noktah

Noktah. satu entiti yang kecil di dalam penulisan tetapi cukup besar sumbangannya. Okay, cuba bayangkan tiada noktah di dalam berita. Bayangkan yang terjadi kepada pembaca berita tersebut apabila tiada noktah…

Mau sesak nafas dibuatnya. Noktah dalam kata lain ialah rehat atau berhenti. Hidup kita makin lama semakin deras aliran dia. Kita sudah jadi hamba masa. Semuanya nak multi tasking. Kedut-kedut kereput mula jadi aksesori kita. Sedar-sedar sahaja dah tua kita.

sebab itulah kita perlu ada masa untuk muhasabah. Itulah gunanya hotline 24 hours . Ambiklah masa untuk duduk sebentar atau ambil angin luar bersama bff untuk tadabbur alam ini. Alam ini penuh dengan inspirasi untuk jiwa yang kosong.

Lihatlah dengan hati yang tenang daun-daun yang berguguran jika berada di oversea atau lihat kanak-kanak riang di taman permainan. Selamilah persekitaranmu barulah engkau sedar perkara yang kita terlepas pandang dalam kehidupan kita.

Kita lupa kepada nikmat masa lapang. Noktahkan diari kehidupanmu yang sibuk itu untuk-Nya. Tinggalkan kubikel yang sempit, bilik yang masam dengan usaha gigihmu, pakaian kotor di mesin basuh untuk berehat sebentar. Lupakan itu semua. Pejamkan mata dan dengar jantungmu berdegup. Tahan nafasmu sebentar dan lihatlah yang terjadi kepada jantungmu itu. Ia menjadi semakin pantas.Samalah juga hidup kita, terlalu sibuk mengejar dunia kita juga yang semput.

12
Feb 2012
POSTED BY admin
POSTED IN diari kehidupan
DISCUSSION 3 Comments

3 Responses to : noktah

  1. izzaty shahirah says:
  2. kartikel.com says:

    . . . :)

    p/s: chatbox kat belah kanan tu tukar la pakai yg free. shoutmix dah berbayar sekarang ;)

    [Reply]

    admin Reply:

    terima kasih ya datang bloghop. ok nanti saya tukar

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled