tenang selepas ribut melanda

Diluah salah pendam pun salah. Itulah vector yang menyebabkan hari-hariku binggung disarung celaru. Maaf jika terlalu banyak mood jiwa kacau. Tenaga yang positif selalu sahaja disedut habis dek hati yang kosong ini. Macam mana boleh kosong,biarlah soalan itu diam di dalam mulut.Usah bazirkan masa dan sel neuron itu memikirkan situasi ini. Padanlah ramai penghuni di Tanjung Rambutan disebabkan terlalu rajin dengan masalah ini.

Sejak akhir-akhir ini, jiwaku yang selalu memberontak jadi duta PBB. Asyik duduk kat meja bulat. Buntu selalu fikiran ini.Petang khamis waktu mengajar boleh pulak hilang mood. Akibatnya, pengajaran menjadi bosan dan mengantuk.

Hujung minggu kali ini, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan motosikal. Tak jauh pun,2 jam setengah je pejalanannya. hari sabtu memang aku khususkan untuk berehat. Terasa segar sekali semangatku. Kini perlu bekerja keras.

Mari kita kerja semula!! yosh

02
Mar 2010
POSTED BY admin
POSTED IN luahan
DISCUSSION 1 Comment
TAGS

, ,

One Response to : tenang selepas ribut melanda

  1. Mr. Kamikaze says:

    kerja mesti enjoy…brulah ada semangat..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled