edisi jumaat – tetapkan hati
seringkali orang bertanya bagaimana hendak khusyuk di dalam solat.Pelbagai jawapan diberi,ada yang meyatakan sekian dan yang lain berbeza kaedahnya.Tidak ramai yang berjaya sampai ke tahap ini.
sedikit perkongsian dari saya:
1.Fahami makna bacaan – seperti mana kita membaca buku,kita tahu apa yang kita baca.Bayangkan kita baca dalam bahasa lain,kemanisan membaca itu tiada.
2.berhenti sebentar – itu sebab dimasukkan berhenti sebentar antara rukun.bagaimana hendak tenang jika degupan jantung mengalahkan enjin kapal terbang.
3.lapangkan dada – ketenangan perlu dalam mencapai khusyuk.Jika lapar,makan dahulu andaikata makanan sudah terhidang.Rasionalnya,untuk mengelakkan diri dari membayangkan makanan ketika solat.contoh sahaja.
Perlukah duduk di tempat gelap?Sunyi tanpa bunyi?
khusyuknya seseorang itu apabila jasadnya diam seolah-olah mengerti apa yang dilakukan.Orang yang mencapai kekhusyukan di dalam jiwa adalah setenang-tenangnya hamba-Nya.
Sekadar peringatan kepada diri

bagus2…mesti kushuk. xbole jeling2 time semayang..
[Reply]
betul..kosongkan fikiran untuk menghadap-Nya
[Reply]
bukan senang nak khusyuk dlm solat.. saya pn kadang-kadang tak khusyuk jugak. lebih-lebih kalau perut tengah lapar.. huu..
[Reply]
Hummmm…. terima kasih… Saya suka solat sendiri….
[Reply]
ixora – lebih-lebih lagi kalau suraunya kat sebelah kedai makan.habis hilang kusyuknya.
abg azhar – kan afdal solat berjamaah?
[Reply]