peringatanku
serba-serbi pahit maung telahku telan dua bulan ini. difitnah,dicaci, semua cukup membuatkan hati yg kecil ini merana diminta cerai.
Berapa lama kau mahu hendak mendabik dada beralaskan kesengsaraan orang lain. aku sudah jelik dengan manusia begini.
kertas yang berdakwat ilham sudah hampir habis dikutip. Perginya membawa pahit dan manis di puncak cita.
adakah ruang sempit ini akan dikunjungi oleh sesiapa?
tiada siapa yang dapat menduga masa hadapan yang deras menghentam.
lingkaran masih panjang dan setia menanti.
tiketnya percuma sahaja.
destinasinya banyak, pilih sahaja.
lingkaranku bercabang di persimpangan.
kanan kiri sama sahaja,redah sahaja.
itu pilihanku, engkau bagaimana?
