monologku- yang berlalu

Hari ini begitu nyaman sekali udaranya.dedaunan yang berguguran ke bumi menghiasi suasana taman.Dahan-dahan pohon meliuk dengan hembusan lembut sang bayu seolah-olah menyapaku.Dalam menikmati keindahan alam,hatiku diketuk persoalan.Mie ada di mana?Sunyi sahaja.Biasanya kesunyian ini sudah lama dihalau hilai-tawanya bemain di anjung rumah.pelik.

Mie,buat apa tu?

Tiada jawapan.Lama juga kutunggu akan tetapi tiada sebarang respon.hatiku terus dilanda kebimbangan lantas ke dapur.sebelum sempat kakiku melangkah,ada susuk kecil memelukku dari belakang. Read more…

01
Jan 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 0 Comments

sahabat

sudah lumrah alam sesuatu yang di atas akan jatuh jua ke bumi.Bintang-bintang akan luruh juga apabila sampai masanya.Tiada satu pun terlepas dari berubah kecuali Yang Maha Esa.Akan tiba juga di mana kawan menjadi lawan.Racun berbisa berupa hasad dengki dilempar tanpa mengenal rakan atau lawan.Sesalan dan penderitaan sudah tidak dapat dielakkan.Kepuasan di hati menjadi keutamaan.Mahligai persahabatan hancur berderai ketika dua hati tidak lagi sehaluan.

Sahabat ketika senang ramai sekali.Ketika diri dilanda seribu satu kemelut tiada seorang pun yang datang menghulur bantuan kemanusiaan.Dibiarkan terkapai-kapai lemas dalam lautan masalah.Andai tidak bertegur mulalah mencemuh.Dilemparkan kesombongan ke muka kita.Ketika diri kita senang,dilambungnya kita setinggi langit dan bila kita jatuh ke bumi, dibiarkan kita jatuh ke jurang penuh dengan ranjau. Read more…

13
Nov 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 3 Comments

hati dan zahir

Dalam melihat sesuatu perkara jangan melihatnya dari perspektif yang nyata sahaja.masih banyak lagi perkara yang terselindung dan tersirat.setiap satu perkara kadang-kala adalah kiasan atau simbolik.ada perkara tidak dapat disampaikan dengan sekali lafaz atau tulisan.lain masalah lain caranya.tidak boleh untuk kita hentam sahaja,hidup kita hanya sebentar sahaja.satu saat yang berlalu tidak dapat diundur.detik yang baru sahaja berlalu tidak sama dengan detik-detik yang sekarang dan akan datang.

perasaan seringkali campur tangan dalam keputusan yang selalu kita tentukan.kebarangkalian untuk satu keputusan itu untuk membuahkan hasil yang memuaskan agak tipis sehinggakan menzahirkan kelemahan kita.sudah beberapa tamadun manusia yang tersungkur menyembah bumi akibat terlalu mengikut perasaan.bukan mereka tidak dapat berfikir sendiri akan tetapi mereka meletakkan kewarasan itu di tangga yang entah ke berapa.perasaan itulah yang dijulang dan diagungkan hingga pintu akal tertutup serapat yang mungkin hinggakan zarah rasional gagal tembusi.
Read more…

31
Oct 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 4 Comments

renungan

hidup ini terbahagi kepada 3.semalam,hari ini,dan esok..semua itu sudah ditetapkan..sebagai contohnya anda tidak akan tahu yang akan berlaku beberapa saat kemudian..sama ada malaikat izrail datang menjemput atau masih lagi bernafas..

setiap yang baik pasti ada yang buruk..sama la juga dengan kehidupan ini..hari cerah pati ada redupnya.siang pasti diganti malam.samalah kita manusia.ada saat gembira dan sedih.orang lain melihat orang ukmin ini sebagai yang pelik.nikmat yang diterima disyukuri dan musibah yang datang diterima dengan rela hati..sikap ini seperti membuat minuman manis dari limau yang masam.
hidup kita umpama segelas limau yang masam.andai diletakkan lebih gula hilanglah sifat kemasaman limau dan ia bukan lagi segelas limau tetapi segelas air gula.hidup tanpa derita bukanlah hidup yang sempurna.musibah yang datang melanda itu kadang-kala mematangkan hidup kita.yang manis itu tidak selalu indah dan yang pahit itu tidak semestinya tidak elok.

