dilema anak.

Hari Sabtu memang hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat kipas susah mati drama melayu. Slot cerekarama memang dinantikan. Semua kerja ditinggalkan semata-mata untuk menontonnya hatta supper pun di depan tv. Ish ish apa nak jadi.

Cerita yang dipertontonkan mempunyai auranya tersendiri. Orang yang berhati kering pun boleh menangis hingga habis tisu sekotak. Ah! Lupakan sebentar keadaan di atas.

mari kita lihat mesej-mesej yang disampaikan olehnya. Anak derhaka, kahwin lari, haruan makan anak, dan macam-macam lagi. sedarkah kita yang semua ini berakar umbi dari satu masalah. Ya! Perkara yang selalu kita terlepas pandang iaitu ketaatan.

Seringkali kita dengar, lihat atau mesyuarat tertingkap hal-hal generasi sekarang yang ingin bernikah tetapi terbantut dek kekangan ibu bapa atau mertuanya. Pilihan si anak memang sempurna (orang alim) tetapi ditolak mentah-mentah atas alasan tiada masa hadapan.

Katanya:

kalau kahwin dengan ustaz bukannya boleh kaya. Asyik-asyik itu ini tak boleh, harom, dsb. (tak sanggup untuk menulisnya)

Ketahuilah

“Apabila datang kepadamu orang yang kauredhai agama dan akhlaknya datang untuk meminang wanitamu, maka hendaknya kamu menikahkan orang tersebut dengan wanitamu. Jika tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” -HR Ar-Tirmizi dan Ibnu Majah

hari ini, bukan senang untuk mencari pasangan yang beragama. lagi best kalau dapat full package( kaya dan beragama) maka dapatlah dunia dan akhirat. orang yang banyak hartanya selalunya tidak aman.Ingat! apabila pindah ke batu dua semuanya ditinggalkan melainkan amalmu sahaja.

Ok, berbalik kita ke tajuk di atas. Eceh terskema pula, dilema anak yang selalu terjadi ialah membalas jasa kedua ibubapanya. Apabila si anak terlupa untuk mengirimkan wang ke kampung, mulalah mulut si ibu muncung macam cencaru pulang petang. Wahai ibu, dengarlah rintihan anakmu. Mungkin bulan itu, anakmu kesempitan wang menyelesaikan hutang ptptn yang menimbun atau dikejar mail lambung kerana 3 bulan tak bayar.

Wahai ibu, bersyukurlah andai si anak pulang menziarah. Itu tandanya si anak ingat dengan kelembutan dan kemesraan yang telah ibu berikan dahulu. Insyaallah si anak akan pulang sekiranya pasangannya beragama. Oleh itu ibu, dengarlah dan selamilah hati anakmu ini agar diri ini menjadi anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kesejahteraan dirimu di dunia dan di akhirat.

30
Jan 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 0 Comments

tersentuh

sakit merupakan suatu nikmat yang dilupakan oleh manusia. Mereka beranggapan sakit itu tidak baik. ketahuilah sakit itu pencuci dosa. dalam menahan kesakitan itu, tiada tempat lain untuk kita bergantung harap melainkan-Nya.

Sakit itu merupakan isyarat untuk kita agar kembali mengingati-Nya. Baru-baru ini, penyakit tiga serangkai datang menjengah (batuk,selsema,demam). saya memang tidak tahan dengan batuk jika ia datang. Sakitnya apabila batuk terasa hingga ke abdomen lantas menyebabkan saya sukar untuk berdiri dengan sempurna.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk ke klinik sahaja. Dr. saifuddin sudah maklum dengan keadaan saya. Tidak perlu untuk bercerita panjang, dia memberikan saya MC untuk keesokkan harinya. Dia tahu pekerjaan saya banyak berinteraksi dengan kanak-kanak. Kanak-kanak ini mudah terkena penyakit.

Cuti sehari yang diberikan amat bermakna buat saya. sudah lama saya tidak mendengar tazkirah jumaat di masjid. Biasanya saya sempat mendengar penutupnya sahaja di Masjid Bangsar. Maklumlah saya berseorangan di hari jumaat di pejabat. Staf lain merupakan bukan Islam telah pergi ke sekolah.

Hari jummat bagi saya adalah tidak aman. Saya terpaksa tergesa-gesa walaupun masjidnya hanya 1 minit dari tempat kerja. Saya rindu untuk merasai pergi ke solat jumaat bersama sahabat.

Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, hati saya makin tersentuh untuk kembali ke bulatan gembira (usrah). Melihat sahabat-sahabat lain aktif di bulatan gembira menyebabkan hati ini meronta-ronta untuk berusrah. Ya Allah berikanku kekuatan untuk kembali mendekati-Mu.

Maaf ya, memang ketika ini hati saya mudah sangat tersentuh.

29
Jan 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 1 Comment

hati ini…

ia seringkali memberontak untuk diisi. buntu juga untuk melayannya.

Ia tidak pernah puas dengan apa-apa yang dimiliki. Ia mahu lebih lagi.

semakin dilayan semakin hanyut dibuatnya.

mudah terkena penyakit yang sukar diubati. merananya badan hanya tuhan sahaja yang tahu.

terlalu banyak diberi tetapi tidak dibalas. ia semakin kosong tanpa diisi.

selalu meminta untuk dibelai daan dimanja. Tuannya tidak tahu untuk melaksanakan maka merajuklah ia.

apabila merajuk, satu pekerjaan pun tidak dapat dilaksanakan. air mata datang mencurah-curah bersama kedukaan.

