buat baik juga mudah
Suatu ketika, Abu Said Al-Khudri duduk bersama-sama satu kumpulan orang Muhajirin yang miskin. Mereka duduk rapat-rapat mendengar seorang qari sedang membacakan al-quran untuk mereka.
Tiba-tiba, Rasulullah datang menghampiri mereka. Ketika baginda berdiri di samping mereka, qari tersebut memberhentikan bacaannya. Baginda memberi salam dan berkata, “Apa yang sedang kau lakukan?” Jawab mereka, “Kami sedang mendengar al-quran.”
Sabda baginda, “segala puji bagi Allah S.W.T yang telah menciptakan di kalangan umatku orang yang aku pun diperintahkan bersabar duduk bersama mereka.”
Rasulullah s.a.w duduk di tengah-tengah kumpulan itu. Kata Abu said Al-Khudri, baginda memberi isyarat tangan lalu para sahabat pun duduk mengelilingi baginda. Wajah mereka semua menghadap ke arahnya.
Seterusnya baginda bersabda,
“Wahai kamu orang Muhajirin yang miskin. Bergembiralah dengan nur yang sempurna pada hari kiamat. Kamu akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang kaya dengan perbezaan setengah hari dan setengah hari itu adalah bersamaan 500 tahun.” – Riwayat Abu Daud.
Terasa mau gugur jantung membacanya. Melalui kisah atas, dapatlah kita hadam yang buat baik itu mudah sungguh. Duduk mendengar ayat-ayat al-quran dibacakan pun sudah dikira amal baik. Pernahkah kita duduk mendengarnya? atau tukar rancangan andai ada tilawah al-quran di saluran tersebut.
Kadang-kala kita tidak terlintas dan terfikir andai saat mendengar bacaan qari atau qariah itu,kita khusyuk sehingga air mata hampir menitis kerana takutnya azab Allah. Siapa sangka saat itu adalah kunci syurga kita nanti. Whooaah! Syurga tu. Maka terbuktilah Islam ini mesra alam. Senang-senang sahaja beri pahala. Mudah memang mudah tetapi jangan meringankan urusan agama andai tak mahu jadi steak hangus di akhirat nanti.Renung-renungkan ya saudaraku.
