Bunyi pistol pengadil dibunyikan. Para peserta berlari sepantas yang mungkin mengejar garisan penamat yang kaku di tanda 100m.
Masing-masing tidak mempedulikan kiri dan kanan. Segala tenaga dikerah dan diperah sehabis-habisnya. Yang penting jasad ini yang pertama sampai di sana.
……..
Itu yang berlaku di trek. Bagaimana hidup kita?
Adakah kita mahu semuanya pantas? Merasakan 24 jam itu tidak cukup untuk kita?
Sepantas mana kita berlari di dalam kehidupan ini, tidak akan tercapai khudrat kita mengejar peserta di hadapan iaitu masa. Tercungap-cungap kita mengejarnya.
Kita kecewa apabila berlabuhnya siang berganti malam, masih banyak lagi kerja yang belum selesai. Ketahuilah kerja itu tidak pernahnya tamat dan tiada penghujungnya. Kita merasakan kita tewas dengan masa dalam perlumbaan ini. Kita berada nombor dua di belakangnya.
Simpanlah khudratmu itu untuk esok hari. usah jadi hamba kerja.
Luangkan masa untuk dirimu menikmati santapan minda dan rohani di taman-taman syurga ketika malam menjelang. Majlis ilmu merupakan tempat rehatmu mengisi semula semangat yang hampir kosong setelah penat berlumba dengan masa.
Sebanyak mana kesalahan yang telah kita lakukan kepada seseorang itu pohonlah kemaafannya. Kita terasa berat untuk meminta maaf kerana sudah banyak titik hitam di hati kita. Sucikan segala kekotoran yang melekat itu agak mudah urusan kita. Kita tidak mahu penghujung nyawa kita tersangkut akibat dosa silam. Renungkan untaian kata di bawah ini.
“The Rest Of My Life”
I fell asleep last Saturday
Underneath polluted skies
I walked alone on those Jersey nights, and I
Saw the boardwalk start to fall
The emptiness starts to drown
The quiet corners of this town, and I…
Late last night, I made my plans
It was the only thing I felt I could do
Said goodbye, to my best friend
Sometimes there’s no one left to tell you the truth
It’s gonna kill me… The rest of my life
Let me apologize while I’m still alive
I know it’s time to face all of my past mistakes
It’s gonna kill me for the rest of my life
This is my all time low
Somehow it feels so familiar
Somehow it seems so familiar
I feel like letting go
And every second that goes by
I’m screaming out for a second try
Said goodbye, to my best friend
Sometimes there’s no one left to tell me the truth
It’s gonna kill me… The rest of my life
Let me apologize while I’m still alive
I know it’s time to face all of my past mistakes
I’ve got to live with them rest of my life
This is the mess I’ve made
These are the words I can’t erase
This is my life support, shutting down, for the final time
And it twists like a blade
And kills me for the rest of my life
If you won’t forgive me
The rest of my life
Let me apologize while I’m still alive
I know it’s time to face all of my past mistakes
It’s gonna kill me for the rest of my life…
hati memang raja bagi jasad dan rohani kita. Eloknya hati eloklah kita. Busuknya hati busuk-sebusuknya diri kita. Andai kita berasa tidak sedap hati, satu hari kita terjejas. Orang melayu kita memang observant maka terbitlah simpulan bahasa hati batu, keras hati, iri hati, makan hati dan macam-macam lagi.
Di sini, saya ingin menyentuh sifat hati yang keras seperti batu. Mari kita lihat dan bedah ayat al-quran mengenai analogi hati keras.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal di antara batu-batu itu ada terpancar dan mengalirkan air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada ALLAH sedangkan ALLAH tidak sesekali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.”- surah al-baqarah , 1:74
Tepat sekali hati kita lebih keras dari batu. Batu merupakan salah satu makhluk yang sangat takutkan ALLAH S.W.T. Munurut Ibnu Abi Hatim, batu yang terbelah lalu sungai mengalir di celahnya ialah batu yang banyak menangis. Batu yang jarang menangis ialah batu yang pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan batu yang bergolek jatuh dari bukit atau gunung kerana takut akan kehebatan ALLAH S.W.T.
bayangkan batu yang keras itu pun takut akan ALLAH. Mengapa hati manusia yang lembut umpama span tidak pula merasa takut kepada Penciptanya? Pelik-pelik.
biasala kalau ada mesyuarat tetingkap atau sembang bantal busuk pasti ada perkara panas yang disembangkan. Cukup detail sekali perinciannya, warna apa, dengan siapa, taik lalat tang mana semua tau. Whooah! kalah detektif dan paparazi. Aib si polan itu dikupas sehabis baik sehingga boleh buat memoir. Dahsyat-dahsyat.
