penamatnya (contest)
Sempena merasmikan rumah baru ini,saya mengadakan satu pertandingan susulan.Mudah sahaja penyertaannya.Tolong sambungkan cerita di bawah ini dan berikan penamatnya.
Hadiahnya: Rm20
Tarikh tutup : 9 september 2009
Di penjuru warung,satu susuk diam di tempatnya.Berkelubung dengan kain.Rambutnya panjang hinggakan mukanya langsung tidak kelihatan.Keadaannya kusut sekali.Mungkin sudah seminggu daki di badan tidak dibersihkan.Masihkah ada orang sebegini di masa sekarang?
Di tepinya,hanya gelas besar telah kosong isinya.Barangkali,air suam.Tidak kelihatan bekas makanan di sekitarnya.Satu bungkusan besar di sisinya.Bungkusan itu tingginya melebihi tinggiku.Hatiku mula menduga pelbagai andaian seperti mungkin dia pemain kontrabass atau cello.Tidak masuk akal sungguh andaian itu.Masakan orang seperti itu pemain orkestra.
Suasana sepi yang sejak tadi menguasai keadaan mula kertawa dengan sinis melihat kami terpaku dengan lembaga tersebut.Hendak berbicara terasa tidak bentah seperti hendak menerima hukuman gantung.Pucat dan tidak bermaya lagaknya.Tiada seorangpun yang mahu bersuara.
Tiba-tiba, lembaga itu berdiri dengan mendadak.Mata-mata kami terpaku tidak bermaya merenung kepadanya seperti tikus yang terkepung dikejar ular.Lembaga itu terus membuka bungkusan itu perlahan-lahan…

Pingback: negaraku.net
Pingback: pligg.com
adeh esok tamat contest!? teringin nak sambung tetapi kepala aku sedang sakit.
tiada syarat-syarat!?
[Reply]
ok aku try sambung…..
Dada kami terus berdebar dik dik…apa yg lembaga tersebut hendak lalukan?
Pada masa itu, mata aku terus mencari ruang disekeliling kot2 ada tempat yg boleh kami mencari ruang utk menyelamatkan diri…manalah tahukan kot2 terjadi apa…nanti.
Mata lembaga tersebut terus memerhatikan kami sambil tangannya bersedia mengeluarkan sesuatu dlm bungkusan tersebut..
Pada ketika itu kami mmg tdk tahu apa yg harus dilakukan…samada mahu terus lari ataupun cuba bersapa kepada lembaga itu…
Aku bertanya kepada hatiku samada ingin lari ataupun cuba bertanya kepada lembaga itu siapa namanya dan dari manakah asalnya?
Hatiku menjawab:Baik kamu memberanikan diri bertegur kepada lembaga itu,apa yg harus ditakutkan,bukankah disebelah kamu itu sahaja akan rumahmu,kalau terjadi apa2 lari sahaja kerumahmu,lagipun malam niekan malam jantan…engkau harus berani..jgn takut bro hatiku berkata…..
Maka terjadilah perbualanku dgn lembaga itu….
Aku:Assalamualaikum
Lembaga:Wa`salam
Aku:Boleh hamba bertumpang tanya?
Lembaga:mmmmm…silalah tanya dan hamba tidak bisu untuk menjawabnya…
Aku:O`h…kalau tidak bisu mesti pekak pun tiada…hehehe
Lembaga:cis sungguh kurang sopan kamu terhadap hamba…adakah kamu ingin bertanya atau mahu menyindir?
Aku:owh maaf tn hamba,bkn hendak menyindir tetapi biasalah budak baru lepasan SPM nie biasalah selalu sahaja tersilap cakap…
Lembaga:ok,maafmu ku terima..jadi silakan bertanya kerana hamba tidak banyak masa sangat kerana hamba masih ada urusan dgn bungkusan ini…
Aku:mmm..kalau begitu siapakah nama saudara?
Lembaga:Nama hamba,Datuk padang jarak padang terkukur belum berperang sudah jatuh tersungkur…keturunan ayam belanda…jadi nama kamu pula?
‘aku seperti knal jea lembaga nie’lawyer buruk plak tue…
Aku:nama hamba megat alam sengketa keturunan itik serati…
Lembaga: nampak gayanya kita keturunan yg sama…
Aku: Jadi hamba ingin bertanyakn,dari mana datangnya tn hamba dan apa yg ada dlm bungkusan tersebut?
