kalau gaduh, nak buat apa?
kadang-kala ada orang bergaduh sampai ke liang lahad masih ada dendam kesumatnya. biasanya dendam kesumat yang mencengkam jiwa asalnya benda-benda yang kecil yang sangat remeh-temeh. dalam mana-mana cerita yang dicipta pasti ada unsur ini dalam menyedapkan cerita.
jiran sebelah main tikam belakang, kekasih main kayu tiga, sahabat baik memfitnah kita dan macam-macam lagi ragam manusia. apabila sudah dikaburi rasa marah yang melampau, mulalah macam-macam terjadi. biasanya jalan penyelesaian yang ganas akan diambil seperti bunuh,rogol,bakar dan macam lagi yang tak disangka oleh akal manusia.
alam sendiri sudah menyediakan jawapannya, cuma kita sahaja yang tidak mahu melihatnya dan memahaminya. ambilllah contoh pokok buluh. pokok buluh boleh melentur dalam angin yang kencang. lihat, kelembutan mengatasi keganasan. cuba kita aplikasikannya dalam kehidupan kita.
jika seseorang itu sedang marah tentang sesuatu, janganlah kita pergi tambah tahap kemarahan rakan kita itu contoh tindakan yang paling bodoh ialah memberi persepsi yang bahawa dia yang bersalah. contoh ayat,” dah tau bodoh, buat apa cari pasal dengan dia”. Alamatnya, mahu hilang 2-3 batang gigi kena tumbuk dengan dia.
dalam memberi nasihat kepada orang lain, kita perlu peka dengan persekitaran. Kalau kawan tu tengah sedih, janganlah bergurau atau loyar buruk dengannya jika tidak mahu badan binasa. Kan orang dahulu ada berpesan, sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan binasa.
tidak rugi dalam memaafkan orang lain. berdendam ni merugikan tenaga dan masa. alih-alih kita juga yang kecewa. jadilah macam kiambang, sekuat mana gelora yang datang, ia akan bertaut kembali.



lately ni ada orang buat palat ngan aku..
tapi orang tua laa..
aku memang angin dgn dia..
tapi bila aku duduk n renung semula..
rasa cam ape guna aku gaduh..
dia lagi tua..
last2 cam ko tulis kat atas laa..
abaikan jer dia..
kita buat hal kita..
majukan diri..
[Reply]
admin Reply:
May 18th, 2010 at 1:14 pm
aku pun. aku pun dah malas nak berdendam ngan orang lain. aku dah penat dengan semua itu
[Reply]
Pingback: Tweets that mention kalau gaduh, nak buat apa? | hati dan blog - mungkinkah bersama? -- Topsy.com
ada sorang brader nie..
dia kuat, ilmu penuh di dada… terbukti kehandalannya..
tau apa dia bagitau aku?
“kalau ada orang tumbuk aku, aku lari jer…”
apa yang tersirat?
[Reply]
admin Reply:
May 18th, 2010 at 8:34 pm
dia menjaga hati orang lain dan diri dia.. hehehe
[Reply]
aku pun. aku pun dah malas nak berdendam ngan orang lain. aku dah penat dengan semua itu
[Reply]