contest dari jaws

projek ini sudah lama tersimpan dalam planner. Projek tersebut ialah membantu orang lain dalam membantu atau memberi cadangan dalam menyelesaikan masalah atau dalam bahasa mudah kaunselor.

projek tersebut merupakan projek khidmat masyarakat maka sesiapa boleh sahaja membantu dalam menyelesaikan masalah pengguna. projek itu datangnya daripada salah satu entri di blog lama. walaupun entri itu sudah berusia 3 tahun, masih ada komen sehingga kini. entri itu berada di sini: luahan perasaan

moga-moga projek ini dapat membantu yang memerlukan. info lanjut boleh rujuk di sini: contest by jaws

10
Jan 2011
POSTED BY admin
POSTED IN blog contest
DISCUSSION 1 Comment

Kisah Paling Seram – Gengblogger.com

penyertaan pertandingan Kisah Paling Seram – Gengblogger.com

Malam itu, ada sahabatku meminta untuk mengisi malam dengan kisah-kisah seram di usm. Macam biasa aku pun mula bercerita kisah-kisah yang tidak diketahui oleh junior-junior sekarang ini. Habis semua pelusuk kampus aku cerita. Jam sudah menunjukkan 3 pagi. Mataku mula berat untuk terus berjaga, sahabatku pula dah lama dibuai mimpi. Ketika hendak tidur, bunyi salakan anjing yang bersahut-sahut kedengaran. Bulu romaku meremang. Waduh! seram sejuk.

Ah!biarkan sahaja bunyi itu. Aku terus memaksa mataku untuk lelap tapi gagal. Aku hanya dapat menutup mata tapi bukan lena. Masa terus berlalu tetapi aku masih gagal lena. Dalam jauh malam yang ditemani salakan anjing, kulit mukaku terasa seperti disentuh. Kasar sungguh rasanya. Mataku tertutup rapat. Sentuhan tadi seperti membelai-belai mukaku seperti diminta dilayan. Waduh! semakin seram sejukku. Aku sudah agak benda ini pasti berlaku. Akhirnya aku tertidur dalam seram sejuk. Esoknya aku bertanya sahabatku di bilik sebelah tentang perkara semalam. Salah seorang sahabatku ditindih semalam.

Kemudian aku teringat seorang sahabatku ada menceritakan bahawa benda-benda halus ini suka berkumpul apabila ada sesi late night story.Mereka teruja mendengar kisah-kisah mereka diceritakan oleh manusia. Tidak hairanlah si pencerita yang kena kacau. Gangguan yang aku terima malam itu merupakan encore mereka. Maka aku sudah serik untuk menceritakan kisah-kisah seram.

noktah

02
Mar 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog contest
DISCUSSION 9 Comments

penghujungnya ramadhan dan kemaskini

penghujungnya ramadhan

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.Sudah cukupkah amalan yang dikerjakan dalam megejar malam lailatul qadar?Bersyukurlah kepada yang berjaya merasai kenikmatannya.Saya memohon seribu kemaafan andai pernah terlepas cakap atau perbuatan yang mengasari perasaan orang lain.Selamat menyambut Aidilfitri yang menjelang tidak lama lagi.

hari jumaat ini saya pulang ke kampung.terasa begitu singkat sekali ramadhan kali ini.saya akan merinduinya. terasa tidak cukup untuk terus merasai kenikmatannya.

kemaskini

pemenang untuk pertandingan “penamatnya” ialah mydailyblog.info.anda layak menerima hadiah tersebut.kepada eldy,x-po terima kasih kerana menyertai.anda memang sporting.

16
Sep 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 4 Comments

jiwa kacau,kemaskini,sunyi

jiwa kacau

maaf semua.sejak akhir-akhir ini saya dilanda pelbagai kemelut perasaan.semalam penyakit lama saya datang menyerang.separuh badan sebelah kanan sejuk.Mujurlah ada junior membantu.Lepas berbuka puasa,makanan yang dijamah semuanya keluar kerana kepala terlalu berat.Sehingga sekarang masih lagi pening.

Contest “penamatnya”

pemenangnya akan saya umumkan kemudian.Masih tidak beberapa sihat.Tunggu ya.Siapalah pemilik RM20.

kesunyian

terasa sunyi kerana banyak tempat yang saya kunjungi selama ini sudah tiada.Santai de’ cengkih sudah tiada.Kini,hati ini makin risau kerana Gerai Kak Nor menjejaki de’ cengkih. rindu benar kepada masakan mereka.”tiada yang kekal” pujuk kawanku.

10
Sep 2009
POSTED BY admin
DISCUSSION 2 Comments

kemaskini : contest penamatnya

Salam semua.terdapat kekeliruan tentang contest penamatnya. Saya mohon ampun kerana tajuk itu begitu mengelirukan. ok detailnya adalah seperti berikut:

cara penyertaan:sambungkan cerita di penamatnya dan berikan penamat cerita itu sekreatif yang mungkin

Syarat-syarat:tiada syarat.boleh menjawab di sini atau blog masing-masing.

hadiah: RM20

tarikh tutup: 09/09/09

Harap maklum.

09
Aug 2009
POSTED BY admin
POSTED IN contest kemaskini
DISCUSSION 4 Comments

penamatnya (contest)

Sempena merasmikan rumah baru ini,saya mengadakan satu pertandingan susulan.Mudah sahaja penyertaannya.Tolong sambungkan cerita di bawah ini dan berikan penamatnya.

Hadiahnya: Rm20
Tarikh tutup : 9 september 2009

Di penjuru warung,satu susuk diam di tempatnya.Berkelubung dengan kain.Rambutnya panjang hinggakan mukanya langsung tidak kelihatan.Keadaannya kusut sekali.Mungkin sudah seminggu daki di badan tidak dibersihkan.Masihkah ada orang sebegini di masa sekarang?

Di tepinya,hanya gelas besar telah kosong isinya.Barangkali,air suam.Tidak kelihatan bekas makanan di sekitarnya.Satu bungkusan besar di sisinya.Bungkusan itu tingginya melebihi tinggiku.Hatiku mula menduga pelbagai andaian seperti mungkin dia pemain kontrabass atau cello.Tidak masuk akal sungguh andaian itu.Masakan orang seperti itu pemain orkestra.

Suasana sepi yang sejak tadi menguasai keadaan mula kertawa dengan sinis melihat kami terpaku dengan lembaga tersebut.Hendak berbicara terasa tidak bentah seperti hendak menerima hukuman gantung.Pucat dan tidak bermaya lagaknya.Tiada seorangpun yang mahu bersuara.

Tiba-tiba, lembaga itu berdiri dengan mendadak.Mata-mata kami terpaku tidak bermaya merenung kepadanya seperti tikus yang terkepung dikejar ular.Lembaga itu terus membuka bungkusan itu perlahan-lahan…

08
Aug 2009
POSTED BY admin
POSTED IN contest
DISCUSSION 12 Comments

keputusan kenangan terdahulu

memang sedih kerana kerana ada dua orang sahaja yang menyertainya.Saya tahu kerana saya kurang pengalaman di dalam membuat pertandingan.Tidak mengapa,untuk menghargainya saya berikan juga hadiahnya kepada kedua-duanya iaitu bro azman dan jaws

Jeng.jeng..Hadiahnya sila tanya kepada pemenangnya.

Kasi suspen sedikit

02
Aug 2009
POSTED BY admin
POSTED IN contest
DISCUSSION 7 Comments

ulang tahun ke-3 infomalaya.com

blog ini mula sekali dijumpai oleh radar penulis ketika mencari artikel mengenai charger pemain mp3 yang menggunakan bateri AA. memang sempoi sekali artikel ketika itu.masa itu infomalaya.com menggunakan tema yang dibuat sendiri iaitu tulus 2.0. memang menarik dan ringan.

Baiklah infomalaya.com sudah berusia 3 tahun seperti yang ditulis di tajuk entri.Blog infomalaya.com merupakan blog yang serba boleh dalam pelbagai perkara antaranya blogging,teknologi,tazkirah dan pelbagai lagi.

Infomalaya.com merupakan salah satu blog teknologi selain dari blog kepunyaan aman iaitu amaz.my yang juga berkisar tentang teknologi.Dalam usia infomalaya.com yang makin matang ini saya berharap agar blog ini dapat mencurahkan baktinya dalam memberi ilmu yang bermanfaat kepada pembacanya.

secara jujur saya tiada apa untuk mengkritik infomalaya.com kerana saya tidak nampak kekurangannya.(ini sudah sejujur-jujurnya)

Sebagai melengkapkan entri ini saya sertakan sekali banner blog ini.
banner

ringkas dan padat

26
Jul 2009
POSTED BY admin
POSTED IN contest
DISCUSSION 1 Comment