24
Jun 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 1 Comment
TAGS

jom baca – perjalanan hidup ini

Musim hujan mula melanda pantai timur Semenanjung Malaysia dan kawasan rumah sewa kami ini tidak pula ketinggalan. Namun, alhamdulillah kami masih lagi mampu ke kuliah, satu tanggungjawab utama kami dihantar ke sini, keluar membeli peralatan seharian dan aktiviti rutin yang lain juga tidak terjejas. Segalanya telah di atur oleh Allah s.w.t.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku teringat orang tua di kampung. Lama juga aku tak menjengah mereka. Namun cukuplah aku tahu bahawa mereka berdua sihat sejahtera, kurniaan Allah s.w.t. Aku balik selalu pun takkannya dialu-alukan oleh mereka kerana apa yang mereka mahu aku menumpukan perhatian kepada pelajaran di sini namun jauh di sudut hati, aku tahu mereka gembira dengan kepulanganku walaupun luarannya mereka tidak menunjukkan reaksi sebegitu. Aku bangga menjadi anak kalian ibu bapaku. Walaupun dahulunya aku masih ingat lagi kita sekeluarga ini tidaklah semewah orang lain namun aku bersyukur atas segala-galanya. Kesusahan itulah menyedarkan kita perlunya perubahan dan untuk perubahan perlunya ada usaha.

Ibu adalah wanita yang paling kukagumi.. masih teringat lagi waktu aku di tingkatan satu.. berkehendakkan sesuatu tapi ayah dengan tegas menghalangku. Membuatkan hati remaja ini memberontak. Namun kata-kata ibu membuatkan aku dengan mudah mengalah. Aku yang masih sedu-sedan menangis serta-merta berhenti dengan pujukan ibu. Ayah pada waktu itu masih lagi mempraktikkan ketegasannya yang di bawa sewaktu dalam pasukan tentera, walaupun pada masa itu beliau telah meninggalkan pasukan itu. Kami adik beradik ini tiada seorang pun yang berani untuk melawan kata-katanya. Kami ini hidup dengan disiplin yang ayah terapkan sejak kecil lagi.

Ibu itu wataknya tidak banyak bercakap. Tidak pula pandai mengambil hati persekitaran. Yang ada hanyalah sikap diri sendiri yang seadanya. Namun entah mengapa nenek menyayangi ibu melebihi menantunya yang lain. Ibu sendiri tidak tahu sehingga ada seseorang memberitahunya selepas kepulangan nenek ke rahmatullah. Terlalu banyak yang nenek luahkan kepada mereka tentang ibu. Patutlah selama ini rumah kami yang sering menjadi kunjungannya walaupun kami ini bukanlah kaya dengan kebendaan untuk di persembahkan kepada nenek. Namun rumah kami ini seperti rumah keduanya. Ibu sendiri tidak tahu mengapa apabila aku selalu bertanyakan perkara ini dahulu.

Akrabnya ibu dengan nenek pastinya menjadi perkataan orang lain. Tapi ibu buat tak dengar je dengan itu semua. Perkara kecil katanya. Banyak lagi benda lain yang nak di buat selain dari mendengar perkataan orang yang tak berfaedah. Dalam pada itu, kesabaran ibu di uji dengan gelombang yang melanda rumahtangganya. Kebahagiaan keluarga kami ini ada serangga perosak rupanya. Ada insan yang mencemburui kebahagiaan kami. Tak pernah di sedari ibu, jiran yang selama ini dianggap rakan baik yang berkongsi cerita dan kegembiraan telah menjadi duri dalam daging. Aku sendiri tidak redha jika ada insan lain selain ibu yang bertakhta di hati ayah. Tidak sama sekali! Dari peristiwa itu, aku telah mendapat satu theory. Betapa dalam hidup ini rupa-rupanya tiada siapa yang boleh di percayai dan adakalanya diri sendiri pun turut sama tertipu.

Read more…

14
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 5 Comments

cinta?

Mungkin ada yang pernah membacanya di mana-mana forum atau blog.sekadar untuk berkongsi

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuahbangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

08
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 16 Comments

jom baca – tulip mekar di Edinburg

Selamat membaca..Layan jiwang pula.hehehe

Sufian duduk di sisi Aina sehingga bahu mereka bersentuhan. Aina tunduk. Rambutnya yang hitam berjuntaian menutupi muka. Angin berlari-lari di padang memaksa dedaun pohon meliuk-liuk menari. Aroma Calvin Klein kegemarannya begitu menusuk hidung. Aina kelihatan ayu berbaju kurung moden berbunga kecil warna hijau pucuk pisang manakala begitu ringkas mengenakan kemeja hitam dan bermuda coklat yang menampakkan susuk badannya yang agak tegap.

“Aina, cuba lihat burung itu,” kata Sufian. Aina mendongak pada seekor burung kecil yang bertenggek di atas sebatang kayu reput di pinggir tasik. “Tadi mereka sama-sama terbang, tapi bila suatu ketika mereka akan berpisah dan membawa hala tuju masing-masing,” kata Sufian dengan penuh makna. Sebatang ranting kecil pohon cemara tempat mereka berteduh jatuh di hujung kasutnya. Tangan kasarnya pantas mencapai, mematah-matahkan ranting kecil itu dan mengeluh perlahan.

“Kalau Aina pergi, Sufian hanya akan bersahabat dengan burung itu sahaja. Lebih baik memilih burung comel itu sebagai teman, manusia tidak setia sepertinya,” kata Sufian perlahan, kemudian menyambung, “Aina, awak mesti ingat, Emily yang bertemankan burung kerana kecewa dengan Afiq kekasihnya sendiri. Aina ingat novel tu?”

Novel yang tiba petang 29 Mei lalu, dibungkus dengan kertas berkilat merah jambu, berikat reben kecil putih dengan ikatan buku sila, kembali terpampang dalam ingatan Aina. Hadiah hari lahirnya yang ke-17. Usia yang masih muda bagi orang zaman siber ini. Aina mengerutkan kening sambil mengusap rambutnya yang meremang ditiup bayu laut. Kata-kata Sufian terus menikam gegendang telinganya. Dia yang faham apa yang tersirat di hati Sufian cuma membatukan dirinya tanpa menjawab walaupun sepatah.

Sufian berdiri lalu menarik nafas dalam-dalam, seperti mengumpulkan seluruh kekuatan dan menenggelamkan segerombolan debar ke dalam lautan perasaannya. “Masa begitu pantas Sufian, dan Aina seakan tidak percaya kita akan berpisah tidak lama lagi.” “Aina tidak pernah menjanjikan apa-apa di dalam hubungan kita, Aina hanya mampu menjanjikan kesetiaan,” janji Aina sambil menahan sebak.

Wajah Sufian sedikit bergelombang apabila mendengar kata-kata Aina, seperti air tasik yang beriak perlahan bila sehelai daun kering menimpanya tapi cepat-cepat ia tenang kembali. Tapi dalam diri ada ombak yang menderu dan menghempas pantai perasaannya. Dan Sufian masih menunggu kata-kata yang jatuh dari bibir Aina. Kata-kata yang memberinya harapan. Akhirnya dia mengeluh dan berkata perlahan. “Aina memberikan harapan tetapi mematikannya dengan diammu,” kata Sufian sambil memusingkan badannya ke arahku. Ah, lima tahun bukannya lama. Lagipun, dalam kehidupan yang serba pantas dan sarat dengan pelbagai agenda ini, waktu beredar bak ribut. Aku faham perasaan Sufian yang tidak sanggup kehilanganku walaupun sesaat kerana aku dan Sufian telah berkenalan sejak tingkatan tiga lagi.

Read more…

01
Apr 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 9 Comments

jom baca

Aku datang dari keluarga yg besar…16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup ” gaya pulang ke pangkal jalan’”…maka adalah yg tak kena sana sini…oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz). Lalu ada yg sound:
“Apahal duduk macam nak berlari ajer….”
“Tak baik lutut tinggi pada makanan..”
“Ni duduk ke nak berak nie..?”

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen…Aku pun basuh
tangan. Nota untuk mua’alaf :
Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang
korang. – Hutang
kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir…ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi. Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk
bulat ke bentuk heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran
mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh…

Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulaksuara2 yg sound:
“Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?”
Aku kata : “Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu
pinggan!!!”

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5… Oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh…Diorang tegur :
“Essh.. pengotor betullah”.
Aku kata : “Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!”
(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman).
“Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!”- tanya diorang pada aku…
“Makan ayam sedap sampai ke kaki….makan sate sedap sampai ke lidi heheheh”- kataku…

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan… Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya :
“Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?”
Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat…bla bla bla..
Aku kata : “Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!”
Aku menyambung : “Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makansajer. Namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa nak makan,niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. ”

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat,ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat,makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku…
“Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik
camne?..cakap terer..”(kata abang aku). Aku kata : “Senang sajer… Mak angkat kedua-dua tangan ke atas..”

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi.. Aku kata: “Lurus mak,tangan mak dua-dua kena lurus… !!!” (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi
dengan rantai emas..)

Aku kata : “Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! “HA HA HA..
(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa.. sehingga
tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he…
Selamat mencuba, ni bukan hadith, ***a pengalaman.

Sumber : http://keretamayat.blogspot.com

Diambil dari asamboi.org

04
Mar 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 12 Comments
TAGS

Mencari pasangan

kita sering tertanya-tanya bilalah diri ini dapat membina mahligai bahagia dengan si dia? Diri kita terus mencari-cari jodoh kita.Seringkali ikatan yang dicipta tidak kekal.Putus tanpa disambung. Pernahkah kita terfikir di mana silap kita?saya sekadar berkongsi artikel dari www.tentangcinta.com mengenai tip-tip mencari jodoh oleh Dato Dr Fadilah Kamsah.Buat renungan bersama. Read more…

03
Mar 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 5 Comments
TAGS

,

sayangilah selagi ada

source from tentangcinta.com

Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat.

Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi
membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya-
bergilir-gilir menjenguknya. Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya
mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya
menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur. Read more…

14
Jan 2008
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 2 Comments
TAGS