16
Jan 2012
POSTED BY admin
POSTED IN blog diari kehidupan
DISCUSSION 1 Comment
TAGS

teruskan

cinta itu memang indah tetapi sejauh mana kita sanggup memikul tanggungjawab kepada pasangan kita. Saat dilamun cinta umpama di awangan tetapi sakit ketika di bumi waktu ditinggalkan. Sesungguhnya cinta kepada Allah tidak akan putus dan berkekalan. carilah cinta kepada-Nya dan anda akan puas. Cinta sesama manusia pudar bersama masa.

maaf ya mood sedih

01
Oct 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 5 Comments
TAGS

,

bertapa indahnya sahabat

Metallian – Erti Persahabatan

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah… ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala… oohhh

( korus )
Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci… oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa… oohhh

( ulang korus )

06
Mar 2011
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 0 Comments

kejujuran

Usai membaca buku “karipap-karipap cinta” oleh Vovin membuatku banyak berfikir. Walaupun buku itu ringan dan santai gaya bahasanya sudah cukup membuatkan diri kita tersedar dengan perbuatan kita selama ini.

Kita sering fikirkan bahawa kesempurnaan itu sesuatu yang selalu didambakan lantas kita memakai topeng kepalsuan untuk memuaskan permintaan itu. Kesan baik buruk langsung kita lupakan ketika itu. Nah! Di saat tembelang kita pecah, tak cukup alasan yang kita cipta menyelesaikan kebocoran itu.

Sering kali kejujuran ini terbit di saat orang mula memikirkan untuk berpasangan. Kejujuran ini aspek paling utama dalam memilih. Sedar atau tidak, jujurkah kita menerimanya? Mampukah kita berlaku jujur dengannya?

Kejujuran ini luas skopnya bukan setakat dalam soal jodoh malah dalam kehidupan kita. Jujurnya hati kita membuatkan hidup kita terasa aman. orang yang tidak jujur seringkali merasa gundah-gulana kerana sering memikirkan alasan untuk menutup kesalahannya. ia umpama seperti tikus membaiki labu yang tidak pernah selesai.

Adakah anda jujur?

22
Oct 2010
POSTED BY abrar
POSTED IN blog diari kehidupan
DISCUSSION 5 Comments

mukasurat kosong

sudah dua bulan di rumah. masih tiada perubahan. emosi semakin kacau apabila melihat pelbagai persoalan mula diajukan. Kalian semua, saya minta tolong agar diberikan peluang untuk menentukan masa depan saya.

Permintaan pertama, tolonglah jangan banding-bandingkan kejayaan orang lain dengan sahabat sendiri. pedih sangat perbuatan itu. seorang ada kekuatan masing-masing.  semangat yang baru nak tumbuh itu janganlah disimbah dengan racun. biarlah ia tumbuh dengan sempurna dan bukan pra matang.

Permintaan kedua, jodoh. jodoh itu perkara tuhan. jangan ganggu aturannya. cepat atau lambat sudah ditentukan. jangan hendak tergesa-gesa kelak menyesal.

16
Oct 2010
POSTED BY abrar
DISCUSSION 0 Comments

better day

And you asked me what I want this year
and I try to make this kind and clear
just a chance that maybe we’ll find better days
’cause I don’t need boxes wrapped in strings
and designer love and empty things
just a chance that maybe we’ll find better days

So take these words and sing out loud
’cause everyone is forgiven now
’cause tonight’s the night the world begins again

I need some place simple where we could live
and something only you can give
and that’s faith and trust and peace while we’re alive
and the one poor child who saved this world
and there’s ten million more who probably could
if we all just stopped and said a prayer for them

I wish everyone was loved tonight
and somehow stop this endless fight
just a chance that maybe we’ll find better days

30
Jun 2010
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 1 Comment

Dunia-dunia

Setiap orang ada kepercayaan yang tersendiri tentang dunia. Ada yang materialistik,etheis dan macam-macam lagi. Ada kalanya kepercayaan itu datangnya dari sesuatu yang tidak masuk akal seperti kepercayaan orang dulu-dulu.

Ada sesetengah sahaja yang ada kebenarannya. biasalah untuk menegur mestilah penuh berhikmah. Si penegur hendaklah ada ilmu dan pandai menggunakannya. Takut nanti dikondem oleh pesalah nanti. Apa-apa pun layan video di bawah.

Chicken of God – Short Film from Clem Stamation on Vimeo.

Dah tengok, sila komen.

11
Jun 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog diari kehidupan
DISCUSSION 1 Comment

berubahlah

Hidup kita kadang-kala perlu ada perubahan. Setiap hari melakukan perkara yang sama akan menumpulkan akal dan hati. Tidak dinafikan orang yang melakukan kerja yang sama berulang-kali umpama robot yang diprogram.

Orang yang kreatif adalah orang yang berada di luar kotak atau seperti katak di luar perigi. Jelas dan luas lagi permandangannya terhadap dunia. Nikmatilah video di bawah dan selamilah maksudnya. Berubahlah!

Electropolis from Kevin McCullough on Vimeo.

05
Jun 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog diari kehidupan
DISCUSSION 1 Comment