ketika ini..

26
Mar 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments

santai bersama secawan teh

sudah beberapa hari ini, menjelang sahaja waktu petang hujan. Langit ketika itu tersangatlah gelap. Kilat sabung-menyabung. Seram sejuk dibuatnya. Ini yang membuatkan mahu sahaja pulang ke perak. Rasanya sudah hilang feel untuk meneruskan kehidupan di hutan batu ni.

Setiap hari menempuh rutin yang sama sahaja. Pukul 8 sudah keluar dari rumah ke tempat kerja. sampai tempat kerja sahaja sudah buntu. Hari-hari sama sahaj rutinnya. siap sedia barang untuk ke sekolah dan pulang sahaja dari sekolah perlu mengemas semula barang yang dah dibawa. sejak akhir-akhirnya terasa diri ini mendapat bahu dingin (baca: cold shoulder) dari seseorang di pejabat. Treatment ni menyebabkan feel untuk bekerja makin kosong.

Nasib baik ada intern dan junior di sini yang banyak membantu. Terisi sedikit semangat untuk bekerja. Sharp pukul 6.30 mesin punchcard berbunyi. hati ini memang sudah meronta-ronta untuk pulang. Macam biasa berjalan kaki ke stesen Putra Bangsar.

Nasib baik perjalananku ke sana bersama junior boleh juga melepaskan bosan ketika berjalan. Berjalan kaki ini banyak untungnya. Macam-macam boleh lihat. Cuma antara nampak dan tak nampak. Hari ini kami ternampak sebuah rumah mempunyai 3 piring astro. 2 beyond dan satu yang biasa sahaja.Wow. bahaya juga kami ni. Jadi stalker rumah orang.

Lambat atau cepat keluar dari ofis pasti sampai stesen kul 6.54 ptg. ajaib sungguh. Ini kalau ada sniper yang hendap ni komfirm senang kerjanya. tau waktu sekian-sekian mangsanya ada di mana. Tunggu masa yang tepat dan doom. Simpang malaikat 44. Alah apa nak dirisaukan, kami bukan orang penting pun. Sudah-sudah merapu tu.

p/s: effect ubat selsema.

28
Feb 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments

Tersenyumlah hati yang bersedih

Setelah menempuh hujung minggu yang sangat sibuk membuatkan jiwa kita mendahagakan perhatian daripada kita. Ranjau-ranjau kehidupan seringkali menewaskan semangat juang kita. Jatuhnya semangat hidup seperti kaca yang terhempas ke bumi. Kita cuba bangun dan berdiri dengan kekuatan yang tetapi tidak berdaya. Di sinilah ayat-ayat cintaNya membantu dan menguatkan kita.

Mari kita bersantai dengan vdeo di bawah.

p/s: baru sahaja kemalangan semalam. alhamdulillah tiada kecederaan yang serius cuma sengal-sengal badan

22
Feb 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments

perjalananku dalam dunia blog

Permulaan.

Sebenarnya saya sudah mula mencatatkan luahan perasaan dan pandangan di dunia maya sudah lama. Agak-agaknya sudah 4 tahun menulis di blog. Blog ini sudah melalui 2 generasi iaitu dari hati ke blog dan yang versi sekarang iaitu hati dan blog – mungkinkah bersama? . Blog pertama bersama dengan blogmas. Ketika mula menulis di sana, saya lebih banyak beremosi maklumlah masih muda remaja.

Dari hati ke blog.

Banyak kenangan manis di sana. ketika itu dunia blog masih aman dan rukun. masing-masing mahu berkongsi bukan berdendam. Ketika itu mula layan teratak nurani oleh bro azhar ahmad, azmanishak.com, megat.net, qaiyum.net dan banyak lagi.

Di blog ini, ada la buat cerita ringkas tajuk dia monolog. kisah monolog tidak sempat nak dihabiskan. di sana, hanya menulis bermusim sahaja. masa di universiti je menulis maklumlah ada internet free.

Banyak kisah suka dan duka ada di sana. Zaman gelap, gembira dan sedih semua ada.

bloghati

Bermula pada tahun 2010. time tu nekad memindahkan dari hati ke blog ke rumah baru. Ia bernaung di bawah fivio. Legasi monolog diubah menjadi paradoks tetapi lost momentum lepas beberapa episod. Writer block. Kini bloghati mula berubah momentumnya. Hati ini sudah disentuhNya. Ia kembali kepada permulaannya iaitu menulis dari hati.

2 minggu yang berlalu ini merupakan perubahan besar kepada bloghati. Entri yang diterbitkan adalah renungan 5 minit buat hati yang kosong. cewah! Agak terskema di situ.

Siapa sangka blog picisan ini masih ada orang membacanya. Terima kasih ya yang sudi memberi komen di sini.

19
Feb 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 1 Comment

sebentar

rentak hidup yang semakin pantas membuatkan jiwa ini hilang serinya. selalu sahaja dirundum jalan mati. moga-moga datangnya ramadhan ini mengubat semula kesuraman ini.

03
Aug 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

,

geram

sebelum jummat tadi,saja je nak survey harga kat satu kedai alat tulis ni.

sedang belek-belek barang.sekali tokey kedai datang.

“You cannot job down the price. You need to buy it.No window shopping here.”

dalam hati dah membuak-buak.saya jawab la

“I’m just surveying the price for my project. I didn’t know that.”

“No surveying the price here.if you don’t want to buy, go to MPH.”

hati dah panas ni.

“Hey auntie,you want to do business or not? what a rude attitude you got there. For your information, you just lost a customer.Bye.”

17
Jun 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

,

jumaat yg hening

semua mesti tertanya-tanyakan mengapa blog ini makin lama makin suram kan? Jawapannya saya sudah mula bekerja. kerja biasa je. tak sehebat engineer,doktor, dan seangkatannya yg bergaji lebih 2.5k ke atas.

Keje saya hanyalah membantu kanak-kanak dalam teknologi melalui lego. Lego? Ya,memang satu pekerjaan yang pelik. start masuk kerja 9.30 pagi dan balik pukul 6.30. tak la berat sangat kerjanya pun. otak je yang penat.

pergi kerja naik putra je. selamat dari hujan dan panas.dalam putra la paling bosan sekali, tak ada geng nak lawan cakap. mulalah nak mood swing. adeh,maklumlah hidup orang yang single.

10
Jun 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

,

saat itu

saat bersama memang cepat berlalu. 7 minggu terasa seperti semalam. pada 24hb februari, saat indah itu di penghujung. selamat tinggal dan air mata berlalu bersama tika masa di hujung.

Sudah adat pertemuan,pasti ada perpisahan. MCMF 12 PJ,mengisi ruang kosong yang sudah lama gelap. Senyuman,sindiran,cheer, dan macam-macam lagi di kelas.

terima kasih kerana mengingatkanku kembali bagaimana indahnya untuk senyum dan ketawa bersama sahabat. terima kasih ya sahabat

saat indah

mcmf 12

3…4…

03
Mar 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

, ,

MCMF 12

blog: mana si hati ni? lama sangat merajuk.

hati: Sori la blog. sibuk dengan MCMF sekarang ni

blog: MCMF? Apa benda tu?

hati: MCMF tu My Career My Future. Sesuai dengan orang yang tanam anggur ni. Hahaha. Lagipun ia under MOHE. pasti dapat keje.

blog: Ooo. bagus-bagus. Nanti jangan lupa belanja Subway Kat PJ tu ek.

hati: Mana tau ada subway Kat PJ?. Stalker ek?

blog: biasa la. orang banyak mata-mata yang memerhati awak tu.

hati: Euwww.. geli I

04
Feb 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

, ,

exam

sibuk menghadapi peperiksaan

16
Apr 2010
POSTED BY admin
POSTED IN diari
DISCUSSION 0 Comments