Kisah Paling Seram – Gengblogger.com

penyertaan pertandingan Kisah Paling Seram – Gengblogger.com

Malam itu, ada sahabatku meminta untuk mengisi malam dengan kisah-kisah seram di usm. Macam biasa aku pun mula bercerita kisah-kisah yang tidak diketahui oleh junior-junior sekarang ini. Habis semua pelusuk kampus aku cerita. Jam sudah menunjukkan 3 pagi. Mataku mula berat untuk terus berjaga, sahabatku pula dah lama dibuai mimpi. Ketika hendak tidur, bunyi salakan anjing yang bersahut-sahut kedengaran. Bulu romaku meremang. Waduh! seram sejuk.

Ah!biarkan sahaja bunyi itu. Aku terus memaksa mataku untuk lelap tapi gagal. Aku hanya dapat menutup mata tapi bukan lena. Masa terus berlalu tetapi aku masih gagal lena. Dalam jauh malam yang ditemani salakan anjing, kulit mukaku terasa seperti disentuh. Kasar sungguh rasanya. Mataku tertutup rapat. Sentuhan tadi seperti membelai-belai mukaku seperti diminta dilayan. Waduh! semakin seram sejukku. Aku sudah agak benda ini pasti berlaku. Akhirnya aku tertidur dalam seram sejuk. Esoknya aku bertanya sahabatku di bilik sebelah tentang perkara semalam. Salah seorang sahabatku ditindih semalam.

Kemudian aku teringat seorang sahabatku ada menceritakan bahawa benda-benda halus ini suka berkumpul apabila ada sesi late night story.Mereka teruja mendengar kisah-kisah mereka diceritakan oleh manusia. Tidak hairanlah si pencerita yang kena kacau. Gangguan yang aku terima malam itu merupakan encore mereka. Maka aku sudah serik untuk menceritakan kisah-kisah seram.

noktah

02
Mar 2010
POSTED BY admin
POSTED IN blog contest
DISCUSSION 9 Comments

9 Responses to : Kisah Paling Seram – Gengblogger.com

  1. Khairi says:

    WOh, USM mana ni, induk ke k kerian ke trans krian?

    USM mmg seram. setakat tindih tu biasa. tak cuba cerita cerita budak gantung diri desa harapan tuh perkgh seram gile babun.

    [Reply]

    admin Reply:

    usm induk.. sebenarnya nak sampai cerita pasal kena kacau lepas late night story tu. maksudnya hantu pun suka dengar cerita

    [Reply]

  2. ja a says:

    woit.. cam kenal je peristiwa ni.. hoho!!

    [Reply]

    admin Reply:

    kisah benar di restu.. hehe

    [Reply]

  3. zik says:

    jangan tutoopp lampu… warrgh seram gakla… malam2 nak cerita hantu bahaya gak nie…hantu nie dengar kita cerita rupanya…lagi2 yang bercerita. tuh

    [Reply]

    admin Reply:

    mmg betul.. huhuhu

    [Reply]

  4. sue says:

    aku duk USM tiga tahun xpernah pon jumpe hantu..dengar cite pasal anto lagila jarang..huhu

    [Reply]

  5. xde r seram sgt pon cite ko 2…………..ingat kn ko nmpk sndri gan mata kepala ko sendri.heheheheheh

    [Reply]

  6. tirah says:

    x seram lar

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled