.ruangan diariku adalah perjalanan hidup saya seharian yang dicatatkan di twitter. bolehlah ikuti saya di sana twitter

Selamat tinggal sahabatku,blog.saya akan merinduimu.

22
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari luahan notis
DISCUSSION 10 Comments

Penjual besi

Seperti biasa tengah hari di Kak Nor.sedang asyik makan nasi goreng ayam,Kak Nor datang.

Haih.dari 5 dozen jadi secekak je.

Apa dia Kak Nor?

Sudu Kak Nor banyak hilang.

Budak kot yang ambil sudu Kak Nor.

bukan.rasanya “Bapak budak”

Kak Nor je ke yang kena?

Ibu,Hooi pun kena.

Kena pasang cctv nampaknya.

sudah terdesak sangat sampai sanggup curi sudu jual kat keling botol untuk sesuap nasi?

15
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 4 Comments

kekejaman di waktu pagi

Angin pagi yang dingin sekali
rugi sekali yang tidur meninggi hari,
Sedang asyik mata ke jalan tar,dub!
Bunyi seperti nangka busuk jatuh.
Rupa-rupanya gadis ayu terlanggar Satria,
Satria tiada apa-apa,gadis ayu sudah sudah berdebar,
Adakah satu kebetulan?
Pak Guard tersengih melihat mereka,
Puas menyeksa kala masa suntuk

Satu kemalangan di waktu pagi.Mengapalah Pak guard perlu buat sekatan ketika waktu puncak?

11
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 5 Comments

Diam? Ep2

saya:Bang,bagi nasi goreng kampung dengan horlick ais.

Teruna kejut:Nasi goreng biasa,telur dadar,sirap limau dan air kosong satu.

Teruna sempoi:nasi goreng daging merah dan teh o ais.

Teruna emo:kasi nasi goreng kerabu,telur mata dan sirap bandung.

Selepas order makanan,meja kami mula panas dengan topik meja sebelah.teruna kejut dan teruna sempoi tak habis-habis menjeling meja sebelah.Mulalah soalan cepu emas keluar.

teruna emo:Abrar,bila lagi nak cari calon?

saya:Tak ada soalan lain nak tanya.Mak aku bilang jangan
sangkut dengan anak orang karang tak pasal-pasal kahwin awal.Aku juga nak merasa hidup bujang juga.

teruna emo:anak mak la ni.

saya:ye la.takkanlah aku ni anak jin kot.kita kena dengar cakap mak kalau tak, berdosa.

teruna emo:adeh.pedas-pedas.

Teruna kejut dan teruna sempoi masih diam menjeling ke meja sebelah.

saya:Haih.diam je korang berdua.

Teruna sempoi dan teruna kejut:menikmati ciptaan Allah.

saya cuma menggelengkan kepala.

masa makan.

Teruna emo:diam dapat makanan ya Abrar.

saya:menikmati makanan.orang tua-tua kata masa makan diam,karang tercekik.

teruna emo:Uhuk.

Saya:kan aku dah bilang tadi.

selalunya apabila saya balik kampung sebelah mak saya,soalan pasal jodoh seringkali diajukan.Saya lebih suka mejadi pendengar setia masa makan.

10
Feb 2009
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 5 Comments