Lembaga:Hamba dari kebun di sebelah bukit sana,dari pagi lagi kesana kerana ingin mengambil batang kelapa sawit…
Aku: apa!!!!batang kelapa sawit?
kenapa diperlukan benda spt itu?
Lembaga:Cis…inilah dasar budak bandar…tidak tahu apa gunanya batang kelapa sawit…Gunanya untuk di masukkan didlm gulai untuk di jadikan pemanis rasa…kerana esok adanya majlis menyambut tetamu di rumah kamu…
Aku:ikkkk….menyambut tetamu plak?ape nie….memang esok ada majlis di kampungku dan dibuat dirumah keluargaku disini…siapakah gerangan tn hamba?
Lembaga:Sudah,x usah bermain-main lagi pergi panggil sahaja ayah kamu,katakan atukmu sudah pulang membawa pemanis untuk majlis esok…
Aku:Ya ampun…..masakan rupa atukku pun aku sudah lupa…maaf yea tok,cucu x perasan atuk rupanya.
Lembaga:Tulah kamu,setahun sekali baru teringat nak balik kampung…apa yg best sangat kat bandar tue?mentang- mentanglah dok berjiran dengan jehan miskin yg tak kaya-kaya tue…mulalah eksyen…
Aku:maaflah tok..jomlah kita masuk…rumah…hari pun dah malam…
Lembaga:jom…jom…jom…jom heboh heboh…
——fin———-
Nielah sdikit kesudahan cerita karangan aku dan aku mmg mengaku yg aku x pandai reka cerita dan bercerita..hehehehe
[Reply]
admin Reply:
August 9th, 2009 at 7:47 pm
bagus sekali sambungannya.. akan dipertimbangkan
[Reply]
wah… macam mane ni.. kepala otak berserabut.. hadoi ai.. cam ne nak sambung. dah nak tutup dah. lambat dapat info.. nyesal aku tak on pocket-twitter. chesss~
[Reply]
Pingback: kemaskini : contest penamatnya | hati dan blog - mungkinkah bersama?
..terusnya memakan sarapan kami tanpa rasa walau sedikit simpati. Dia terus melayang pergi meninggalkan kami. Yang baki hanyalah sisa tulang dan titisan kicap tertabur di meja. Kami kelaparan lalu terpaksa menelan sisa-sisa itu meskipun kami sedar sisa itu telah dicemari oleh air liur lembaga itu. Jujur kami merasakan badan kami tidak lagi suci sebab dikatakan sudah seminggu daki di badan lembaga itu tidak dibersihkan apatah lagi mulutnya diharapkan pernah melewati air yang berkandung ubat gigi colgate .. xD
Kami selepas hari kejadian itu telah mula mengosok gigi dengan ubat gigi colgate kerana sedar kepentingan penggunaan jenama yang popular lagi kualiti produknya itu .. xD
[Reply]
sudah terima penyertaannya.boleh sahaja eldy.
[Reply]
wahhhh susah. fikir nak join tadi.. cerita antu pulakkkk..
huuhuhu
[Reply]
wah…kena sambung panjang2 ehh..
aku baru nak sambung pendek2 jek..x jadi la..keke
[Reply]
tiba2 lembaga tu membuka bungkusan tersebut dgn perlahan2…situasi time tu makin mencemaskan dan penuh dengan kesuspenan…mata kami trus fokus terhadap bungkusan tu. STOP!!! jerit salah sorang dari kami. Aku tanya, walawei, yg ko duk jerit stop tu apsal?!!! Sory la beb, aku nak terkentut jap td. Habaq kawan aku tu. Siot betul. Lepas tu kami sruh lembaga tu kembali teruskan niat dia tuk bkk bungkusan tu. Sekali lagi penuh dengan debaran. Debaran semakin memuncuk, titik2 peluh dah mengalir kat dahi…tengok2, ya allah!!! salah sorang dari kami jatuh pengsan, sebab terkejut melihat apa yang ada di sebalik bngkusan tu…rupanya dalam bungkusan lembaga tu adalah satu potret besar seekor beruk betina tgh posing time mandi!!!! !@$#@$%^
[Reply]