cengkerang,pasir, dan laut

Dalam kesesakan nelayan menolak perahu ke laut mencari rezeki,kelihatan seorang anak kecil berlari-lari di kawasan itu. Di tangannya tergengam erat botol kaca. Apalah yang hendak dicarinya. Suasana yang hingar sebentar tadi kini tinggal bunyi deru ombak setelah nelayan sudah turun ke laut.

Kanak-kanak itu masih di situ. Kali ini membongkok mencari di celah timbunan pasir. Agak lama dia di situ. Kali ini hatinya gembira kerana berjaya menemui barang yang dihajati iaitu cengkerang. Cengkerang yang dikumpulnya dimasukkan ke dalam botol kaca bersama pasir.

Kebetulan seorang jejaka bersiar-siar di pantai itu. Mungkin bercuti di sekitar situ. Melihatkan kanak-kanak itu berseorangan di situ, timbul rasa ingin tahu di hati jejaka itu. Dia menghampiri kanak-kanak itu.

“Dik buat apa sorang-sorang kat sini?”

“Tengah kumpul cengkerang. Saja simpan buat koleksi.”

“Boleh abang tengok botol tu?”

“Jap ye bang. Belum siap lagi ni.”

Kanak-kanak itu pun memasukkan air laut ke dalam botol kaca itu sehingga melebihi paras cengkerang dan pasir. Kemudian menutupnya dengan gabus. Botol kaca itu diberikan kepada jejaka itu setelah pasir telah mendap dengan sempurna sehingga menampakkan cengkerang.

“kenapa dik tambah air laut dalam botol tu? Kan elok dibiarkan kering.”

“Abang, Mie tak mahu cengkerang dan pasir berpisah dengan sahabatnya air laut. sudah lama mereka bersama di sini. Mie tak mahu mereka sedih sebab hilang kawan baik. Ayah Mie bilang siapa yang putuskan persahabatan,dia orang jahat.”

Jejaka itu terkedu mendengar jawapan Mie.

“Mie, boleh abang simpan botol ni buat kenang-kenangan?”

“Abang ambik la. Mie dah banyak kumpul kat rumah.”

“Terima kasih Mie sebab bagi botol ni kat abang.”

“Sama-sama.”

Usai memberi salam mereka pun beredar. Tak sampai 100 meter berpisah Mie menjerit.

“Nama abang apaaa! Lupa nak tanyaaa!”

“Azlann!!” Jerit jejaka itu.

bersambung…

11
Mar 2012
POSTED BY admin
POSTED IN blog
DISCUSSION 1 Comment

hati ini…

ia seringkali memberontak untuk diisi. buntu juga untuk melayannya.

Ia tidak pernah puas dengan apa-apa yang dimiliki. Ia mahu lebih lagi.

semakin dilayan semakin hanyut dibuatnya.

mudah terkena penyakit yang sukar diubati. merananya badan hanya tuhan sahaja yang tahu.

terlalu banyak diberi tetapi tidak dibalas. ia semakin kosong tanpa diisi.

selalu meminta untuk dibelai daan dimanja. Tuannya tidak tahu untuk melaksanakan maka merajuklah ia.

apabila merajuk, satu pekerjaan pun tidak dapat dilaksanakan. air mata datang mencurah-curah bersama kedukaan.

16
Jan 2012
POSTED BY admin
POSTED IN blog diari kehidupan
DISCUSSION 1 Comment
TAGS

beginner

23
May 2011
POSTED BY admin
POSTED IN blog
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

Dear dad

Dear Dad
Letter home from school…

Dear Dad,

$chool i$ really great. I am making lot$ of friend$ and $tudying very hard. With all my $tuff, I $imply can’t think of anything I need, $o if you would like, you can ju$t $end me a card, a$ I would love to hear from you.

Love,
Your $on.

A week later….. a letter from “home”

Dear Son,

I kNOw that astroNOmy, ecoNOmics, and oceaNOgraphy are eNOugh to keep even an hoNOr student busy. Do NOt forget that the pursuit of kNOwledge is a NOble task, and you can never study eNOugh.

Love,
Dad

from dear dad

10
May 2011
POSTED BY admin
POSTED IN blog
DISCUSSION 1 Comment
TAGS

,

contest dari jaws

projek ini sudah lama tersimpan dalam planner. Projek tersebut ialah membantu orang lain dalam membantu atau memberi cadangan dalam menyelesaikan masalah atau dalam bahasa mudah kaunselor.

projek tersebut merupakan projek khidmat masyarakat maka sesiapa boleh sahaja membantu dalam menyelesaikan masalah pengguna. projek itu datangnya daripada salah satu entri di blog lama. walaupun entri itu sudah berusia 3 tahun, masih ada komen sehingga kini. entri itu berada di sini: luahan perasaan

moga-moga projek ini dapat membantu yang memerlukan. info lanjut boleh rujuk di sini: contest by jaws

10
Jan 2011
POSTED BY admin
POSTED IN blog contest
DISCUSSION 1 Comment

not the end

on hiatus

17
Dec 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

,

tokyo marble chocolate (OVA)

Salah satu anime yang best untuk dilayan. Komedi + jiwang sikit.

tokyo marble chocolate

Genres: comedy, romance
Plot Summary: Yuudai has difficulty expressing his feelings and his girlfriend, Chizuru, has trouble maintaining relationships. They are each about to make an important decision, when something unexpected occurs.

boleh download di sini

Tokyo Marble Chocolate1
Tokyo Marble Chocolate2

09
Nov 2010
POSTED BY abrar
POSTED IN blog
DISCUSSION 0 Comments

One Piece Opening 13 One Day

For hard fan of One Piece!!!

01
Nov 2010
POSTED BY abrar
POSTED IN blog youtube
DISCUSSION 0 Comments

Disagree – Haley

Enjoy

28
Oct 2010
POSTED BY abrar
POSTED IN blog
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

,

hutang

hidup kita sering ada pasang-surutnya. susah senang kita yang menanggungnya dan lebih manis jika ada yang sudi berkongsi dengan kita. Dalam hidup ini, kita selalu berhutang pelbagai perkara seperti budi dan wang.

Hutang. perkataan yang amat digeruni sekarang. Hutang yang paling digeruni ialah berhutang dengan Ah Long.Ramai orang ingin bebas dari hutang supaya hidup mereka aman damai. Maka mereka pun bekerja keras melangsaikan hutang tersebut.

Macam biasa apabila orang mahu berhutang dengan kita, kita sering berat hati untuk memberinya lantas memberi pelbagai alasan. Sebenarnya kita terlepas salah satu pintu rahmat yang diberi Allah. Orang yang memberi hutang kepada orang lain akan menerima pahala pada setiap hari sehingga hutangnya dilangsaikan oleh penghutang tersebut. Jika penghutang itu gagal untuk membayar dan kita memberi peluang kedua kepadanya, maka pahala yang diberikan kepada kita adalah 2 kali ganda jumlah hutang yang diberi.

Sekadar berkongsi

25
Oct 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog islamic
DISCUSSION 2 Comments