Sedarkah kita yang perbuatan itu mendedahkan aib orang lain. Cuba bayangkan andai aib kita diketahui orang? Malukan tak tau nak sorok mana muka tu. Tu sebab kalau manusia yang kantoi aibnya tutup muka. Ketahuilah sahabat, dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dan sesiapa yang menutup rahsia seorang Islam nescaya ALLAH menutup rahsianya di dunia dan di akhirat.” HR Muslim
Jadi bagaimana hendak sorok aib kita? Soalan yang bagus. Jawapannya mohon perlindungan daripada ALLAH daripada diaibkan. Di dunia boleh sorok tetapi di akhirat bolehkah sorok. Di akhirat nanti akan ada projector besar plus skrin dia macam wayang pacak. Setiap aib kita akan ditayang satu persatu di depan Allah. Malukan?
Pesan Nabi s.a.w:
Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk ke dalam jiwanya, janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan dan mencari-cari rahsia mereka. Ini kerana sesiapa yang berbuat demikian, ALLAH akan membuka rahsianya. Dan sesiapa yang ALLAH buka rahsianya, maka dia akan dimalukan dalam rumahnya sendiri (Sekalipun dirahsiakan)
Salah satu doa tidak diperkenankan-Nya ialah membongkar aib orang lain sedangkan diri sendiri penuh dengan aib. Cukuplah buat dosa kering dengan mengayam ketupat takda daun. Waspada!
Kalau malam hari sabtu kita ada cerekarama yang boleh buat bisnes tisu, siangnya pula kita ada bollywood blockbuster atau panggung sabtu. Memang sinonim kalau cerita bollywood ni ada adegan gaduh-gaduh, menari dengan beberapa set pakaian di celah hutan atau padang pasir. Memang mengasyikkan betul tak?
Memang tipikal jalan ceritanya pada kemuncaknya. Hero perut boroi sibuk membelasah penyangak yang membawa lari buah hatinya. Hero boroi kan seksi. Sesi pertarungan antara baik dan jahat memang lama mau ambik setengah jam. Lepas bup bak dush kwang ayoyo dan seangkatannya dilepaskan oleh hero perut boroi, masih si penyangak berdiri megah. Liat sungguh nyawa si penyangak.
Terfikirkah kita yang mengapa orang yang baik dipanggil dahulu daripada orang yang jahat? Jawapannya ialah masa. Orang baik dirasakan cepat kerana kita tidak puas menikmati kebaikannya manakala orang yang jahat, kita cemuih dengan kejahatannya sehingga merasakan masa berlalu dengan perlahan. Sebab itulah wujudlah pepatah orang cina iaitu:
Mengenal kebaikan seribu tahun belum cukup tetapi mengenal kejahatan satu hari sudah lama.
Maksudnya di sini,
Kebaikan itu sentiasa didambakan oleh hati manusia. Apabila menikmatinya, manusia ingin menikmatinya lagi, ladi dan lagi… kalau boleh biarlah seribu tahun. Hati manusia juga jemu dan benci kepada kejahatan. Satu hari dalam merasakan kejahatan sudah terasa lama. Ya, sebab itulah orang jahat selalunya mati lambat. Bukan usia mereka panjang, tetapi kejahatan mereka itu yang menjemukan dan meresahkan orang yang masih hidup.
Sudah bersediakah kita?
hasil ilham dari beduk diketuk karya Pahrol Mohd Juoi
Noktah. satu entiti yang kecil di dalam penulisan tetapi cukup besar sumbangannya. Okay, cuba bayangkan tiada noktah di dalam berita. Bayangkan yang terjadi kepada pembaca berita tersebut apabila tiada noktah…
Mau sesak nafas dibuatnya. Noktah dalam kata lain ialah rehat atau berhenti. Hidup kita makin lama semakin deras aliran dia. Kita sudah jadi hamba masa. Semuanya nak multi tasking. Kedut-kedut kereput mula jadi aksesori kita. Sedar-sedar sahaja dah tua kita.
sebab itulah kita perlu ada masa untuk muhasabah. Itulah gunanya hotline 24 hours . Ambiklah masa untuk duduk sebentar atau ambil angin luar bersama bff untuk tadabbur alam ini. Alam ini penuh dengan inspirasi untuk jiwa yang kosong.
Lihatlah dengan hati yang tenang daun-daun yang berguguran jika berada di oversea atau lihat kanak-kanak riang di taman permainan. Selamilah persekitaranmu barulah engkau sedar perkara yang kita terlepas pandang dalam kehidupan kita.
Kita lupa kepada nikmat masa lapang. Noktahkan diari kehidupanmu yang sibuk itu untuk-Nya. Tinggalkan kubikel yang sempit, bilik yang masam dengan usaha gigihmu, pakaian kotor di mesin basuh untuk berehat sebentar. Lupakan itu semua. Pejamkan mata dan dengar jantungmu berdegup. Tahan nafasmu sebentar dan lihatlah yang terjadi kepada jantungmu itu. Ia menjadi semakin pantas.Samalah juga hidup kita, terlalu sibuk mengejar dunia kita juga yang semput.
Suatu ketika, Abu Said Al-Khudri duduk bersama-sama satu kumpulan orang Muhajirin yang miskin. Mereka duduk rapat-rapat mendengar seorang qari sedang membacakan al-quran untuk mereka.
Tiba-tiba, Rasulullah datang menghampiri mereka. Ketika baginda berdiri di samping mereka, qari tersebut memberhentikan bacaannya. Baginda memberi salam dan berkata, “Apa yang sedang kau lakukan?” Jawab mereka, “Kami sedang mendengar al-quran.”
Sabda baginda, “segala puji bagi Allah S.W.T yang telah menciptakan di kalangan umatku orang yang aku pun diperintahkan bersabar duduk bersama mereka.”
Rasulullah s.a.w duduk di tengah-tengah kumpulan itu. Kata Abu said Al-Khudri, baginda memberi isyarat tangan lalu para sahabat pun duduk mengelilingi baginda. Wajah mereka semua menghadap ke arahnya.
Seterusnya baginda bersabda,
“Wahai kamu orang Muhajirin yang miskin. Bergembiralah dengan nur yang sempurna pada hari kiamat. Kamu akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari itu adalah bersamaan 500 tahun.” – Riwayat Abu Daud.
Terasa mau gugur jantung membacanya. Melalui kisah atas, dapatlah kita hadam yang buat baik itu mudah sungguh. Duduk mendengar ayat-ayat al-quran dibacakan pun sudah dikira amal baik. Pernahkah kita duduk mendengarnya? atau tukar rancangan andai ada tilawah al-quran di saluran tersebut.
Kadang-kala kita tidak terlintas dan terfikir andai saat mendengar bacaan qari atau qariah itu,kita khusyuk sehingga air mata hampir menitis kerana takutnya azab Allah. Siapa sangka saat itu adalah kunci syurga kita nanti. Whooaah! Syurga tu. Maka terbuktilah Islam ini mesra alam. Senang-senang sahaja beri pahala. Mudah memang mudah tetapi jangan meringankan urusan agama andai tak mahu jadi steak hangus di akhirat nanti.Renung-renungkan ya saudaraku.
Ayat-ayat cinta-Mu selalu sahaja berkumandang di pagi yang hening.Sayup-sayup di udara. Ia tercari-cari si pendengar.
Bilangan pendengarnya boleh dibilang. Banyak yang sudah terkorban di pembaringan. Empuknya tilam dunlop pillow punca utama. Ayat-ayat cinta-Mu terus menusuk kalbu. Tenangnya rasa di hati. Hati berteriak,” Berikanku peluang untuk memuja-Mu, mencintai-Mu! Aku sunyi tanpa-Mu. Belailah aku dengan rahmat-Mu!”
Ya! Memang itu yang didambakan oleh para pencari-Mu. Sujudnya mereka mencari keredhaan-Mu. Bermunajatnya mereka memuja-Mu.
Corong-corong pembesar suara terus bergema dengan ayat-ayat-Mu. Memanggil-manggil berjemaah di masjid agar berterusan mengimarahkan rumah-Mu. Barisan yang lurus, rukuk dan sujud demi-Mu pengubat hati kekasih-Mu. .
Aku berharap agar Kau pegang hatiku ini dalam dakapan rahmat-Mu sehingga roh ini berpisah dan aku masih hambamu hingga akhirnya
hidup kita selalu sahaja ada turun dan naik. Ada masa kita gembira ala kanak-kanak ribena malah ada juga masa masam mencuka kalah cuka getah. Dalam keadaan yang sukar, kita selalu sahaja mencari sahabat karib untuk meluahkan perasaan. Mulalah ada sesi curhat (curahan hati) atau sembang-sembang bantal. Sahabat kita itu bukannya 24 jam ada bersama kita jadi, bagaimana hendak mengadu?
Tanpa kita sedari, sudah tersedia talian kecemasan atau hotline untuk dihubungi. Percuma sahaja. Talian terus tanpa operator iaitu berdoa kepada Allah. 24 hours. Jadikan Allah tempat mengadu dan meluahkan perasaan. InsyaAllah tenang di hati.
Andai ada sebarang masalah yang buntu untuk diselesaikan, ambik wudhuk dan solat sunat dua rukaat. Hati gundah gulana? qiam la di malam hari. Menangislah semahunya dalam sujudmu. ketahuilah setiap titis air mata penyesalan atas dosa-dosa lalu maka diharamkan keatasnya api neraka.
Layan sebentar video di bawah ya. semoga liriknya menyentuh hatimu.
Ungu – para pencarimu
liriknya..
menajalani hitam putih hidupku
membuatku mengerti arti hadirmu
dalam setiap langkah2 ku berarti
melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
membuatku mengerti hanyalah padamu
kukembali…
ku bersujud kepadamu memohon ampunanmu
adakah jalan untukku tuk kembali padamu
REFF :
akulah para pencarimu ya Allah
akulah yang merindukanmu ya robi
tunjukanku jalan yang lurus
tuk tetapkan langkahku
akulah para pencarimu ya Allah
akulah yang merindukanmu ya robi
hanya di tanganmu ya allah
tempat kupasrahkan hidupku